Isnin, Julai 27, 2009

Ego Menyekat Rezeki, Nokhtah Impian Insani


  • Suatu ketika di jalan raya:

"tak guna betoi keta ni,hang ingat baguih sangat ka keta hang...jaga hang..." kata Encik Polan apabila sebuah kereta lain memotongnya. Lantaran dengan itu dia juga tanpa silu pada isteri dan anaknya yang juga berada di dalam kereta itu, dengan penuh angkuhnya memecut laju mengejar kereta berkenaan dan cuba beberapa kali memotong semula namun gagal.




  • Suatu ketika dalam kuliah agama di sebuah surau:

"Allah hai...benda-benda yang Ustaz Nizam dok cakap tu dah banyak kali dengaq..dok halal haram kot tu jugakla..dah tazkirah namanya pun...dengaq pila..." berkata Haji Polan di tangga surau kepada beberapa orang jemaah yang juga sedang melepak di tangga semasa kuliah Maghrib sedang berlangsung.



  • Suatu ketika di sebuah syarikat niaga:
"nak mengajaq aku konon, mentang-mentang dah pakai keta cap bintang (mercedes) cakap pandai...dia tu tok sah kata degree, MCE pun sangkut...dapat pakai tu kira nasib...tengokla berapa lama boleh tahan..sikit hari lagi tu kena tarik la tu..." kata Mat Polan yang punyai segulung ijazah dari sebuah universiti berprestij tinggi kepada salah seorang rakan niaganya yang kini sudah berjaya dalam satu majlis keraian dan penghargaan ahli-ahli perniagaan.



  • Teman-teman yang di Rahmati Allah sekalian. Penulis percaya jika tidak teman-teman, mungkin kenalan saudara dan saudari pernah dengar juga terserempak dengan individu-individu yang mengutarakan beberapa bait kata bicara dalam dialog di atas.
So...Apa salahnya? Why not-mengapa tidak? Ia hanyalah salah satu daripada natural expression bagi seseorang. Jika kita tidak berpuas hati,tidak ada salahnya meluahkan secara terus dan lantang;daripada memendam rasa menyakitkan hati.



  • Penulis berpandangan mungkin di atas adalah antara daripada alasan-alasan murahan yang digunakan oleh sesetengah hamba Allah bagi mengizinkan 'penjualan' bicara angkuh yang penuh dengan rasa bangga diri tersebut.
Adalah tidak keberatan jika penulis katakan di sini,seseorang insan yang daring enough untuk respon dengan gaya dan berbahasa sebagaimana yang dicoretkan adalah Manusia Ego ataupun Manusia Bodoh Sombong ataupun Manusia Individualistik. Label yang penulis nyatakan bukanlah atas dasar emosi tetapi atas dasar aqli (aqal) yang waras dan pertimbangan rasional. Masih teringat pesanan salah seorang guru yang rapat dengan penulis dalam diskusi berkaitan hal ini;guru penulis menyifatkan orang-orang seperti ini sebagai "cerdiknya dia tak boleh diikut, bodohnya dia tak boleh diajar"

