Jumaat, September 23, 2011

Iskandar Wafri

DOA & HARAPAN-14 September 2011 lalu genaplah usia Iskandar Wafri 10 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt mudah bagi dirinya untuk menjalani kehidupan duniawi yang penuh dengan cabaran. Bersama didoa'kan kemudahan & kerahmatan ini terus bersamanya hinggalah ke akhir hayat, ameen!
KESIHATAN-Wafri dalam hujung minggu lepas dan minggu ini kurang baik kesihatannya. Demam, panas badan, sakit tekak dan pasif lemah pergerakannya. Suara yang riuh, agak sunyi. Aktifnya aktiviti, agak pasif dan terbatas. Awal pagi isnin lalu jam 430am dibawa ke klinik natijah panasnya badan yang agak tinggi. Tidurnya hanya berdukung peluk. Bahu papa, bahu mami tempat empuknya untuk lena beradu. Tidur malamnya terganggu. Bertahan untuk sejam dua, terjaga merengek meragam kembali. Mudah-mudahan ada hikmah yang terbaik daripada Allah swt buat kita sekeluarga.
BERANSUR PULIH-Alhamdulillah, setelah berperang hampir seminggu dengan ketidakselesaan diri, hari ini Wafri beransur pulih. Sudah boleh untuk senyum kembali. Bermain aktif sekadar yang ada. Berbicara bahasanya sekadar yang boleh. Insya-Allah didoa'kan sehari dua lagi dengan izin yang Maha Esa, moga-moga Wafri akan pulih sepenuhnya...ameen ya Rabb!!!
Papa dan Mami akan sentiasa di sisi, mendoa'kan dan menjaga amanah-Nya ini dengan sebaik mungkin insya -Allah, ameen!!!
zahiri shams associates