- Namun demikian, mutakhir ini bukan semua yang kita cinta bisa menjadi teman dan sahabat sepanjang masa. Ada kawan yang hanya akan bersahabat di kala kita senang dan berduit. Ada pula kawan yang hanya ingin mengambil kesempatan. Ada pula ketika susah mencari kita tatkala senang melupakan kita. Ada pula kawan yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya terhadap kita. Dan pelbagai lagi ragam kawan di dunia.
- Lantaran dengan itu, perkenalan yang terbentuk pada pertama kali akan terus terjalin sebagai keluarga dan adik-beradik. Dalam pada itu, perkenalan yang suci akhirnya akan berakhir dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Perkenalan yang terbina akhirnya akan berkekalan hingga ke akhir hayat sebagai sahabat dunia akhirat; kekasih awal dan akhir. Ini adalah hasil daripada keikhlasan dan kemurnian jiwa sahabat-sahabat yang bersahabat;yang sama-sama ingin mencapai cinta luar biasa iaitu bukan cinta biasa.
Sahabat saya Johan (bersebelahan dengan saya; yang diapit erat oleh isterinya yang tercinta Ina) adalah merupakan contoh insan telah melalui proses formula HMK Insani dengan jayanya. Insan dari Jerman ini (kini sudah menetap di Malaysia lebih 17 tahun) punyai segunung pengalaman yang amat baik dan beneficial untuk kita kongsi bersama. Bersamanya kita akan banyak berfikir dan bercermin diri akan kelemahan dan kelebihan diri kurniaan ILLAHi. Bekas jurutera professional ini memilih Islam sebagai way of life untuk melalui hidupnya sekeluarga.Islam padanya punyai CINTA yang suci dan murni. Islam padanya membentuk peribadi yang tawadhuk dan tidak materialistik. Islam padanya bisa mengubah Cinta dunia kepada Cinta akhirat secara seiring. Dan dengan Islam seseorang insan itu akan mengecapi Cinta SEJATI.
- Justeru, cinta dan persahabatan wajar seiring dan sejalan dalam principle untuk membina dan membentuk jatidiri dan nilai insani yang sebenar. Sudah pasti dalam menerokai nilai percintaan dan persahabatan sebenar dalam hidup; cinta dan sayang manusia wajib berlandaskan kepada cinta sang pencipta. Perbezaan sering kali menjadi pemisah kepada rasa cinta dan sayang dalam hidup. Namun, tidak salah untuk mencari bibit persamaan di sebalik perbezaan itu,agar cinta mampu ditanam, sayang mampu disemai, kasih mampu dituai dan akhirnya persahabatan yang tulus suci upaya kita sama-sama nikmati.
zahiri shams associates