Rabu, Januari 06, 2010

HMK INSANI: 2010, Optimis Teruskan Langkah Perjuangan!

"The business executive is by profession a decision maker. Uncertainty is his opponent. Overcoming it is his mission" John Mcdonald.

Mungkin tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010. Hari ini adalah hari ke-6 dalam tahun baru ini. Di segenap penjuru dunia meraikan tahun baru dengan pelbagai alasan yang tersendiri.

Walauapapun alasan, yang penting asas perjuangan diri iaitu Hijrah Insani perlu terus-menerus diusahakan dan dicapai. Wajarlah kita bercermin diri sepanjang 12 bulan yang lampau; adakah kita masih sama atau sudah ada peningkatan? Atau sebaliknya adakah momentum positive effort kita semakin hari semakin menurun. Justeru, wajiblah kita bertindak; merancang dan berkeputusan; melaksanakan segala yang direncana agar menjadi realiti.

Bertindak sebagai pembuat keputusan yang bijak dan bertindak secara optimistik tanpa bertunjangkan akar pessimistik adalah kunci rahsia tidak terkebelakang dan terus ketinggalan. Merancang dan bertindaklah bagi sesuatu yang pasti bukannya illusi dan fantasi. Ukurlah kekuatan dan kemampuan diri. Jika impian terlalu tinggi. Pastikan segala macam 'senjata', 'peluru' dan 'latihan'nya cukup dan sempurna. Ini dalam erti kata penguasaan ilmu dan mempraktikkan ilmu dengan efektif. Ini amat penting bagi memastikan matlamat dan impian tercapai dengan jayanya.
  • Tidak salah memasang impian dan cita-cita yang menggunung tinggi, asalkan saja kita sanggup membayar 'harganya'. Istiqamah dan Tadhiyyah. Kesungguhan dan konsistensi tanpa kenal erti lelah dan kalah, serta pengorbanan masa riang-ria dan berfoya-foya. Sebaliknya lebih fokus mengenal kelemahan diri dan menajamkan potensi diri. Agar apa yang diimpi tidak hampa dan kecewa.
Berkata sarjana bernama Ovid "a horse never runs so fast as when he has other horses to catch and outpace"; antara penyakit orang yang belum berjaya ialah lemah semangat dan patah semangat serta cepat putus asa. Dalam masa yang sama mereka kerap keluh kesah dan risau apa yang diusahakan hari ini tidak akan membuahkan hasil. Pokoknya mereka TAKUT GAGAL. Apakah penawarnya? mereka yang terkena penyakit ini sendiri ada jawapannya. Bagi yang kuat yakin dengan penawar masing-masing maka mereka itulah yang kita lihat bersinar-sinar kejayaannya. Bagi yang tidak meyakini akan penawarnya itu sendiri,maka mereka masih di atas pagar dan belum berjaya. Selama mana mereka bertangguh dan tunggu selama itu jugalah impian yang diimpi hanya menjadi lakaran dan potret minda SAHAJA!
  • Saya cadangkan rujuk buku Berani Gagal nukilan Billi Lim. Beliau berceloteh panjang tentang bab ini. Satu fakta penting yang perlu di'digest' tidak ada tempat untuk Sang Penakut Kegagalan untuk bersemayam di atas takhta KEJAYAAN! hanya mereka yang berani sahaja akan sukses. Sesiapa yang bisa memecahkan ruyung merekalah itulah yang akan merasa sagunya.
  • Lantaran itu bagaimana meningkatkan kuasa diri agar berani untuk gagal? berani berimpian tinggi? tidak lemah akan dugaan? MUDAH saja! CABAR DIRI ANDA!!! rujuk kembali kata-kata Ovid di atas. Bacalah, fahamilah dan pasti dapat menyahut CABARAN buat diri anda dengan Jayanya.

    Salam Optimis Dalam Perjuangan Hidup!

zahiri shams associates