Merujuk kepada Horace Mann katanya "The highest service we can perform for others is to help them, help themselves." Inilah antara falsafah dan prinsip hidup seseorang yang berjaya dan inginkan kejayaannya juga dikongsi secara kolektif bersama insan-insan sekelilingnya. Jika kita berpeluang bertanya kepada individu-individu yang sudah berjaya, semestinya mereka ini mempunyai idola (insan untuk dicontohi) dan mempunyai mentor untuk terus-menerus membimbing mereka hingga ke puncak kejayaan. Ini kerana, tanpa training dan assistance daripada mereka yang sudah mengecapi nikmat kejayaan setelah melalui pelbagai onak duri adalah agak sukar dan sulit bagi kita untuk menggapai impian.
- Bukan tidak boleh berjaya,boleh!tetapi agak sukar dan lambat. Ini kerana kita perlu belajar segala-galanya;kesilapan dan kegagalan sendiri (belajar daripada kesilapan sendiri dan berjaya). Namun demikian,jika kita belajar daripada kesilapan dan kegagalan insan lain, maka kita lebih bijaksana dan lebih memudahkan laluan ke arah kegemilangan hidup. Yang PAStinya insan-insan berjaya yang berpegang kepada prinsip di atas sudah pasti tidakkan lokek untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu untuk sukses.
Saya terlintas untuk menulis perihal mentor-mentee ini sejurus selepas sesi pembentangan kertas kerja para pelajar saya minggu lepas. Dalam kesemua 13 sesi pembentangan untuk semester ini, saya begitu kagum dengan pengaplikasian ilmu, kemahiran dan teknik-teknik penyampaian oleh mereka yang saya rasakan cukup berkesan. Walaupun, sesi kuliah hanya seminggu sekali dan memakan masa tiga bulan lebih untuk satu semester; namun garapan, kefahaman dan kesungguhan mereka untuk menjadi seorang presenter dan speaker yang baik saya wajar beri pujian.
- Ternyata majoriti daripada mereka bukanlah seorang pemidato ataupun pendebat; walaubagaimanapun, effort yang mereka paparkan semasa penyediaan kertas kerja, power point presentation dan kerjasama menerusi sesi pembentangan tersebut membuktikan mereka adalah antara yang terbaik di kalangan yang terbaik. Gambar di atas adalah contoh satu kumpulan siswa siswi yang terbaik daripada 13 kumpulan keseluruhannya yang juga superb.
Walaupun diasak oleh saya dengan pelbagai soalan killer (bermatlamat untuk menguji kefahaman mereka dan sejauh mana mereka menguasai skill KBKK-kemahiran berfikir secara kritis dan kritikal), ternyata mereka planned to be talented. Ini bermaksud mereka sudah bersedia.Segala persoalan dijawab dengan tenang dan baik serta professional. Walaupun tidak saya nafikan terdapat juga kecuaian dan kelemahan minor yang dibuat oleh mereka, tetapi ia dapat saya maafkan bertunjangkan prinsip 'no ones are perfect, but trying with effort to be perfect.'
- Sentiasa positif, optimis,realis dan benar-benar memahami serta betul-betul dapat menjawab persoalan Saya Siapa dan Siapa Saya? Adalah merupakan satu kelebihan bagi mereka. Ini bermakna mereka tahu inside outside (kekuatan,kelemahan dan potensi) tentang diri mereka. Natijahnya, potensi dan kelebihan digilap, kelemahan diatasi. Lantaran prinsip positivisme yang diajarkan dan dilatih buat mereka menerusi lecture yang saya seliakan, with compliment dengan kehendak mereka juga untuk bersama-sama sukses menjadikan mereka zero to hero. Saya cukup yakin mereka mampu untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Inilah yang disebut kuasa minda, kuasa fikiran. Sebagaimana yang diungkapkan oleh William Shakespere "There is nothing either good or bad that thinking makes it so". Fikir-fikirkanlah bersama.
zahiri shams associates