Ahad, November 29, 2009

HMK INSANI: Tahniah Buat ANDA!

CONGRATULATIONS!!! I would like to take this opportunity to wish all the BEST to all students of JPA/YTM sponsorships and A-Levels in all of your undertakings onwards. I do really appreciate your participation, passion and effort in completing our Personality Sciences course. With the permission of HIM we are enable to complete our sharing and learning process successfully. I do pray to HIM that all of you will remain intact with your dream and ambition, and will put your level best to do the best in your life. Wishing to witness you fly to Germany,Australia or United Kingdom next year. Always remember SUCCESS is a DECISION, but NOT an OPTION. Continue to find, to search and to explore what shall be your X-Factor in ensuring your success in life? Once you got it, then you are the real success person. Why? It is because via that X-Factor,you will notify why the success is in need? How to achieve and to make it intact and utmost important you will know your credibility and capability thoroughly.
  • Good to go my beloved brothers and sisters. Its my pleasure to be with all of you.
zahiri shams associates

Khamis, November 26, 2009

HMK Insani: Insan Optimis, Realis & Sukses

Tatkala terkenang kata-kata seorang sarjana bernama Alan Loy McGinnis katanya "The distribution of talent in this world should not be our concern. Our responsibility is to take the talents we have and ardently parlay them to the highest possible achievements" , terilham bagi saya untuk membicarakan tentang kuasa potensi insani berdasarkan prinsip Hijrah, Magnet dan Karisma yang dinotakan sebagai HMK INSANI. Sejarah membuktikan insan-insan hebat lahir daripada satu kualiti dalam diri mereka iaitu 'strive for self-empowerment via the valuable knowledges' .Mereka sentiasa memperbaharui tekad, iltizam dan ilmu dalam mendepani episod-episod kehidupan. Dalam masa sama mereka sentiasa mempelajari sesuatu daripada kesilapan dan kegagalan yang lampau. Dengan ini mereka akan terus gah melangkah tanpa was-was dan ragu-ragu kerana yakin kejayaan pasti kunjung tiba bilamana kualiti tersebut diperkasa semantap mungkin.
  • Kesinambungan daripada itu, insan-insan HMK ini teguh percaya akan prinsip bahawasanya, manusia yang tidak berubah (ke arah kebaikan & meningkatkan potensi diri) lebih daripada tiga hari PASti akan gagal. Mengapa tiga hari? Cuba kita fikirkan bersama, sesuatu perkara yang kita acap kali buat, lama-kelamaan ia akan menjadi habits (tabiat) kita sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika habit yang berubah itu ke arah kebaikan ianya wajar disyukuri dan dipuji,namun jika sebaliknya adalah amat malang sekali. Justifikasinya, kita yang beragama Islam telah memaklumi dalam sebuah hadis yang maksudnya 'kedapatan 3 jenis manusia di dunia ini ; pertama Insan Berjaya, siapa mereka? Insan yang hari ini lebih baik dari semalam. Mereka sentiasa berubah/memajukan diri ke arah lebih baik; kedua Insan Terpedaya, siapa mereka? Insan yang hari ini sama macam semalam. Mereka tertipu dengan impian kosong dan tipu daya syaitan yang tidak membawa mereka ke mana-mana; dan ketiga Insan Gagal & Binasa, siapa mereka? Insan yang hari ini lebih buruk dari semalam. Mereka tiada pembaharuan dan kemajuan diri.
Justeru dalam mengemudi kehidupan yang berjaya yang paling crucial untuk dilakukan ialah melakukan penghijrahan diri (rujuk buku Tn Hj Ahmad Fadzly Yusuf, Kuasa Hijrah untuk lebih memahami kuasa berubah). Dengan melakukan perubahan secara langsung pada diri sendiri dengan jujur dan ikhlas, potensi dan kualiti terselindung yang sememangnya Dia kurniakan buat kita yang bernama manusia PASti terserlah nyata. Tanpa pengislahan diri samasekali mustahil bagi seseorang insan mengecapi keseriusan dalam membina kejayaan dalam hidup.

