"Gemuruh kita bersorak,
(Mastika, April 1957)
- Namun bagi sesetengah pasangan (bukan semua) setelah termeterainya ikatan yang sah sebagai suami isteri. Segala macam janji dan komitmen dalam siri-siri perkenalan sebelum ini hanyalah mimpi semata-mata dan seolah-olah sukar untuk dikotakan. Mengapa? Inilah natijahnya jika cinta yang disemai,kasih sayang yang dituai itu hanyalah pura-pura belaka.
Saya terpanggil untuk membicarakan soal cinta, kasih dan sayang sesama manusia ini (khasnya suami isteri) berikutan terlalu banyak kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita mutakhir ini. Pelbagai faktor yang diketengahkan sebagai penyandar alasan demi penceraian. Namun, persoalan yang timbul apakah matlamat asal sebelum seseorang itu mendirikan rumah tangga? Siapakah pasangan yang hendak kita nikahi dahulunya?Sudahkah kita bermuhasabah diri dan bertanyakan pandangan semua pihak tanpa melupakan petunjuk ILLAHi? Apakah maksud cinta sebenar pada kita?
- Inilah natijahnya bilamana cinta yang dipupuk bukan atas dasar cinta-Nya yang sebenar. Saya mungkin benar dan mungkin juga salah dalam menafsirkan hal ini kerana cinta itu subjektif, dan hanya mereka yang terlibat dengan penceraian itulah yang lebih arif dan memakluminya. Walaubagaimanapun,sebagai insan, kita telah dikurniakan satu anugerah yang begitu agung daripada Allah swt iaitu a'qal, bagi membolehkan berfikir secara rasional dan waras serta menerjah kebarangkalian berdasarkan daripada kes-kes penceraian yang bukan satu dua malah puluhan dan ratusan. Merujuk daripada kes-kes tersebut pemerhati analitikal boleh membuat kesimpulan walaupun outside the box.
- Rasa tawadhuk dan rendah diri untuk belajar tentang ilmu kehidupan rumah tangga dan hal-hal yang berkaitan adalah langkah bijak dan amat bernas. Walauapapun,agama yang kita anuti, merentasi segenap benua, tiada satu agama pun mengajar dan menghalakan penganutnya kepada kebinasaan dan kehancuran, melainkan insan itu sendiri yang leka dan alpa. Dalam Islam formulanya cukup jelas dalam mendepani kecemerlangan dalam hidup.
Dalam Islam, Formula Kuasa 2565 sewajarnya dipraktikkan secara menyeluruh. Secara ringkasnya saya huraikan di sini; 2 bermaksud dua perkara yang ditinggalkan Rasulullah (saw) di mana jika kita berpegang padanya maka, tidakkan sesatlah kita buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah (Al-Hadith); 5 merujuk kepada Arkanul Islam yang 5 itu (Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat lima waktu, Berpuasa dibulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat & Menunaikan fardhu haji); 6 merujuk kepada Rukun Iman yang 6 itu (Beriman kepada Allah, Beriman kepada para Malaikat, Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah, Beriman kepada para Rasul, Beriman kepada Hari Kiamat-Akhirat & Beriman kepada Qada'& Qadar); dan bilamana sudah lengkap IMAN dan ISLAM seseorang barulah akan terbentuknya peribadi mulia dan kita dengan izin Allah akan sedaya mampu boleh mencontohi 5 para Nabi dan Rasul Ulul Azmi yang agung itu (Nabi Muhammad saw, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as, dan Nabi Noh alaihissalam)
Dengan menjadikan agama sebagai tapak asas bagi segala urusan, dengan izin-Nya ikatan tulus suci yang dibina itu akan berkekalan ke akhirnya bagaikan air sungai jernih yang mengalir. Terus-menerus subur dilimpahi rahmat ILLAHi dan dibantu Oleh-Nya. Bertepatan dengan firman-Nya yang bermaksud "Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah ,nescaya Dia akan memberikan hidayah pada hatinya (insan)." -At-Taghabun : 11
Salam Mahabbah Fillah!!!
zahiri shams associates