Jumaat, September 23, 2011

Iskandar Wafri

DOA & HARAPAN-14 September 2011 lalu genaplah usia Iskandar Wafri 10 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt mudah bagi dirinya untuk menjalani kehidupan duniawi yang penuh dengan cabaran. Bersama didoa'kan kemudahan & kerahmatan ini terus bersamanya hinggalah ke akhir hayat, ameen!
KESIHATAN-Wafri dalam hujung minggu lepas dan minggu ini kurang baik kesihatannya. Demam, panas badan, sakit tekak dan pasif lemah pergerakannya. Suara yang riuh, agak sunyi. Aktifnya aktiviti, agak pasif dan terbatas. Awal pagi isnin lalu jam 430am dibawa ke klinik natijah panasnya badan yang agak tinggi. Tidurnya hanya berdukung peluk. Bahu papa, bahu mami tempat empuknya untuk lena beradu. Tidur malamnya terganggu. Bertahan untuk sejam dua, terjaga merengek meragam kembali. Mudah-mudahan ada hikmah yang terbaik daripada Allah swt buat kita sekeluarga.
BERANSUR PULIH-Alhamdulillah, setelah berperang hampir seminggu dengan ketidakselesaan diri, hari ini Wafri beransur pulih. Sudah boleh untuk senyum kembali. Bermain aktif sekadar yang ada. Berbicara bahasanya sekadar yang boleh. Insya-Allah didoa'kan sehari dua lagi dengan izin yang Maha Esa, moga-moga Wafri akan pulih sepenuhnya...ameen ya Rabb!!!
Papa dan Mami akan sentiasa di sisi, mendoa'kan dan menjaga amanah-Nya ini dengan sebaik mungkin insya -Allah, ameen!!!
zahiri shams associates

Khamis, September 22, 2011

I'dulfitri 2011. Indahnya bersama keluarga

PUJI-PUJIAN-Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!...Alhamdulillah masih kita diberi kesempatan, ruang & peluang untuk bersama menikmati nikmat Ramadhan & Syawal pada tahun ini. Maha Suci Allah & Segala Puji bagi Allah swt yang mengurniakan kita izin-Nya untuk membolehkan kita bersama lagi dalam tahun ini. Tahun hadapan belum tentu, belum tahu. Hanya Dialah yang mengetahui. Bersama kita doa'kan semoga masih lagi dikurniakan keizinan-Nya untuk bertemu lagi pada tahun hadapan...ameen!
PAPA & MAMI-Sambutan I'dulfitri tahun ini cukup bermakna. Inilah tahun pertama diri ini & isteri bergelar Ayah & Ibu. Dengan lahirnya Muhammad Iskandar Wafri, bulan November lalu. Gelaran baru ini sungguh mencabar. IQ & EQ perlu lebih mantap. Agar dapat menjadi qudwah asas buat anak yang dikasihi.
AKRAB-Ukhuwah & silaturrahim terus subur & segar-bugar. Ramadhan mendidik nafsu & jiwa kita. Syawal menilai ketaqwaan & keberkatan diri. Nafsu terdidik, ketaqwaan dipetik. Justeru keakraban antara keluarga & teman-teman yang terus terjalin serta diperkukuhkan dalam bulan Syawal ini suatu yang tinggi nilainya tidak terkira. Maaf dipohon, Kemaafan diberi. Indahnya peraturan Allah swt tibanya Syawal setelah Ramdhan berlalu semacam Rahmat & Nikmat yang tidak dapat digambarkan & diluahkan dengan kata-kata. Jika hati ada terguris & pernah mengguriskan sesiapa sahaja sebelum ini. Hati mudah untuk memaafkan & memberi maaf. Inilah the Power of Rahmat Allah.
ZIARAH RAYA-Sehari sebelum satu Syawal bermalam dirumah keluarga di Felda Sg.Tengi. Terasa sunyi asbab ayahanda mertua sudah tidak lagi bersama tahun ini. Mudah-mudahan Arwah terus diRahmati di 'sana'. Bermaafan bersama ibunda tercinta keluarga tersayang. 'Baraan' adalah aktiviti wajib selepas bersembahyang raya. 'Baraan' ialah aktiviti kunjung-mengunjung jiran tetangga. Ia amat baik. Ukhuwah antara keluarga, anak menantu jiran tetangga terjalin begitu erat.
Bergerak ke Ipoh. Singgah di Tapah pada sebelah petang satu Syawal. Beraya di rumah Tuan Fitri & Puan Amalina. Bermalam tiga hari di teratak ayahanda di Ipoh. Dua Syawal ziarah raya terus ke Taiping. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan. Alhamdulillah kunjungan mahabbah ke rumah-rumah bapa ibu saudara yang ada memperkukuh lagi semangat kekeluargaan yang sememangnya kuat di hati.
Selesai beraya di kampung,kembali ke Damansara dan menggalas amanah dengan semangat baru dalam bulan Syawal. Jemputan daripada teman-teman untuk open house terlalu banyak. Alhamdulillah dengan izin & dapatlah memenuhi jemputan yang dekat-dekat dan boleh untuk mudah berkunjung. Syukran teman-teman. Mudah-mudahan apa yang kita nikmati pada hari ini dan tahun ini dapat kita bersama lagi pada thun-tahun yang mendatang. Insya-Allah.
zahiri shams associates