Rabu, November 18, 2009

HMK Insani: Saya Siapa & Siapa Saya?

Merujuk kepada Horace Mann katanya "The highest service we can perform for others is to help them, help themselves." Inilah antara falsafah dan prinsip hidup seseorang yang berjaya dan inginkan kejayaannya juga dikongsi secara kolektif bersama insan-insan sekelilingnya. Jika kita berpeluang bertanya kepada individu-individu yang sudah berjaya, semestinya mereka ini mempunyai idola (insan untuk dicontohi) dan mempunyai mentor untuk terus-menerus membimbing mereka hingga ke puncak kejayaan. Ini kerana, tanpa training dan assistance daripada mereka yang sudah mengecapi nikmat kejayaan setelah melalui pelbagai onak duri adalah agak sukar dan sulit bagi kita untuk menggapai impian.
  • Bukan tidak boleh berjaya,boleh!tetapi agak sukar dan lambat. Ini kerana kita perlu belajar segala-galanya;kesilapan dan kegagalan sendiri (belajar daripada kesilapan sendiri dan berjaya). Namun demikian,jika kita belajar daripada kesilapan dan kegagalan insan lain, maka kita lebih bijaksana dan lebih memudahkan laluan ke arah kegemilangan hidup. Yang PAStinya insan-insan berjaya yang berpegang kepada prinsip di atas sudah pasti tidakkan lokek untuk memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu untuk sukses.
Saya terlintas untuk menulis perihal mentor-mentee ini sejurus selepas sesi pembentangan kertas kerja para pelajar saya minggu lepas. Dalam kesemua 13 sesi pembentangan untuk semester ini, saya begitu kagum dengan pengaplikasian ilmu, kemahiran dan teknik-teknik penyampaian oleh mereka yang saya rasakan cukup berkesan. Walaupun, sesi kuliah hanya seminggu sekali dan memakan masa tiga bulan lebih untuk satu semester; namun garapan, kefahaman dan kesungguhan mereka untuk menjadi seorang presenter dan speaker yang baik saya wajar beri pujian.
  • Ternyata majoriti daripada mereka bukanlah seorang pemidato ataupun pendebat; walaubagaimanapun, effort yang mereka paparkan semasa penyediaan kertas kerja, power point presentation dan kerjasama menerusi sesi pembentangan tersebut membuktikan mereka adalah antara yang terbaik di kalangan yang terbaik. Gambar di atas adalah contoh satu kumpulan siswa siswi yang terbaik daripada 13 kumpulan keseluruhannya yang juga superb.
Walaupun diasak oleh saya dengan pelbagai soalan killer (bermatlamat untuk menguji kefahaman mereka dan sejauh mana mereka menguasai skill KBKK-kemahiran berfikir secara kritis dan kritikal), ternyata mereka planned to be talented. Ini bermaksud mereka sudah bersedia.Segala persoalan dijawab dengan tenang dan baik serta professional. Walaupun tidak saya nafikan terdapat juga kecuaian dan kelemahan minor yang dibuat oleh mereka, tetapi ia dapat saya maafkan bertunjangkan prinsip 'no ones are perfect, but trying with effort to be perfect.'
  • Sentiasa positif, optimis,realis dan benar-benar memahami serta betul-betul dapat menjawab persoalan Saya Siapa dan Siapa Saya? Adalah merupakan satu kelebihan bagi mereka. Ini bermakna mereka tahu inside outside (kekuatan,kelemahan dan potensi) tentang diri mereka. Natijahnya, potensi dan kelebihan digilap, kelemahan diatasi. Lantaran prinsip positivisme yang diajarkan dan dilatih buat mereka menerusi lecture yang saya seliakan, with compliment dengan kehendak mereka juga untuk bersama-sama sukses menjadikan mereka zero to hero. Saya cukup yakin mereka mampu untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Inilah yang disebut kuasa minda, kuasa fikiran. Sebagaimana yang diungkapkan oleh William Shakespere "There is nothing either good or bad that thinking makes it so". Fikir-fikirkanlah bersama.
Salam Optimis!!!

zahiri shams associates

Jumaat, November 06, 2009

HMK Insani:Berjaya Tanpa Alasan; Nick Vujicic

Nick Vujicic. Namanya sehebat insannya. Walaupun, dirinya tidaklah sekacak Shah Rukh Khan. Aksinya tidak selincah Jackie Chan. Namun, beliau tetap gah di gelanggang duniawi ini dengan kehebatan, kekuatan dan keunikan tersendiri.
  • Anak kelahiran Australia yang baru berusia 27 tahun ini,mengharungi hidupnya dengan penuh kecekalan, kesabaran dan ketekunan. Walaupun mengetahui dirinya banyak kekurangan jika dibandingkan dengan insan-insan lain di dunia ini, tetapi 'membujur lalu melintang patah'. Beliau tidak sama sekali menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berjaya. Sebaliknya,menerima kekurangan diri sejak dilahirkan ini sebagai satu keunikan dan penghormatan Tuan yang empunya dunia untuk beliau lebih menghargai dirinya.

