Jumaat, November 12, 2010

HMK Insani: Cikgu Baik Hati & Lawa =)

Berkata Horace Mann "The highest service we can perform for others is to help them help themselves". Begitulah ungkapan Horace Mann dalam menghuraikan apa yang terbaik untuk dilakukan oleh seorang pendidik. Tiada perkhidmatan yang terbaik selain daripada menghulurkan bantuan, pertolongan, bimbingan, latihan, dan panduan kepada manusia agar mereka sedar siapa diri mereka, tahu dan mampu untuk terus optimis dalam perjuangan hidup tanpa batasan agama dan bangsa seseorangitu.
Bersyukur,tersenyum dan terharu di hati bilamana menyemak tulisan-tulisan siswa siswi pagi ini. Tertarik pada satu tulisan seorang siswi berbangsa cina ini:~
"...pengalaman belajar di sini sangat saya hargai. Banyak kawan baik yang saya kenali dan guru yang penuh perhatian, terutamanya Encik Mozahiri...Encik Mozahiri seorang cikgu yang baik hati dan lawa. Beliau mengajar saya dua subjek iaitu Bahasa Kebangsaan dan Sains Personaliti. Cara beliau mengajar sangat unik, selalu mengetawakan kita, tetapi pengajaran yang diajar oleh beliau masih tetap diserapkan oleh kami semua. Jasa dan pengorbanan beliau tidak akan pernah kami lupakan..."
Semoga DIA sentiasa merahmati kita bersama.
zahiri shams associates