Pepatah Melayu ada berkata"Air dicincang tidakkan putus", "Bagai isi dengan kuku" dan pelbagai lagi pepatah (peribahasa) untuk menggambarkan keakraban dan kekuatan kasih sayang sesama ahli keluarga mahupun sahabat handai,teman sejati. Love is Cinta. Rasa kasih, sayang dan cinta tidak ada tolok bandingnya dengan apa-apa sekalipun. Tidakkan bisa dijual dan dibeli dengan wang ringgit. Tidak pula boleh dipura-pura dan disenda-gurau. Ia adalah anugerah Allah swt buat hamba-Nya. - Sesiapa yang menghargai cinta,kasih dan sayang, maka dia akan dicinta,dikasih dan disayang. Sebaliknya,sesiapa yang mengkhianati cinta, kasih dan sayang selayaknyalah dia untuk tidak dicintai,dikasihi dan disayangi (Ibnu Salam). Tahniah buat wanita-wanita hebat dalam hidup Zahiri Hj Shams. Puan Monaliza Hj Shamsudin dan Puan Mozatulsyima Hj Shamsudin. Walaupun kini kita sudah berbeza bumbung,lantaran masing-masing sudah berkeluarga namun tetap satu hati satu rasa. Nilai cinta,kasih dan disayang yang dipupuk ayahanda Tn Hj Shamsudin Abd Jalil bersama Allahyarhamah bonda Che Atun Salleh tetap utuh, kukuh, serasi dan sejati dalam diri kita. Itulah bukti ikhlasnya mereka membajai benih cinta pada kita lima beradik.
Kesinambungan daripada itu, CINKASA (cinta,kasih dan sayang) akan bisa membentuk keperibadian mulia dalam diri seseorang secara eksklusifnya. Euphoria insani bagi menterjemahkan kemuliaan tersebut dapat dilihat secara menebal apabila tiga perkara secara konsisten dapat dipraktiskan dengan penuh hemah; iaitu (i) Memaafkan kesalahan insan lain dan menghapuskan bekas-bekasnya, (ii) Memberi sesuatu kepada seseorang yang tidak pernah memberinya sesuatu dan (iii) Menyambungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan dirinya. Lantaran dengan ini, seseorang itu tanpa perlu mengemis cinta,kasih dan sayang orang lain untuk peroleh CINKASA, sebaliknya CINKASA akan hadir dalam hidupnya; sebagai anugerah dan hadiah. Fikirkan bersama.
Justeru, by principle jika CINKASA sudah kita kuasai secara personal, adalah tidak mustahil untuk terus-menerus menyebatikannya dalam episod-episod kehidupan yang kita lalui. Tidaklah kira, sama ada kita hidup dibawah bumbung yang berbeza atau bumbung yang sama, aura positif CINKASA upaya kita serap luaskannya secara keseluruhan. Inilah rahmat, inilah nikmat yang boleh dikecapi bagi para pencinta CINKASA. - Natijahnya, inilah yang dapat kita lihat dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga seseorang insan. Pasangan dan keluarga yang bahagia bukan bererti tiada 'bertikam lidah'antara satu sama lain. Tetapi pendefinisian keluarga bahagia itu lebih daripada itu;iaitu mereka yang komited dengan deeds yang disarankan diatas. Bertepatan dengan itu CINKASA akan mencapai impak maksima dalam diri dan insan sekeliling seseorang itu. Hasil daripada itu, campaklah ke mana pun insan-insan ber'ruh' CINKASA yang murni ini mereka tetap gah memperkasa CINKASA tanpa sempadan. Bersama atau terpisah, sama-sama dapat merasa. Hatta ke peringkat walaupun hidup berbeza bumbung tetapi tetap satu hati, apatah lagi kalau hidup di bawah satu bumbung sudah pasti sehati sejiwa.
CINKASA: "Kasihmu Tulus Suci, Sayangmu Telus Abadi,, Jasamu Ikhlas Murni, Dirimu Asas Peribadi, Menjadi Penghias Istana Hati, Kanku Praktis Pesanmu Nanti, Selagi Hayat Diizinkan Illahi" (dedikasi ikhlas buat insan-insan yang menghargai CINTA,KASIH dan SAYANG)
zahiri shams associates
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tokoh sasterawan terulung negara Dato' A.Samad Said pernah bermadah dalam satu puisinya dengan berkata:




Nick Vujicic. Namanya sehebat insannya. Walaupun, dirinya tidaklah sekacak Shah Rukh Khan. Aksinya tidak selincah Jackie Chan. Namun, beliau tetap gah di gelanggang duniawi ini dengan kehebatan, kekuatan dan keunikan tersendiri.

pop2.jpg)
Namun demikian, pada hemat saya, dalam bab-bab agama yang berkaitan dengan halal haram, tauhid dan aqidah, iman,islam dan ihsan, ilmu wahyu dan tafsiran al-quran, fiqh dan usul fiqh, usuluddin, dan sealirannya; saya mengambil prinsip think and act win win (Tabiat ke-4,oleh Dr.Steven Covey dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective People). Kukuhkan fakta dan kefahaman; sekiranya seseorang ustaz, ulama', mufti, pendakwah, guru dan pensyarah agama yang memang sudah dikenali peribadinya, pendidikannya, keluarganya, kelayakannya dan track record kuliah-kuliah ilmunya adalah tidak wajar untuk kita masyarakat mahupun pihak berkuasa menyekat, menghalang apatah lagi menahannya hanyalah kerana dengan alasan seseorang ahli agama itu tidak ditauliahkan terlebih dulu. Adalah amat cetek pemikiran dan kewarasan pihak berkuasa jika bertindak sedemikian. Ini kerana tanpa usul periksa menghalang mesej yang berorientasikan agama (irsyad yakni nasihat) daripada seorang pendakwah kepada masyarakat yang senantiasa dahagakan santapan rohani bagi melahirkan kesedaran hakiki sebagai hamba Illahi.



.jpg)
.jpg)

mjk.jpg)






+khj.jpg)

.jpg)
.jpg)