Sebagai bukti, di peringkat awal menuntut ilmu beliau tidak dibenarkan untuk mengikuti pendidikan secara normal di mainstream school lantaran kecacatan fizikalnya walaupun, hakikatnya beliau tidak cacat akal dan waras malah pintar. Ini adalah kerana undang-undang di Australia tidak membenarkan mereka kurang upaya untuk bersekolah di sekolah-sekolah umum negara. Walaubagaimanapun, 'hujan tidak sepanjang zaman' dan 'panas tidak berpanjangan', semasa persekolahannya undang-undang negara tersebut telah dipinda dan beliau ialah murid pertama yang diterima masuk untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah aliran perdana Australia.
  • Maka, di sinilah bermulanya Nick Vujicic mengenali tulis,baca dan kira. Beliau juga dididik menggunakan komputer. Beliau juga dilatih untuk meningkatkan hubungan sosial dengan insan-insan lain. Bagaimana beliau melakukannya? dengan hanya 'hadiah' kaki kiri yang kecil dan lutut yang kontot. Tanpa tangan dan siku. Jawapannya itulah formula BERJAYA TANPA ALASAN!!! Nick cukup mengenali dirinya. Maka dengan itu beliau mampu melakukannya.
Walaupun pernah dibuli, diherdik dan dihina sebelum ini oleh rakan-rakan sebaya asbab kekurangan dirinya. Hatta, pernah separuh gila berdoa' dengan penuh harapan pada Tuhan agar dikurniakan dirinya tangan dan kaki seakan-akan tidak dapat menerima ketentuan Sang Pencipta. Namun, itu semua hanyalah satu proses normal bagi seseorang insan biasa untuk mengenali diri supaya selanjutnya bertindak dan menjadi manusia yang luar biasa.
  • Graduan double major dalam bidang Perakaunan dan Perancangan Kewangan ini, kini boleh mengangkat syukur pada Tuhan akan apa yang dimiliki dirinya sekarang. Sebagai seorang Tokoh Motivator Muda bertaraf antarabangsa, yang ceramah motivasinya kini menembusi sektor kerajaan,mahupun korporat-swasta, remaja,ibu bapa dan orang perseorangan. Beliau juga merupakan selebriti pilihan apabila telah diundang sebagai tetamu di radio dan telivisyen dalam program-program yang established; contohnya Oprah Winfrey Show dan lain-lain.
Selain, memiliki syarikat,laman sesawang dan penyokong sendiri dalam kariernya kini. Beliau juga dalam proses menyiapkan tulisan buku pertamanya yang dijangka akan diterbitkan pada akhir tahun ini yang berjudul 'No Arms, No Legs, No Worries'.
  • "Nick Vujicic telah membuktikan pada dunia, untuk berjaya anda tidak memerlukan Alasan. Ini kerana kejayaan itu mutlak dan setiap insan ada potensi mengecapinya. Tetapi untuk gagal anda bisa mencipta berbilion alasan untuk menidakkan kejayaan anda. Namun awas! alasan-alasan itu tidak akan sedikit pun dapat anda manfaatkan,sebaliknya alasan-alasan yang anda cipta sendiri itulah yang akan kemudiannya membunuh potensi diri dan menguburkan segala impian anda"
Bersamalah kita fikir-fikirkan...
zahiri shams associates

