Rabu, Februari 10, 2010
HMK INSANI: Terima Kasih AMIN IDRIS
Jumaat, Februari 05, 2010
HMK Insani: Akhlak Didahulukan, Kejayaan Diutamakan
Meminjam peribahasa Cina yang berbunyi (terjemahan dalam bahasa Inggeris) "...Tell me, I'll forget. Show me, I may remember. But involve me and I'll understand..."Kata-kata ini memberikan kata tiga dalam menegaskan kuasa penerimaan bagi seseorang manusia. Sudah menjadi tabiat manusia itu untuk lupa. Justeru, perlu sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain.
Dalam masa sama,seseorang itu wajar untuk melibatkan diri secara langsung dengan sendirinya dalam sesuatu perkara untuk lebih lagi memahami dan memahirkan diri agar lebih bernilai dan tidak ternilai kualiti diri mereka.
Faktor kegagalan yang utama ialah kerana seseorang itu tidak kenal potensi dirinya. Dalam keadaan jahil akan diri sendiri,ditambah dengan tiada usaha memperbaiki diri; ini memburukkan lagi keadaan. Namun, jika seseorang mampu untuk mengenali diri mereka dengan baik dan sedia mampu untuk berubah, maka mereka berjaya.
Khamis baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke SMK St.Mary Kuala Lumpur untuk memberikan motivasi YOU ARE THE TOP ACHIEVER!. Para pelajar perempuan keseluruhannya begitu bersemangat dan bertenaga dalam mendengar perkongsian yang disampaikan.
Kesediaan mereka yang kesemuanya pelajar tingkatan lima amat saya kagumi. Acapkali saya tegaskan, bahawasanya, kecemerlangan bukan hanya pada kertas yang tertera 10A atau 20A. Namun apa yang penting kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang akademik dan sahsiah. Barulah anda diklasifikasikan sebagai TOP ACHIEVER yang sebenar-benarnya.
Mudah-mudahan semua yang dikongsi bersama pada hari tersebut dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya. Walaupun hanya baru sekejap berkenalan dengan semua, namun keserasian dan semangat kebersamaan telah mula dirasa. Saya doakan anda semua akan berjaya dalam SPM yang akan datang.zahiri shams associates
Isnin, Februari 01, 2010
HMK INSANI: Pemimpin MGS,ANDA Hebat!!!
Meminjam kata-kata Publilius Syrus "many receive advice but only the wise profit by it". Cukup mendalam dan jelas maksud kata-kata ini untuk menyatakan, sama ada seseorang itu boleh mencapai sesuatu perkara ataupun tidak adalah bergantung penuh pada diri sendiri. Ini kerana bagi seseoarang yang bergelar mentor hanya mampu untuk membuka jalan kejayaan dan memberikan nasihat sewajarnya. Walaubagaimanapun, segalanya terserah kepada diri individu mahupun kumpulan individu itu untuk memanfaatkan segala macam panduan yang dikongsi dengan 1001 usaha ataupun mengabaikannya dengan 1001 alasan.
Pada hari jumaat lepas saya berpeluang untuk turun ke Melaka di sebuah sekolah premier di sana; Methodist Girls School untuk mengendalikan bengkel kepemimpinan bagi pelajar-pelajarnya. Kesemua peserta adalah pemimpin-pemimpin persatuan pelajar. Kebanyakannya adalah pelajar-pelajar tingkatan lima;kesemua mereka adalah pelajar perempuan yang hebat!
Mengapa saya sifatkan pelajar-pelajar ini hebat? Mereka hebat bukan kerana profil sekolah mantap. Tidak juga disebabkan mereka ini sedari awal adalah yang terbaik. Faktor crucial rekognisi saya akan kehebatan mereka adalah kerana mereka bersedia dan terbuka untuk menerima nasihat,panduan dan bimbingan untuk terus berjaya.
Masa yang peruntukkan bersama mereka terasa amat berharga. Segala panduan, tips dan ilmu kepemimpinan dan kepimpinan yang dikongsi dengan mereka dihadam dengan penuh jujur, sabar dan ikhlas. Lebih penting mereka sangat bersemangat dan bertenaga! Itulah sebenarnya pemimpin. Sentiasa segar, optimis dan realis dalam melayari kepimpinan yang diamanahkan.
