Jumaat, November 12, 2010

HMK Insani: Cikgu Baik Hati & Lawa =)

Berkata Horace Mann "The highest service we can perform for others is to help them help themselves". Begitulah ungkapan Horace Mann dalam menghuraikan apa yang terbaik untuk dilakukan oleh seorang pendidik. Tiada perkhidmatan yang terbaik selain daripada menghulurkan bantuan, pertolongan, bimbingan, latihan, dan panduan kepada manusia agar mereka sedar siapa diri mereka, tahu dan mampu untuk terus optimis dalam perjuangan hidup tanpa batasan agama dan bangsa seseorangitu.
Bersyukur,tersenyum dan terharu di hati bilamana menyemak tulisan-tulisan siswa siswi pagi ini. Tertarik pada satu tulisan seorang siswi berbangsa cina ini:~
"...pengalaman belajar di sini sangat saya hargai. Banyak kawan baik yang saya kenali dan guru yang penuh perhatian, terutamanya Encik Mozahiri...Encik Mozahiri seorang cikgu yang baik hati dan lawa. Beliau mengajar saya dua subjek iaitu Bahasa Kebangsaan dan Sains Personaliti. Cara beliau mengajar sangat unik, selalu mengetawakan kita, tetapi pengajaran yang diajar oleh beliau masih tetap diserapkan oleh kami semua. Jasa dan pengorbanan beliau tidak akan pernah kami lupakan..."
Semoga DIA sentiasa merahmati kita bersama.
zahiri shams associates

Khamis, November 11, 2010

HMK Insani: Ikhlas Terus Ke Hati

Berkata seorang sarjana William Feather "In helping others to succeed we insure our own success" . Bagi kita yang benar-benar ingin berjaya janganlah hendaknya lokek memberjayakan orang lain juga dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ini kerana sumbangan dan aktiviti yang bertunjangkan hati yang ikhlas akan terus lekat di hati kita secara peribadi juga sepastinya di hati orang yang kita tuntun kejayaannya itu.

Thank you very, very, very much to my brothers and sisters Degree students in Engineering, Computer Engineering, Art & Design and Business & Management for your support and cooperation in completing our lecture this semester. Of course,it is a must for me with 'rasa terharu' to say thank you for the surprise and special gift from all of you yesterday.

My wish all of you will succeed in your studies and career onwards. All of you deserved to succeed and excellent in your life; because all of you are great individuals. Reminds me to what had been mentioned by Aristotle "In the arena of human life the honors and rewards fall to those who show their good qualities in action".

THANK YOU my dear brothers & sisters.
zahiri shams associates

Jumaat, Oktober 22, 2010

HMK Insani: One World Hotel

Alhamdulillah selesai hadiri Majlis Makan Malam sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan KBU International College (KBUIC) Malaysia.
Congratulations to all family members of KBUIC Malaysia. Moga terus sukses, cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bro. Ibrahim orang lama,orang kuat KBUIC. Sama-sama merenung sesuatu? Sabar...tunggu...peace=)
zahiri shams associates

Selasa, September 21, 2010

HMK Insani: Ezam Noor & Zahiri Shams

Jambatan emosi persahabatan yang terbina bertahun-tahun walaupun jarang-jarang bertentang mata, tetap kukuh terjaga. Harta, pangkat dan kedudukan bukan penghalang untuk terus bersahabat.

Alhmadulillah, hari ini dapat lunch bersama Anuar Shaari (Dato'), Ezam Noor (YB Senator) dan Ghani (aktif mengambil gambar). Bertanya khabar keluarga sekali gus gathering hari ini dapat mengeratkan silaturrahim dan beraya memohon ampun maaf zahir batin. Walaupun hanya sejam setengah bersua, asbab masing-masing punyai komitmen lain, namun, ia amat berharga.
Semoga DIA terus merahmati ukhuwah sedia ada. Bersahabat biar seribu. Bermusuh jangan sekali. Salam Optimis,,,
zahiri shams associates