.jpg)
Mungkin tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010. Hari ini adalah hari ke-6 dalam tahun baru ini. Di segenap penjuru dunia meraikan tahun baru dengan pelbagai alasan yang tersendiri.
Walauapapun alasan, yang penting asas perjuangan diri iaitu Hijrah Insani perlu terus-menerus diusahakan dan dicapai. Wajarlah kita bercermin diri sepanjang 12 bulan yang lampau; adakah kita masih sama atau sudah ada peningkatan? Atau sebaliknya adakah momentum positive effort kita semakin hari semakin menurun. Justeru, wajiblah kita bertindak; merancang dan berkeputusan; melaksanakan segala yang direncana agar menjadi realiti.
fbku.jpg)
- Tidak salah memasang impian dan cita-cita yang menggunung tinggi, asalkan saja kita sanggup membayar 'harganya'. Istiqamah dan Tadhiyyah. Kesungguhan dan konsistensi tanpa kenal erti lelah dan kalah, serta pengorbanan masa riang-ria dan berfoya-foya. Sebaliknya lebih fokus mengenal kelemahan diri dan menajamkan potensi diri. Agar apa yang diimpi tidak hampa dan kecewa.
fbku6.jpg)
- Saya cadangkan rujuk buku Berani Gagal nukilan Billi Lim. Beliau berceloteh panjang tentang bab ini. Satu fakta penting yang perlu di'digest' tidak ada tempat untuk Sang Penakut Kegagalan untuk bersemayam di atas takhta KEJAYAAN! hanya mereka yang berani sahaja akan sukses. Sesiapa yang bisa memecahkan ruyung merekalah itulah yang akan merasa sagunya.
- Lantaran itu bagaimana meningkatkan kuasa diri agar berani untuk gagal? berani berimpian tinggi? tidak lemah akan dugaan? MUDAH saja! CABAR DIRI ANDA!!! rujuk kembali kata-kata Ovid di atas. Bacalah, fahamilah dan pasti dapat menyahut CABARAN buat diri anda dengan Jayanya.
Salam Optimis Dalam Perjuangan Hidup!
zahiri shams associates