Isnin, Februari 01, 2010

HMK INSANI: Pemimpin MGS,ANDA Hebat!!!

Meminjam kata-kata Publilius Syrus "many receive advice but only the wise profit by it". Cukup mendalam dan jelas maksud kata-kata ini untuk menyatakan, sama ada seseorang itu boleh mencapai sesuatu perkara ataupun tidak adalah bergantung penuh pada diri sendiri. Ini kerana bagi seseoarang yang bergelar mentor hanya mampu untuk membuka jalan kejayaan dan memberikan nasihat sewajarnya. Walaubagaimanapun, segalanya terserah kepada diri individu mahupun kumpulan individu itu untuk memanfaatkan segala macam panduan yang dikongsi dengan 1001 usaha ataupun mengabaikannya dengan 1001 alasan.
Pada hari jumaat lepas saya berpeluang untuk turun ke Melaka di sebuah sekolah premier di sana; Methodist Girls School untuk mengendalikan bengkel kepemimpinan bagi pelajar-pelajarnya. Kesemua peserta adalah pemimpin-pemimpin persatuan pelajar. Kebanyakannya adalah pelajar-pelajar tingkatan lima;kesemua mereka adalah pelajar perempuan yang hebat!

Mengapa saya sifatkan pelajar-pelajar ini hebat? Mereka hebat bukan kerana profil sekolah mantap. Tidak juga disebabkan mereka ini sedari awal adalah yang terbaik. Faktor crucial rekognisi saya akan kehebatan mereka adalah kerana mereka bersedia dan terbuka untuk menerima nasihat,panduan dan bimbingan untuk terus berjaya.

Masa yang peruntukkan bersama mereka terasa amat berharga. Segala panduan, tips dan ilmu kepemimpinan dan kepimpinan yang dikongsi dengan mereka dihadam dengan penuh jujur, sabar dan ikhlas. Lebih penting mereka sangat bersemangat dan bertenaga! Itulah sebenarnya pemimpin. Sentiasa segar, optimis dan realis dalam melayari kepimpinan yang diamanahkan.

Tahniah saya ucapkan buat anda semua. Saya amat yakin anda semua BOLEH dan MAMPU untuk terus melakarkan sejarah kepimpinan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Buat Head Prefect Emmylia, percayalah dengan yakin anda mampu untuk menggalas amanah ini dengan jayanya. Justeru pertingkatlah pengetahuan diri dengan bacaan buku-buku yang berfaedah. Mudah-mudahan in future anda pula bisa berkongsi ilmu dengan adik-adik anda di masa muka. Ini kerana dengan membantu insanlain untuk berjaya anda sebenarnya menyedia ruang kejayaan yang sangat luas buat diri anda;sebagaimana acapkali disebut oleh William Feather "in helping others to succeed we insure our own success.
MGS YOU ARE THE BEST!!!
zahiri shams associates