Jumaat, Julai 09, 2010

HMK Insani: Status IBU Itu Sangat Mulia

Apabila seseorang perempuan itu mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan baginya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt. Apabila seseorang perempuan itu melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah swt. [~kredit~Dipetik daripada http://smzblog.wordpress.com]
Tahniah buat semua para ibu dan bakal ibu, kerana Islam memuliakan status para ibu. "...Buat isteriku syabas dan tahniah! Moga terus sihat,ceria dan bersemangat untuk terus 'berjuang' ke hadapan. Isteriku,dalam masa 3 dan 4 bulan ke depan ini insya-Allah, dirimu akan bergelar ibu. Moga DIA memberikan kekuatan dan kemudahan bagimu. Doa', Redha dan sokongan suamimu sentiasa bersamamu. Moga zuriat kita yang bakal lahir nanti akan menjadi insan beriman dan beramal soleh, ameen ya RABB!..."
zahiri shams associates