  • Teman-teman yang dikasihi,maaf kalau pada sesetengah pembaca merasakan ianya agak kasar bunyinya. Namun, pada hemat penulis apa yang diterjah oleh guru di atas justified. Ini adalah berlandaskan pada sirah nabawiyyah yang banyak merakamkan insan-insan dhaif seperti yang disifatkan guru. Antara yang popular, Kisah Firaun (Maha Firaun) yang mengakui dirinya Tuhan, punyai kecerdikan dan kekuasaan tetapi tidak boleh diikut cerdiknya itu;jika diikut merana badan. Dalam masa yang sama bodohnya Firaun yang tidak dapat membezakan di antara ilmu sihir ahli sihir tempatan dengan mukjizat kurniaan Allah pada Nabi Musa a.s dan enggan membenarkan kebenaran keRasulan Musa a.s sebagai pesuruh Allah; tidak dapat dididik dan diajar maka selayaknyalah dia ditelan laut merah.
Prinsip ego atau disebut sebagai egoisme adalah satu sifat dan prilaku negatif yang perlu dihindari. Walaupun ego perlu pada kita sebagai manusia namun ia wajar secara bijaksana disesuaikan berdasarkan kepada kesesuaian ,yakni kena pada tempatnya (penulis akan bincangkan positifnya ego dalam keadaan tertentu kemudian). Perlu kita maklumi apa yang disebut sebagai ego ini, yang kemudiannya akan membawa kepada sombong, angkuh, bangga diri, mementingkan diri dan yang selabel dengannya telah diangkat oleh seorang tokoh sekular bernama Nietzche. Pada tokoh ini dia berpandangan 'sesuatu yang menguntungkan diri itu adalah kebaikan, manakala sesuatu yang merugikan diri itu suatu kejahatan'. Sepintas lalu kalau kita membaca phrasing ini dirasakan tiada salahnya egoisme dijadikan ikon prinsipal. Namun apabila diamati semula hingga ke dasar, kita akan mendapati phrasing Nietzche ini adalah bersifat subjektif. Ia memberi isyarat untung diri itu baik dan rugi diri itu jahat tidak berpaksikan kepada mana-mana agama dan sistem kepercayaan, tetapi sebaliknya dikembalikan semutlaknya kepada manusia bulat-bulat. Maka dengan ini sudah pasti tindakan dan natijahnya juga adalah berbeza mengikut level virtues seseorang itu. Jika baik orang itu maka dipimpin baiklah egonya, malangnya jika buruk orang itu maka menyimpanglah egonya.



  • Sedikit penyataan ilmiah, menurut sarjana barat bernama Rand (1964) yang membicarakan dengan lebih terperinci berkaitan ego ini, mengungkapkan dalam nukilan kitab keramatnya iaitu The Virtue of Selfishness, menyifatkan lahirnya ego dalam diri seseorang lantaran daripada 'cinta diri'@ self-love; yang akan memotivasikan perasaan egoisme. Dalam bahasa mudah orang-orang sekarang dalam menyimbolikkan maksud cinta diri ini; 'dalam apa-apa pun dia saja yang betul, dia saja yang pandai, orang lain semua salah semua tak betul'.
Justeru apa kaitannya ego dengan tersekatnya rezeki dan mematikan segala impian seseorang itu? Akan penulis rungkai-jawabkan dalam coretan siri yang akan datang ok. Mudah-mudahan sedikit input pada hari ini dapat kita sama-sama mengumpul pahala,tidak banyak sedikit selepas membaca tulisan ini. Pahala apa tuan? Pahala berfikir...adakah aku seoarang lelaki atau perempuan yang EGO? Fikir-fikirkanlah...Buang Ego, Buang Malu, Banyakkan Membuat Amalan-Amalan Baik dan Mulia Walaupun Hanya Seukir Senyuman Manis!

  • (Penggunaan bahasa berdialek utara dalam petikan dialog di atas tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak; baik orang utara, selatan atau timur. Cuma penulis lebih selesa mengekspresikan bicara dalam loghat utara. Harap Maklum)

zahiri shams associates

Jumaat, Julai 24, 2009

Salam Najah Buat Semua...

...ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Buat semua teman-teman lama rasanya saya tidak update laman HIJRAH INSANI ini; hampir sebulan lebih juga rasanya. Lantaran tanggungjawab dan jadual tugasan yang agak ketat sebulan dua kebelakangan ini, membataskan jari-jemari ini untuk menukilkan sesuatu di laman ini.
Insya-Allah bersama didoakan mudah-mudahan di hari-hari mendatang ini kita masih lagi diberi ruang dan peluang serta kesempatan untuk mencoretkan coretan dan berkongsi perkongsian yang lebih bermakna buat manfaat bersama.
Semoga bertambahlah amalan kita dan terus istiqamah dalam memperbaharui tekad dan azam, menyuburkan semula iman dan islam kita, dan sentiasa optimis menjernih diri dari noda dan goda. Dengan izin-Nya kita mampu untuk menjadi contoh teladan yang baik dengan merujuk kepada sebaik-baik contoh manusia iaitu Muhammad bin Abdullah saw sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu..."
(Surah Al-Ahzab: 21)
Salam Ceria Salam Najah, Tiada Duka Tiada Gundah.
Wassalam.
zahiri shams associates