Cahaya mata merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga. Ia ibarat permata yang amat bernilai. Tiadalah tolok bandingnya dengan apa-apa sekalipun. Dibelai, dikasih dan ditatang bagaikan minyak penuh. Itulah namanya nikmat kasih sayang yang dikurniakan Allah swt kepada mereka yang bergelar ibu dan ayah yang sebenar-benar ibu dan ayah.
- Kehadirannya dinanti. Kelahirannya disambut penuh syukur pada yang Maha Esa. Insan yang digelar bayi; yang baru lahir dan kenal apa itu kehidupan dunia adalah seumpama kain putih bersih, suci dan murni. Segalanya terserah secara mutlak oleh ibu ayah untuk mencorakkannya agar menjadi Insan yang bermanfaat dan berguna untuk agama, bangsa dan tanah air.
Tanpa was-was dan ragu-ragu anugerah Allah swt ini akan dijaga dan dididik serta dibesarkan dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab oleh ibu dan ayah. Biar sesempit mana pun laluan, sedalam mana pun lautan, setinggi mana pun awan, sesejuk mana pun saljian dan sepanas pun baraan; PASti ibu dan ayah redah gagah jua demi memastikan anugerah dan amanah ILLahi ini dapat ditunaikan dengan jayanya.
Permata hati, tatkala membesarnya dikau dalam pelukan seorang ibu dan dakapan seorang ayah; dikau sebenarnya makin hari makin 'menjauhi' mereka. Setiap detik engkau membesar,setiap detik itu jugalah ibu ayahmu sentiasa berdoa' agar dikau terus dalam pengrahmatan-Nya dan belaian Hidayah-Nya. Moga dikau kelak kan bangkit membela ibu ayahmu di dunia dan akhirat.
Permata hati, tatkala membesarnya dikau dalam pelukan seorang ibu dan dakapan seorang ayah; dikau sebenarnya makin hari makin 'menjauhi' mereka. Setiap detik engkau membesar,setiap detik itu jugalah ibu ayahmu sentiasa berdoa' agar dikau terus dalam pengrahmatan-Nya dan belaian Hidayah-Nya. Moga dikau kelak kan bangkit membela ibu ayahmu di dunia dan akhirat.
Bagi insan-insan yang kini bergelar ibu dan ayah, panjatlah rasa syukur kalian kerana diberikan peluang, ruang dan kesempatan untuk menggalas amanah mulia Maha Esa ini. Usahlah gentar untuk berusaha memberikan yang terbaik bagi mereka. Sesungguhnya setiap anak itu telah ada rezeki dariNya buat mereka. Ibu ayah, berusahalah meningkatkan ekonomi keluarga agar amanah yang dikurniakan dapat ditunaikan sebaik boleh.
- Pada insan-insan yang masih menanti dan menunggu kehadiran dan kelahiran 'si comel'; usahlah keluh kesah, gelisah, bimbang dan seantaranya. Percayalah pada Janji-Nya dan Rezeki-Nya. Setiap laluan seseorang itu berbeza. Ada yang dikurniakan segera ada pula yang ditangguhkan sementara dan ada pula yang dikemudiakan masanya. Dalam pada itu, ada pula permintaan insan yang ditunaikan didunia dan ada juga yang ditunaikan di 'sana'. Justeru, bersangka baiklah pada-Nya. Ini kerana akan diberikan yang terbaik untuk setiap hamba-hamba-Nya. Sebagai insan yang penting langsaikanlah amanah dan tanggungjawab kita dan usahlah sesekali pertikaikan urusan-Nya. Allah swt tidakkan sesekali menzalimi hamba kesayangan-Nya.
zahiri shams associates