Selasa, Jun 29, 2010

Hijrah Insani: Berpesan-Pesanlah Dengan Kesabaran & Keimanan

Bila dirimu letih dan hilang semangat, ALLAH mengerti betapa dirimu telah mencuba sedaya-upaya dalam segala bentuk usaha ikhtiarmu. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu berduka, sesungguhnya ketahuilah ALLAH telah mengira tiap-tiap titisan air matamu.
Apabila dirimu rasa ketinggalan dan masa terlalu pantas meninggalkanmu, percayalah ALLAH sentiasa di sisimu. Apabila telah dirimu mencuba segala-galanya dalam hidup tapi tidak tahu tujuan, yakinlah ALLAH ada jalan penyelesaiannya.
Apabila tiada satu pun yang bererti buatmu, kekecewaan dan kekeliruaan silih berganti menggempar dirimu, perteguhkanlah imanmu dan yakinlah dengan sebenar-benarnya ALLAH adalah jawapannya.
Diriku mungkin tak berupaya membantumu, tapi ketahuilah doa'ku sentiasa mengiringimu dunia dan akhirat, selagi diriku masih bernyawa. Ini janjiku. Ya Allah permudahkanlah bagi kami untuk terus dimanfaatkan dan memanfaatkan insan-insan di dunia ini dalam menggapai Redha-MU dunia akhirat. Ameen!
zahiri shams associates

Ahad, Jun 20, 2010

Hijrah Insani: Pemimpin Tempatan Bertaraf Dunia!


Datuk Seri (Dr.) Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merupakan tokoh yang sangat konsisten dalam agenda perjuangannya. Pelbagai episod suka duka telah dilaluinya dalam memperjuang prinsip hidup dan nasib rakyat Malaysia. Ikon penyatuan rakyat Malaysia. "...kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan..." (Anwar Ibrahim).


Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat berjasa. Diberikan gelaran Bapa Pemodenan Malaysia. Tanpa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia tidak akan bisa gah dan dikenali di mata dunia sekarang ini. Insan yang komited dan optimis dalam apa yang dilhamkan dan diusahakan. "...kekuatan kita dalam mengatasi cabaran mendatang, bukan hanya terletak pada pengalaman memula dan mengurus perubahan masa lalu,tetapi kesanggupan kita melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan..." (Mahathir Mohamad).
zahiri shams associates

Rabu, Jun 16, 2010

HMK Insani: BEST among the BEST

CONGRATULATIONS to all of you my dear brothers and sisters.
All of you are the BEST among the BEST!!!
zahiri shams associates

Isnin, Jun 14, 2010

HMK Insani: Jambatan Emosi Yang Positif

Menurut seorang sarjana "kekuatan dibina dengan nadi kelemahan". Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan ungkapan ini. Menjadi adil pada semua ada benarnya di sebalik ungkapan tersebut. Ini kerana ia berdasarkan type individu. Sesetengah individu itu mengambil kesempatan daripada kelemahan diri untuk berjaya. Dengan mengetahui kekurangan diri, seseorang itu bangkit untuk cemerlang. Lemah dijadikan motivasi. Namun, ada juga yang sentiasa mengekalkan momentum motivasi mereka dengan sentiasa bersama kumpulan insan yang positif.

Prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam membentuk kejayaan peribadi dan kumpulan ialah dengan membentuk jambatan emosi yang postif antara kita dengan PENCIPTA dan teman-teman sepasukan. Tanpa ada keserasian ruh (rohani) yang begitu akrab antara dua perhubungan insani yang di atas, maka adalah amat dan agak sulit untuk kita menggapai kecemerlangan dalam hidup sebagaimana yang didamba.


Justeru, permuafakatan dan kesepakatan adalah tunggak dan asas segalanya. Tidak wajar lahir individu yang selfish yang sifatnya individualistik dalam menuju kegemilangan. Jika wujud manusia seumpama ini natijahnya,tempanglah malah lumpuhlah seluruh agenda untuk memartabatkan kekuatan ummah di peringkat yang lebih tinggi. Seisi dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan dan kejayaan setiap insan,tetapi ia amat sedikit dan tidak pernah cukup untuk memenuhi ketamakan dan kerakusan individu~"the world is enough for everyones need,but is not enough for everyones greed" (Mahathma Gandhi).

Baru-baru ini, berkesempatan saya mengadakan program team-building bersama dengan hampir 110 guru dan kakitangan salah sebuah di Kuala Lumpur. Perkara yang tegaskan berulang kali kepada para peserta, kejayaan berbentuk kolektif lebih terkesan dan berkesan berbanding dengan kejayaan yang sifatnya individu sahaja. Nyahkan konsep dan doktrin 'OMS'~one man show dalam diri ke arah pencapaian kualiti yang first class pada mata umum dan diri sendiri. Tahniah buat semua peserta dan fasilitator yang telah bersama menjayakan program kita bersama ini. ANDA semua HEBAT!!!
zahiri shams associates