Rabu, November 04, 2009

Antara Tauliah & Kelayakan

Dr. Larry R. Williams seorang penulis buku 'Champions of Change' yang diterbitkan dalam tahun 1994, pernah mengungkapkan secara tersirat maksudnya, dalam menjustifikasikan seseorang itu lihatlah kepada sejarah latar belakangnya (khususnya pendidikan dan pengalaman). Sekiranya seseorang itu sudah mendapat kelayakan akademik yang baik dan cemerlang daripada sesebuah universiti berdaftar tersohor dalam bidang-bidang tertentu; ditambah pula dengan pengalamannya dalam sesuatu bidang yang dikhususkan itu maka, adalah selayaknya seseorang itu menyampaikan kembali segala yang dimilikinya kepada masyarakat tanpa sebarang keraguan dan was-was. Seseorang itu sebenarnya sudah layak dan bertauliah untuk tujuan dan maksud di atas; iaitu sharing and imparting knowledge.
  • Namun demikian, ada di antara kita (1) masih lagi keliru dan mengelirukan;(2) faham tetapi mengelirukan orang lain;(3)tidak faham walaubagaimanapun, sedaya upaya cuba memahamkan diri tanpa menimbulkan kekeliruan dan kekecohan dalam masyarakat; dan (4) faham dan sentiasa berjuang untuk memastikan seluruh masyarakat memahami. Kumpulan insan yang (1) dan (2) dalam masyarakat kita adalah virus pembunuh kepada ukhuwwah dan kerukunan masyarakat seagama malah pelbagai agama. Mereka umpama 'duri di dalam daging', 'gunting dalam lipatan' dan 'tangan-tangan ghaib yang menghancurkan'. Ini kerana orientasi akhlak dan tindakan seumpama itu memandu ke arah buta tulinya kefahaman masyarakat umum terhadap sesuatu perkara. Namun, adalah sama sekali berbeda dengan kumpulan insan yang (3) dan (4); mereka umpama 'bulan yang menerangi malam' dan 'mentari yang mencerahi siang'. Apakah maksudnya? Saya yakin sidang pembaca dengan mudah dapat menerjah maksudnya.

Dalam bidang-bidang tertentu khususnya pembinaan bangunan, jambatan, rumah, automotif, elektriksiti, aero angkasa, guaman, perubatan, kewangan, ekonomi, perbankan dan seumpamanya; adalah menjadi persetujuan umum bahawa, walaupun seseorang itu; jurutera, arkitek, doktor perubatan, akauntan, saintis dan angkasawan dan kerjaya sesaingnya, sudah bergraduasi daripada universiti tersohor dalam dan luar negara,tetapi mereka mesti mendapat pentauliahan rasmi daripada pihak autoriti dan organisasi khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan seluruh pengguna, pesakit dan masyarakat tidak bimbang akan perkhidmatan dan hasil perkhidmatan golongan profesional ini kelak.

  • Tidak ada sesiapa yang tegar segar menggunakan jambatan Pulau Pinang jika jururetera pembinanya yang berijazah itu tidak ditauliahkan. Tidak ada satu manusia pun yang rela berani berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan pembedahan dengannya walaupun tertera MBBS pada kadnya tetapi belum ditauliahkan dan begitulah jua sebandingnya.

Namun demikian, pada hemat saya, dalam bab-bab agama yang berkaitan dengan halal haram, tauhid dan aqidah, iman,islam dan ihsan, ilmu wahyu dan tafsiran al-quran, fiqh dan usul fiqh, usuluddin, dan sealirannya; saya mengambil prinsip think and act win win (Tabiat ke-4,oleh Dr.Steven Covey dalam bukunya The 7 Habits of Highly Effective People). Kukuhkan fakta dan kefahaman; sekiranya seseorang ustaz, ulama', mufti, pendakwah, guru dan pensyarah agama yang memang sudah dikenali peribadinya, pendidikannya, keluarganya, kelayakannya dan track record kuliah-kuliah ilmunya adalah tidak wajar untuk kita masyarakat mahupun pihak berkuasa menyekat, menghalang apatah lagi menahannya hanyalah kerana dengan alasan seseorang ahli agama itu tidak ditauliahkan terlebih dulu. Adalah amat cetek pemikiran dan kewarasan pihak berkuasa jika bertindak sedemikian. Ini kerana tanpa usul periksa menghalang mesej yang berorientasikan agama (irsyad yakni nasihat) daripada seorang pendakwah kepada masyarakat yang senantiasa dahagakan santapan rohani bagi melahirkan kesedaran hakiki sebagai hamba Illahi.

  • Namun berbedalah; 'ibarat langit dan bumi' dan 'jauh panggang dari api' jika seseorang itu yang tidak jelas latar belakangnya dan tidak maklum bagi masyarakat sekeliling akan ilmu agamanya, tetiba memperakui dirinya sebagai rasul dan nabi, pemelihara dan wakil kerajaan langit, lantaran itu menghasut masyarakat sekeliling dengan dakwaan serta ajaran yang ternyata amat dan memang bertentangan dengan al-Quran dan Hadith, maka jika inilah yang berlaku baharulah tepat untuk kita (pihak berkuasa) tanpa silu dan tuli untuk terus menghalang dan menahannya untuk siasatan. Ini kerana ternyata ia memesongkan aqidah umat Islam secara terang-terangan.

