Meminjam peribahasa Cina yang berbunyi (terjemahan dalam bahasa Inggeris) "...Tell me, I'll forget. Show me, I may remember. But involve me and I'll understand..."
Kata-kata ini memberikan kata tiga dalam menegaskan kuasa penerimaan bagi seseorang manusia. Sudah menjadi tabiat manusia itu untuk lupa. Justeru, perlu sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.
Dalam masa sama,seseorang itu wajar untuk melibatkan diri secara langsung dengan sendirinya dalam sesuatu perkara untuk lebih lagi memahami dan memahirkan diri agar lebih bernilai dan tidak ternilai kualiti diri mereka.
Faktor kegagalan yang utama ialah kerana seseorang itu tidak kenal potensi dirinya. Dalam keadaan jahil akan diri sendiri,ditambah dengan tiada usaha memperbaiki diri; ini memburukkan lagi keadaan. Namun, jika seseorang mampu untuk mengenali diri mereka dengan baik dan sedia mampu untuk berubah, maka mereka berjaya.
Khamis baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke SMK St.Mary Kuala Lumpur untuk memberikan motivasi YOU ARE THE TOP ACHIEVER!. Para pelajar perempuan keseluruhannya begitu bersemangat dan bertenaga dalam mendengar perkongsian yang disampaikan.
Kesediaan mereka yang kesemuanya pelajar tingkatan lima amat saya kagumi. Acapkali saya tegaskan, bahawasanya, kecemerlangan bukan hanya pada kertas yang tertera 10A atau 20A. Namun apa yang penting kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang akademik dan sahsiah. Barulah anda diklasifikasikan sebagai TOP ACHIEVER yang sebenar-benarnya.
Mudah-mudahan semua yang dikongsi bersama pada hari tersebut dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya. Walaupun hanya baru sekejap berkenalan dengan semua, namun keserasian dan semangat kebersamaan telah mula dirasa. Saya doakan anda semua akan berjaya dalam SPM yang akan datang.
Saya akhiri dengan kata-kata Henry Ford "Coming together is a beginning, keeping together is progress, working together is success"!!!
zahiri shams associates