Jumaat, November 06, 2009

HMK Insani:Berjaya Tanpa Alasan; Nick Vujicic

Nick Vujicic. Namanya sehebat insannya. Walaupun, dirinya tidaklah sekacak Shah Rukh Khan. Aksinya tidak selincah Jackie Chan. Namun, beliau tetap gah di gelanggang duniawi ini dengan kehebatan, kekuatan dan keunikan tersendiri.
  • Anak kelahiran Australia yang baru berusia 27 tahun ini,mengharungi hidupnya dengan penuh kecekalan, kesabaran dan ketekunan. Walaupun mengetahui dirinya banyak kekurangan jika dibandingkan dengan insan-insan lain di dunia ini, tetapi 'membujur lalu melintang patah'. Beliau tidak sama sekali menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Sebaliknya,menerima kekurangan diri sejak dilahirkan ini sebagai satu keunikan dan penghormatan Tuan yang empunya dunia untuk beliau lebih menghargai dirinya.

Sebagai bukti, di peringkat awal menuntut ilmu beliau tidak dibenarkan untuk mengikuti pendidikan secara normal di mainstream school lantaran kecacatan fizikalnya walaupun, hakikatnya beliau tidak cacat akal dan waras malah pintar. Ini adalah kerana undang-undang di Australia tidak membenarkan mereka kurang upaya untuk bersekolah di sekolah-sekolah umum negara. Walaubagaimanapun, 'hujan tidak sepanjang zaman' dan 'panas tidak berpanjangan', semasa persekolahannya undang-undang negara tersebut telah dipinda dan beliau ialah murid pertama yang diterima masuk untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah aliran perdana Australia.
  • Maka, di sinilah bermulanya Nick Vujicic mengenali tulis,baca dan kira. Beliau juga dididik menggunakan komputer. Beliau juga dilatih untuk meningkatkan hubungan sosial dengan insan-insan lain. Bagaimana beliau melakukannya? dengan hanya 'hadiah' kaki kiri yang kecil dan lutut yang kontot. Tanpa tangan dan siku. Jawapannya itulah formula BERJAYA TANPA ALASAN!!! Nick cukup mengenali dirinya. Maka dengan itu beliau mampu melakukannya.
Walaupun pernah dibuli, diherdik dan dihina sebelum ini oleh rakan-rakan sebaya asbab kekurangan dirinya. Hatta, pernah separuh gila berdoa' dengan penuh harapan pada Tuhan agar dikurniakan dirinya tangan dan kaki seakan-akan tidak dapat menerima ketentuan Sang Pencipta. Namun, itu semua hanyalah satu proses normal bagi seseorang insan biasa untuk mengenali diri supaya selanjutnya bertindak dan menjadi manusia yang luar biasa.
  • Graduan double major dalam bidang Perakaunan dan Perancangan Kewangan ini, kini boleh mengangkat syukur pada Tuhan akan apa yang dimiliki dirinya sekarang. Sebagai seorang Tokoh Motivator Muda bertaraf antarabangsa, yang ceramah motivasinya kini menembusi sektor kerajaan,mahupun korporat-swasta, remaja,ibu bapa dan orang perseorangan. Beliau juga merupakan selebriti pilihan apabila telah diundang sebagai tetamu di radio dan telivisyen dalam program-program yang established; contohnya Oprah Winfrey Show dan lain-lain.
Selain, memiliki syarikat,laman sesawang dan penyokong sendiri dalam kariernya kini. Beliau juga dalam proses menyiapkan tulisan buku pertamanya yang dijangka akan diterbitkan pada akhir tahun ini yang berjudul 'No Arms, No Legs, No Worries'.
  • "Nick Vujicic telah membuktikan pada dunia, untuk berjaya anda tidak memerlukan Alasan. Ini kerana kejayaan itu mutlak dan setiap insan ada potensi mengecapinya. Tetapi untuk gagal anda bisa mencipta berbilion alasan untuk menidakkan kejayaan anda. Namun awas! alasan-alasan itu tidak akan sedikit pun dapat anda manfaatkan,sebaliknya alasan-alasan yang anda cipta sendiri itulah yang akan kemudiannya membunuh potensi diri dan menguburkan segala impian anda"
Bersamalah kita fikir-fikirkan...
zahiri shams associates