Ahad, Julai 18, 2010

HMK Insani: Komited, Dedikasi, Berjaya!

SYABAS dan TAHNIAH kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr.Ismail (1) Kuala Lumpur kerana dipilih juri sebagai Pasukan Terbaik dalam pertandingan 'High School Musical' Astro seluruh Malaysia pada sesi hari ini yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) , Putrajaya.


Hasil kerja berpasukan yang konsisten,komited dan berdedikasi adalah kunci kejayaan yang sebenarnya. Para peserta, para guru dan ibu bapa yang sama-sama berkorban dan berganding bahu dalam memastikan persediaan yang mantap terbukti berbaloi dan 'berbayar' dengan kualiti persembahan yang amat berbeza daripada pasukan-pasukan lain. Mesej SATU MALAYSIA dan kebersamaan menerusi tarian dan muzik yang dipilih ternyata membuahkan hasil yang positif sehingga berjaya menarik perhatian para juri; Linda Jasmine & Sazzy Falak.

Semoga kejayaan hari ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Benarlah kata pujangga "Yang Bulat Tidakkan Datang Bergolek, Yang Pipih Tidakkan Datang Melayang". Segalanya memerlukan komitmen, passion dan kesungguhan baru boleh berjaya. Bak kata Dato' Dr. Norbahyah Mahmud "Anda buat, Anda dapat"!!!
Komited, Dedikasi, Berjaya!
zahiri shams associates