Salam penghargaan buat pihak Sekolah St.Mary, Kuala Lumpur khasnya kounselor-kounselor sekolah kerana dengan izin-Nya dapat saya bersama para pelajar sekolah ini untuk kali kedua dalam bulan ini. Awal bulan lalu saya bersama para pelajar tingkatan 5, dan yang terbaru bersama para pelajar tingkatan 3.
Justeru, dengan niat untuk berjaya setiap hari, sikap memaafkan dan memberi kemaafan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah untuk berubah serta tidak suka menyalahkan orang lain atas kegagalan kita; jika upaya kita praktikkan sudah pasti mustahil kita menemui titik-titik kegagalan. Ini kerana insan-insan cemerlang ialah mereka yang senantiasa membuat koreksi diri.
Sebagaimana yang sudah saya jangka, semangat anak-anak muda di sekolah ini ternyata berbeza. Mereka begitu aktif dan bertenaga mendengar perkongsian yang diberikan. Sesi 'Who You Are?' ternyata mampu menjadi penawar kepasifan diri. Terbukti the BEST itu ANDA semua!
Senyuman yang terpancar memberi isyarat positif kepada diri mereka sendiri, bahawasanya formula yang terbukti mujarab untuk mencapai kecemerlangan adalah dengan Mengenali Potensi Diri, Mengasah Kekuatan Diri dan Merawat Kelemahan Diri. Dengan membudayakan prinsip MPD + 2x MKD(MKD); dengan izin-Nya tidak mustahil untuk seseorang itu berjaya. Justeru, dengan niat untuk berjaya setiap hari, sikap memaafkan dan memberi kemaafan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah untuk berubah serta tidak suka menyalahkan orang lain atas kegagalan kita; jika upaya kita praktikkan sudah pasti mustahil kita menemui titik-titik kegagalan. Ini kerana insan-insan cemerlang ialah mereka yang senantiasa membuat koreksi diri.
Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada anda semua adik-adikku. Didoakan anda semua akan terus sukses dalam hidup dan yang terhampir PMR 2010 yang bakal menjelang tiba. Ingat pesanan bersama ini kita tidak perlu punyai alasan untuk berjaya kerana ianya mutlak; tetapi jika gagal jangan pula turut resmi Bangau oh Bangau! Anda faham maksud saya bukan? Once again my dear sisters the BEST itu ANDA!!!
zahiri shams associates
zahiri shams associates