
- Good to go my beloved brothers and sisters. Its my pleasure to be with all of you.
zahiri shams associates
Sahabat saya Johan (bersebelahan dengan saya; yang diapit erat oleh isterinya yang tercinta Ina) adalah merupakan contoh insan telah melalui proses formula HMK Insani dengan jayanya. Insan dari Jerman ini (kini sudah menetap di Malaysia lebih 17 tahun) punyai segunung pengalaman yang amat baik dan beneficial untuk kita kongsi bersama. Bersamanya kita akan banyak berfikir dan bercermin diri akan kelemahan dan kelebihan diri kurniaan ILLAHi. Bekas jurutera professional ini memilih Islam sebagai way of life untuk melalui hidupnya sekeluarga.Islam padanya punyai CINTA yang suci dan murni. Islam padanya membentuk peribadi yang tawadhuk dan tidak materialistik. Islam padanya bisa mengubah Cinta dunia kepada Cinta akhirat secara seiring. Dan dengan Islam seseorang insan itu akan mengecapi Cinta SEJATI.
"Gemuruh kita bersorak,
Saya terpanggil untuk membicarakan soal cinta, kasih dan sayang sesama manusia ini (khasnya suami isteri) berikutan terlalu banyak kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita mutakhir ini. Pelbagai faktor yang diketengahkan sebagai penyandar alasan demi penceraian. Namun, persoalan yang timbul apakah matlamat asal sebelum seseorang itu mendirikan rumah tangga? Siapakah pasangan yang hendak kita nikahi dahulunya?Sudahkah kita bermuhasabah diri dan bertanyakan pandangan semua pihak tanpa melupakan petunjuk ILLAHi? Apakah maksud cinta sebenar pada kita?
Dalam Islam, Formula Kuasa 2565 sewajarnya dipraktikkan secara menyeluruh. Secara ringkasnya saya huraikan di sini; 2 bermaksud dua perkara yang ditinggalkan Rasulullah (saw) di mana jika kita berpegang padanya maka, tidakkan sesatlah kita buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah (Al-Hadith); 5 merujuk kepada Arkanul Islam yang 5 itu (Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat lima waktu, Berpuasa dibulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat & Menunaikan fardhu haji); 6 merujuk kepada Rukun Iman yang 6 itu (Beriman kepada Allah, Beriman kepada para Malaikat, Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah, Beriman kepada para Rasul, Beriman kepada Hari Kiamat-Akhirat & Beriman kepada Qada'& Qadar); dan bilamana sudah lengkap IMAN dan ISLAM seseorang barulah akan terbentuknya peribadi mulia dan kita dengan izin Allah akan sedaya mampu boleh mencontohi 5 para Nabi dan Rasul Ulul Azmi yang agung itu (Nabi Muhammad saw, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as, dan Nabi Noh alaihissalam)
Dengan menjadikan agama sebagai tapak asas bagi segala urusan, dengan izin-Nya ikatan tulus suci yang dibina itu akan berkekalan ke akhirnya bagaikan air sungai jernih yang mengalir. Terus-menerus subur dilimpahi rahmat ILLAHi dan dibantu Oleh-Nya. Bertepatan dengan firman-Nya yang bermaksud "Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah ,nescaya Dia akan memberikan hidayah pada hatinya (insan)." -At-Taghabun : 11
Salam Mahabbah Fillah!!!
zahiri shams associates
Dalam bidang-bidang tertentu khususnya pembinaan bangunan, jambatan, rumah, automotif, elektriksiti, aero angkasa, guaman, perubatan, kewangan, ekonomi, perbankan dan seumpamanya; adalah menjadi persetujuan umum bahawa, walaupun seseorang itu; jurutera, arkitek, doktor perubatan, akauntan, saintis dan angkasawan dan kerjaya sesaingnya, sudah bergraduasi daripada universiti tersohor dalam dan luar negara,tetapi mereka mesti mendapat pentauliahan rasmi daripada pihak autoriti dan organisasi khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan seluruh pengguna, pesakit dan masyarakat tidak bimbang akan perkhidmatan dan hasil perkhidmatan golongan profesional ini kelak.
Namun demikian, pada hemat saya, dalam bab-bab agama yang berkaitan dengan halal haram, tauhid dan aqidah, iman,islam dan ihsan, ilmu wahyu dan tafsiran al-quran, fiqh dan usul fiqh, usuluddin, dan sealirannya; saya mengambil prinsip think and act win win (Tabiat ke-4,oleh Dr.Steven Covey dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective People). Kukuhkan fakta dan kefahaman; sekiranya seseorang ustaz, ulama', mufti, pendakwah, guru dan pensyarah agama yang memang sudah dikenali peribadinya, pendidikannya, keluarganya, kelayakannya dan track record kuliah-kuliah ilmunya adalah tidak wajar untuk kita masyarakat mahupun pihak berkuasa menyekat, menghalang apatah lagi menahannya hanyalah kerana dengan alasan seseorang ahli agama itu tidak ditauliahkan terlebih dulu. Adalah amat cetek pemikiran dan kewarasan pihak berkuasa jika bertindak sedemikian. Ini kerana tanpa usul periksa menghalang mesej yang berorientasikan agama (irsyad yakni nasihat) daripada seorang pendakwah kepada masyarakat yang senantiasa dahagakan santapan rohani bagi melahirkan kesedaran hakiki sebagai hamba Illahi.