Tahniah saya ucapkan buat anda semua. Saya amat yakin anda semua BOLEH dan MAMPU untuk terus melakarkan sejarah kepimpinan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Buat Head Prefect Emmylia, percayalah dengan yakin anda mampu untuk menggalas amanah ini dengan jayanya. Justeru pertingkatlah pengetahuan diri dengan bacaan buku-buku yang berfaedah. Mudah-mudahan in future anda pula bisa berkongsi ilmu dengan adik-adik anda di masa muka. Ini kerana dengan membantu insanlain untuk berjaya anda sebenarnya menyedia ruang kejayaan yang sangat luas buat diri anda;sebagaimana acapkali disebut oleh William Feather "in helping others to succeed we insure our own success.Rabu, Januari 06, 2010
HMK INSANI: 2010, Optimis Teruskan Langkah Perjuangan!
"The business executive is by profession a decision maker. Uncertainty is his opponent. Overcoming it is his mission" John Mcdonald.Mungkin tidak terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010. Hari ini adalah hari ke-6 dalam tahun baru ini. Di segenap penjuru dunia meraikan tahun baru dengan pelbagai alasan yang tersendiri.
Walauapapun alasan, yang penting asas perjuangan diri iaitu Hijrah Insani perlu terus-menerus diusahakan dan dicapai. Wajarlah kita bercermin diri sepanjang 12 bulan yang lampau; adakah kita masih sama atau sudah ada peningkatan? Atau sebaliknya adakah momentum positive effort kita semakin hari semakin menurun. Justeru, wajiblah kita bertindak; merancang dan berkeputusan; melaksanakan segala yang direncana agar menjadi realiti.
Bertindak sebagai pembuat keputusan yang bijak dan bertindak secara optimistik tanpa bertunjangkan akar pessimistik adalah kunci rahsia tidak terkebelakang dan terus ketinggalan. Merancang dan bertindaklah bagi sesuatu yang pasti bukannya illusi dan fantasi. Ukurlah kekuatan dan kemampuan diri. Jika impian terlalu tinggi. Pastikan segala macam 'senjata', 'peluru' dan 'latihan'nya cukup dan sempurna. Ini dalam erti kata penguasaan ilmu dan mempraktikkan ilmu dengan efektif. Ini amat penting bagi memastikan matlamat dan impian tercapai dengan jayanya.- Tidak salah memasang impian dan cita-cita yang menggunung tinggi, asalkan saja kita sanggup membayar 'harganya'. Istiqamah dan Tadhiyyah. Kesungguhan dan konsistensi tanpa kenal erti lelah dan kalah, serta pengorbanan masa riang-ria dan berfoya-foya. Sebaliknya lebih fokus mengenal kelemahan diri dan menajamkan potensi diri. Agar apa yang diimpi tidak hampa dan kecewa.
Berkata sarjana bernama Ovid "a horse never runs so fast as when he has other horses to catch and outpace"; antara penyakit orang yang belum berjaya ialah lemah semangat dan patah semangat serta cepat putus asa. Dalam masa yang sama mereka kerap keluh kesah dan risau apa yang diusahakan hari ini tidak akan membuahkan hasil. Pokoknya mereka TAKUT GAGAL. Apakah penawarnya? mereka yang terkena penyakit ini sendiri ada jawapannya. Bagi yang kuat yakin dengan penawar masing-masing maka mereka itulah yang kita lihat bersinar-sinar kejayaannya. Bagi yang tidak meyakini akan penawarnya itu sendiri,maka mereka masih di atas pagar dan belum berjaya. Selama mana mereka bertangguh dan tunggu selama itu jugalah impian yang diimpi hanya menjadi lakaran dan potret minda SAHAJA!- Saya cadangkan rujuk buku Berani Gagal nukilan Billi Lim. Beliau berceloteh panjang tentang bab ini. Satu fakta penting yang perlu di'digest' tidak ada tempat untuk Sang Penakut Kegagalan untuk bersemayam di atas takhta KEJAYAAN! hanya mereka yang berani sahaja akan sukses. Sesiapa yang bisa memecahkan ruyung merekalah itulah yang akan merasa sagunya.
- Lantaran itu bagaimana meningkatkan kuasa diri agar berani untuk gagal? berani berimpian tinggi? tidak lemah akan dugaan? MUDAH saja! CABAR DIRI ANDA!!! rujuk kembali kata-kata Ovid di atas. Bacalah, fahamilah dan pasti dapat menyahut CABARAN buat diri anda dengan Jayanya.
Salam Optimis Dalam Perjuangan Hidup!
zahiri shams associates