Selasa, November 23, 2010

HMK Insani:Muhammad Iskandar Wafri, Anugerah ALLAH Paling Mahal Buat Mami & Papa

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah imam bagi orang-orang yang bertaqwa",(Al-Furqan: 74).
Alhamdulillah segala puji hanyalah selayaknya bagi Allah swt. sahaja, yang memiliki kekuasaan dan keupayaan yang Maha Hebat atas tiap-tiap sesuatu ciptaan-Nya. Terima kasih ya Allah, dengan izin-Mu membenarkan diriku juga isteri kesayanganku bergelar ayah dan ibu. Doa' dan Penantian kami selama ini telah Engkau kabulkan. Tiada ragu dan was-was sedikitpun di hati ini atas segala ujian, bantuan, pertolongan, kemudahan, rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan buat kami. Sesungguhnya dan sememangnyalah ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmah tiap-tiap sesuatu itu.

Pada tanggal 7 Zulhijjah 1431H bersamaan 14 November 2010 jam 9.25pm, isteriku telah selamat melahirkan putera sulong kami dengan berat 3.63 kg yang kami namakan Muhammad Iskandar Wafri Bin Mozahiri.Hari ini genaplah usianya 10 hari di alam dunia di bumi Allah swt.



Papa dan Mami serta seluruh kaum keluarga akan terus menerus berdoa dengan penuh harapan kepada Allah swt. berserta ikhtiar sedaya mampu untuk memberikan pendidikan yang terbaik buatmu; baik ilmu dunia dan ilmu akhirat. Moga hajat dan harapan papa mami melihat Iskandar Wafri berjaya sebagai profesional Muslim yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran dibimbing oleh keizinan, taufik dan hidayah Allah swt. akan menjadi kenyataan. Ameen Ya RABB! Ameen Ya ALLAH!

Salam Kasih, Salam Sayang daripada Papa dan Mami buatmu Muhammad Iskandar Wafri.
MOZAHIRI HJ SHAMSUDIN & MURNI HJ JAMIL
zahiri shams associates