"Sepotong roti kering dengan hati damai lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca namun tertutup dari aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah". Cukup bermakna benar dan menyentuh jiwa bagi hati insan-insan yang memahami apa yang telah diungkapkan oleh sarjana Islam Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni ini.
Dalam hidup ini di dunia ini kalau harta, takhta dan wanita (bagi lelaki;lelaki bagi wanita) yang amat didambakan melampaui izin dan batasan-Nya maka, rugilah insan itu. Sebaliknya, jika ketiga-tiga tersebut diburu dengan penuh jujur,amanah dan ikhlas semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah swt.maka, beruntunglah seseorang itu.
Justeru, tidak hairanlah ada di kalangan umat Muhammad saw akhir zaman ini bersikap fanatik memburu wang; celik mata wang, tutup mata sementara pun wang. Persetankan mekanisme mendapatkannya,halal atau haram yang penting dapat wang, kaya-raya dan mudah senang serta 'bahagia'. Rugilah mereka yang sebegini. Pelaburan dunia dibaja & disemai, pelaburan akhirat diracun & dibunuh.

Namun demikian, bagi insan yang memahami tujuan asal; untuk apa hidup? hidup untuk apa? berlandaskan rujukan terulung umat Islam; Al-Quran dan Al-Hadith, mereka tidak akan gopoh dan gelabah dalam memburu material duniawi. Pada mereka kayaku, miskinku, sukaku, dukaku, bahagiaku tidak ada lain hanyalah dengan izin-Nya dan mendamba Rahmat, Rahman & Rahim-Nya. Jika kaya berbakti, jika miskin berusaha, jika suka bersyukur, jika duka tidak mengeluh dan jika bahagia hanya ada satu iaitu kebahagiaan hakiki bilamana dapat bertemu-Nya di sana nanti.
Inilah, keperibadian dambaan setiap insan. Hanya mampu diperoleh dengan hati yang bersih menerusi penyucian jiwa (bertaubat) pada-Nya seikhlas mampu. Baharulah, keberkatan yang dicari dalam hidup direnyai-renyaikan malah, dilebat-lebatkan oleh Allah swt. Carilah redha-Nya, bantulah agama-Nya, sudah pasti DIA tidak akan lupa pada hamba-hamba yang sentiasa berusaha mendekati-Nya secara berterusan tanpa jemu.
Walauapapun, asasnya insan itu wajar 'memperbaharui' islam, iman dan iltizam demi mencapai keredhaan Allah yang diinginkan. Semua akan berlangsung dengan ILMU & ISTIQAMAH. Ini kerana "Kegembiraan dengan ilmu akan berlangsung lama, kejayaannya akan kekal dan akan selalu dikenang. Kegembiraan dengan harta tidak lama, kejayaannya akan lenyap dan kenangannya akan segera lenyap" (566 Kata-kata Hikmah: Jadilah Orang Yang Paling Bahagia). Bersamalah kita manfaatkan.
zahiri shams associates.
"Tiada ruang dan tiada peluang keemasan dalam hidup ini bagi manusia yang pesimis dan lemah semangat". Kata-kata cerdik pandai ini amat dalam maksudnya dan amat tinggi nilainya bagi insan-insan yang ingin mencipta kecemerlangan dalam hidup.
Sikap pesimis seseorang itu amat berkait rapat dengan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini mahupun sememangnya seseorang itu belum benar-benar fokus dan mengenali siapa dirinya yang sebenar. Adalah satu kerugian yang besar bagi seseorang itu jika masih 'di atas pagar' dan tidak tahu ke mana arahnya. Tidak memanfaatkan peluang yang ada di depan mata, sebaliknya menantikan rezeki bergolek di depan mata untuk dikutip. Mengharapkan 'durian runtuh' tanpa setitik peluh. 
.jpg)


.jpg)
.jpg)
oop3.jpg)