    Walaubagaimanapun, bagi memastikan stigma pemikiran masyarakat Islam khususnya tidak tercelaru dan masyarakat bukan Islam umumnya tidak memandang serong terhadap agama ini, sedari awal lagi adalah amat wajar Jabatan Perdana Menteri (yang mengawal selia Hal Ehwal Agama) mengeluarkan surat pekeliling dengan menyatakan garis panduan yang jelas untuk mewajibkan semua pengamal agama di Malaysia untuk mendapat tauliah-kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh untuk menerima jemputan dan menyampaikan kuliahdan pengajaran agama. Ia perlu jelas daripada awal. Usahlah bertindak berdasarkan 'musim' dan memilih bulu. Natijahnya masyarakat akan hilang percaya pada legitimacy pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi bilamana ia berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran ilmu agama. Mudah-mudahan tiada lagi insiden seumpama penguasa yang tidak bertamadun berlaku lagi dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

    zahiri shams associates

Isnin, November 02, 2009

Permata Hati, Amanah ILLAHi

Cahaya mata merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga. Ia ibarat permata yang amat bernilai. Tiadalah tolok bandingnya dengan apa-apa sekalipun. Dibelai, dikasih dan ditatang bagaikan minyak penuh. Itulah namanya nikmat kasih sayang yang dikurniakan Allah swt kepada mereka yang bergelar ibu dan ayah yang sebenar-benar ibu dan ayah.
  • Kehadirannya dinanti. Kelahirannya disambut penuh syukur pada yang Maha Esa. Insan yang digelar bayi; yang baru lahir dan kenal apa itu kehidupan dunia adalah seumpama kain putih bersih, suci dan murni. Segalanya terserah secara mutlak oleh ibu ayah untuk mencorakkannya agar menjadi Insan yang bermanfaat dan berguna untuk agama, bangsa dan tanah air.
Tanpa was-was dan ragu-ragu anugerah Allah swt ini akan dijaga dan dididik serta dibesarkan dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab oleh ibu dan ayah. Biar sesempit mana pun laluan, sedalam mana pun lautan, setinggi mana pun awan, sesejuk mana pun saljian dan sepanas pun baraan; PASti ibu dan ayah redah gagah jua demi memastikan anugerah dan amanah ILLahi ini dapat ditunaikan dengan jayanya.

Permata hati, tatkala membesarnya dikau dalam pelukan seorang ibu dan dakapan seorang ayah; dikau sebenarnya makin hari makin 'menjauhi' mereka. Setiap detik engkau membesar,setiap detik itu jugalah ibu ayahmu sentiasa berdoa' agar dikau terus dalam pengrahmatan-Nya dan belaian Hidayah-Nya. Moga dikau kelak kan bangkit membela ibu ayahmu di dunia dan akhirat.

Bagi insan-insan yang kini bergelar ibu dan ayah, panjatlah rasa syukur kalian kerana diberikan peluang, ruang dan kesempatan untuk menggalas amanah mulia Maha Esa ini. Usahlah gentar untuk berusaha memberikan yang terbaik bagi mereka. Sesungguhnya setiap anak itu telah ada rezeki dariNya buat mereka. Ibu ayah, berusahalah meningkatkan ekonomi keluarga agar amanah yang dikurniakan dapat ditunaikan sebaik boleh.
  • Pada insan-insan yang masih menanti dan menunggu kehadiran dan kelahiran 'si comel'; usahlah keluh kesah, gelisah, bimbang dan seantaranya. Percayalah pada Janji-Nya dan Rezeki-Nya. Setiap laluan seseorang itu berbeza. Ada yang dikurniakan segera ada pula yang ditangguhkan sementara dan ada pula yang dikemudiakan masanya. Dalam pada itu, ada pula permintaan insan yang ditunaikan didunia dan ada juga yang ditunaikan di 'sana'. Justeru, bersangka baiklah pada-Nya. Ini kerana akan diberikan yang terbaik untuk setiap hamba-hamba-Nya. Sebagai insan yang penting langsaikanlah amanah dan tanggungjawab kita dan usahlah sesekali pertikaikan urusan-Nya. Allah swt tidakkan sesekali menzalimi hamba kesayangan-Nya.

    zahiri shams associates