Selasa, Disember 14, 2010

HMK Insani:Sebulan Sudah Wafri Papa,Wafri Mami.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang lagi Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Hari ini 8 Muharam 1432H bersamaan 14 Disember 2010, cukuplah sebulan usia Muhammad Iskandar Wafri. Syukur dan terima kasih dirafa'kan kepada Allah SWT, Wafri sihat, baik, ceria dan mudah-mudahan terus diRahmati oleh-Nya selalu.
Insya-Allah setelah hampir sebulan Wafri dan Mami hanya berjumpa papa dua kali seminggu sahaja, hujung minggu ini 19 Disember 2010 kita akan balik ke rumah di Damansara. Mami ada sebulan lagi untuk bercuti dan bersama Wafri di rumah kita sebelum kembali bertugas 14 Januari 2011.
18 Disember 2010 ini, disamping kenduri paman Ahan sebelah tengaharinya, Papa dan Mami dengan saranan nenek Miyah kita akan ada Majlis Marhaban dan cukur jambul Wafri bersama-sama dengan Nur Qaseh Qalesha pada sebelah pagi.

Dengan izin Allah SWT, awal tahun hadapan Papa dan Mami akan adakan Majlis Kenduri Aqiqah Wafri di rumah Tok Wan pula. Papa dan Mami berdoa' agar Wafri sentiasa sihat, ceria dan menjadi anak soleh yang sentiasa diRahmati Allah SWT sampai bila-bila. Salam sayang selama-lamanya daripada Papa dan Mami buat Iskandar Wafri.
zahiri shams associates