Khamis, November 26, 2009

HMK Insani: Insan Optimis, Realis & Sukses

Tatkala terkenang kata-kata seorang sarjana bernama Alan Loy McGinnis katanya "The distribution of talent in this world should not be our concern. Our responsibility is to take the talents we have and ardently parlay them to the highest possible achievements" , terilham bagi saya untuk membicarakan tentang kuasa potensi insani berdasarkan prinsip Hijrah, Magnet dan Karisma yang dinotakan sebagai HMK INSANI. Sejarah membuktikan insan-insan hebat lahir daripada satu kualiti dalam diri mereka iaitu 'strive for self-empowerment via the valuable knowledges' .Mereka sentiasa memperbaharui tekad, iltizam dan ilmu dalam mendepani episod-episod kehidupan. Dalam masa sama mereka sentiasa mempelajari sesuatu daripada kesilapan dan kegagalan yang lampau. Dengan ini mereka akan terus gah melangkah tanpa was-was dan ragu-ragu kerana yakin kejayaan pasti kunjung tiba bilamana kualiti tersebut diperkasa semantap mungkin.
  • Kesinambungan daripada itu, insan-insan HMK ini teguh percaya akan prinsip bahawasanya, manusia yang tidak berubah (ke arah kebaikan & meningkatkan potensi diri) lebih daripada tiga hari PASti akan gagal. Mengapa tiga hari? Cuba kita fikirkan bersama, sesuatu perkara yang kita acap kali buat, lama-kelamaan ia akan menjadi habits (tabiat) kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika habit yang berubah itu ke arah kebaikan ianya wajar disyukuri dan dipuji,namun jika sebaliknya adalah amat malang sekali. Justifikasinya, kita yang beragama Islam telah memaklumi dalam sebuah hadis yang maksudnya 'kedapatan 3 jenis manusia di dunia ini ; pertama Insan Berjaya, siapa mereka? Insan yang hari ini lebih baik dari semalam. Mereka sentiasa berubah/memajukan diri ke arah lebih baik; kedua Insan Terpedaya, siapa mereka? Insan yang hari ini sama macam semalam. Mereka tertipu dengan impian kosong dan tipu daya syaitan yang tidak membawa mereka ke mana-mana; dan ketiga Insan Gagal & Binasa, siapa mereka? Insan yang hari ini lebih buruk dari semalam. Mereka tiada pembaharuan dan kemajuan diri.
Justeru dalam mengemudi kehidupan yang berjaya yang paling crucial untuk dilakukan ialah melakukan penghijrahan diri (rujuk buku Tn Hj Ahmad Fadzly Yusuf, Kuasa Hijrah untuk lebih memahami kuasa berubah). Dengan melakukan perubahan secara langsung pada diri sendiri dengan jujur dan ikhlas, potensi dan kualiti terselindung yang sememangnya Dia kurniakan buat kita yang bernama manusia PASti terserlah nyata. Tanpa pengislahan diri samasekali mustahil bagi seseorang insan mengecapi keseriusan dalam membina kejayaan dalam hidup.

Natijah perubahan diri yang tulus mulus, pastinya Allah swt akan membuka luas pintu kebaikan dan kemurnian jiwa dan kemudahan bagi seseorang insan itu untuk berjaya. Manusia umpama magnet, insan positif akan menarik insan positif, manakala insan negatif (masih belum berubah) akan menarik insan negatif. Teorinya mudah tidak ada dalam kelompok insan-insan berjaya insan yang gagal. Insan yang dikatakan gagal dalam kelompok tersebut sebenarnya 'belum berjaya' dan bukannya gagal. Tetapi,dalam kelompok insan-insan yang gagal sudah pasti mereka itu tidak ada kuasa motivasi kuasa magnet untuk menolak dan menarik mereka ke arah keberjayaan. Kejayaan itu satu keputusan disusuli proses memperkasa diri-berhijrah, bermagnet dan berkarisma-. Saya cadangkan rujuk buku Magnet Diri tulisan Amin Idris untuk lebih lanjut mengarifi prinsip magnet insani.

Lantaran penghijrahan diri,seseorang bisa mengecapi magnet insani dengan insan-insan sekelilingnya,baik sekutu mahupun seteru. Justeru, akhirnya karisma insani akan terlahir dan terbentuk secara langsung sebagai satu rantaian positif HMK Insani terhadap diri seseorang insan. Dirinya sendiri akan lebih yakin dan berketerampilan, malah secara automatik dan rule of natural kuriniaan DIA, manusia sekeliling jauh dan dekat akan terkesan dek aura positif dan suci tersebut. Dengan ini, kejayaan kian menghampiri. Segala yang diimpi akan tertunai. Ini adalah kerana insan ini telah membina jaringan aura HMK yang begitu kuat dan mampu untuk inspiring insan lain agar sama-sama juga berjaya. Nah! apabila sudah mencapai tahap ini, seseorang insan itu benar-benar mengenali potensi dirinya dan dimaksimakan sebaik mungkin potensi itu untuk peribadi dan sejagat.
  • Dan ini amat bertepatan dengan apa yang didoakan oleh Nabi Isa a.s maksudnya 'jika kuberjaya sedangkan masyarakat sekelilingku masih gagal, maka aku sebenarnya masih gagal. Tetapi, hatta jika kuberjaya dan masyarakat sekelilingku juga sama berjaya,barulah sebenar-benarnya kuberjaya.' Bersamalah kita renungkan. Bertepatan dengan ini TAHNIAH!!! saya ucapkan kepada ICON Club atas kejayaan anda menganjurkan majlis yang begitu grand dan hebat. Tidak semua mampu menyahut cabaran ini,tetapi tidak pada anda. Sudah pasti keyakinan yang menebal, iltizam yang tidak nipis dan takut yang tidak di'moral'kan dalam diri, mengupayakan anda sepasukan gah najah menjayakan majlis ini. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Mahathma Gandhi " Cowards can never be moral". Berbangga saya dengan anda semua.

zahiri shams associates