Jumaat, Ogos 07, 2009

Jadilah Manusia-Manusia Paling Bahagia

Hiduplah bersama Al-Quran, baik dengan menghafalnya, membacanya, mendengarkannya atau merenungkan kandungan ayat-ayatnya; kerana Al-Quran adalah merupakan penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan.

Berimanlah kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Dzat Yang Maha Esa mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

Jangan sesekali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.


Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, dan jangan terlalucemas dengan hari esok. Kerana jika anda melakukan terbaik pada hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.
  • Perkongsian Nurani Dr. 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni
  • (terjemahan Muhammad Huzaifah)
zahiri shams associates