Natijah perubahan diri yang tulus mulus, pastinya Allah swt akan membuka luas pintu kebaikan dan kemurnian jiwa dan kemudahan bagi seseorang insan itu untuk berjaya. Manusia umpama magnet, insan positif akan menarik insan positif, manakala insan negatif (masih belum berubah) akan menarik insan negatif. Teorinya mudah tidak ada dalam kelompok insan-insan berjaya insan yang gagal. Insan yang dikatakan gagal dalam kelompok tersebut sebenarnya 'belum berjaya' dan bukannya gagal. Tetapi,dalam kelompok insan-insan yang gagal sudah pasti mereka itu tidak ada kuasa motivasi kuasa magnet untuk menolak dan menarik mereka ke arah keberjayaan. Kejayaan itu satu keputusan disusuli proses memperkasa diri-berhijrah, bermagnet dan berkarisma-. Saya cadangkan rujuk buku Magnet Diri tulisan Amin Idris untuk lebih lanjut mengarifi prinsip magnet insani.

Lantaran penghijrahan diri,seseorang bisa mengecapi magnet insani dengan insan-insan sekelilingnya,baik sekutu mahupun seteru. Justeru, akhirnya karisma insani akan terlahir dan terbentuk secara langsung sebagai satu rantaian positif HMK Insani terhadap diri seseorang insan. Dirinya sendiri akan lebih yakin dan berketerampilan, malah secara automatik dan rule of natural kuriniaan DIA, manusia sekeliling jauh dan dekat akan terkesan dek aura positif dan suci tersebut. Dengan ini, kejayaan kian menghampiri. Segala yang diimpi akan tertunai. Ini adalah kerana insan ini telah membina jaringan aura HMK yang begitu kuat dan mampu untuk inspiring insan lain agar sama-sama juga berjaya. Nah! apabila sudah mencapai tahap ini, seseorang insan itu benar-benar mengenali potensi dirinya dan dimaksimakan sebaik mungkin potensi itu untuk peribadi dan sejagat.
  • Dan ini amat bertepatan dengan apa yang didoakan oleh Nabi Isa a.s maksudnya 'jika kuberjaya sedangkan masyarakat sekelilingku masih gagal, maka aku sebenarnya masih gagal. Tetapi, hatta jika kuberjaya dan masyarakat sekelilingku juga sama berjaya,barulah sebenar-benarnya kuberjaya.' Bersamalah kita renungkan. Bertepatan dengan ini TAHNIAH!!! saya ucapkan kepada ICON Club atas kejayaan anda menganjurkan majlis yang begitu grand dan hebat. Tidak semua mampu menyahut cabaran ini,tetapi tidak pada anda. Sudah pasti keyakinan yang menebal, iltizam yang tidak nipis dan takut yang tidak di'moral'kan dalam diri, mengupayakan anda sepasukan gah najah menjayakan majlis ini. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Mahathma Gandhi " Cowards can never be moral". Berbangga saya dengan anda semua.

zahiri shams associates

Rabu, November 25, 2009

HMK Insani: Antara Cinta & Persahabatan


Persahabatan lahir daripada kepercayaan dan kecintaan kita terhadap seseorang insan. Tanpa ada rasa percaya dan cinta pada seseorang kenalan, mana mungkin dan adalah mustahil untuk terbentuknya ikatan persahabatan yang murni. Kenyataan ini mengingatkan saya sewaktu di menara gading akan pesanan seorang profesor sains politik yang juga sifu saya; Profesor Dr. Abd. Rashid Moten katanya "...In life, should you love somebody first, giving him/her a trust first,then pure and noble friendship will arise...". Meminjam kata-kata mutiara Dr. 'Aidh Abdullah "Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang memberikan manfaat, seagung-agungnya ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikaan darjat, sebaik-baik rumah adalah yang memberikan keleluasaan, dan sebaik-baik sahabat adalah yang sering menasihati anda".
  • Namun demikian, mutakhir ini bukan semua yang kita cinta bisa menjadi teman dan sahabat sepanjang masa. Ada kawan yang hanya akan bersahabat di kala kita senang dan berduit. Ada pula kawan yang hanya ingin mengambil kesempatan. Ada pula ketika susah mencari kita tatkala senang melupakan kita. Ada pula kawan yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya terhadap kita. Dan pelbagai lagi ragam kawan di dunia.

Walaubagaimanapun, sebagaimana yang diungkapkan oleh Dato' Siti Nurhaliza dalam lagunya Bukan Cinta Biasa "...Cintaku bukan di atas kertas, Cintaku getaran yang sama, Tak perlu dipaksa, Tak perlu dicari, Kerna ku yakin ada jawabnya...". Dalam melayari kehidupan bersahabat dan bercinta. Tidak kurang juga malah, lebih rakan-rakan yang boleh diklasifikasikan sebagai sahabat malah teman suka duka, sedih gembira. Teman-teman seumpama ini akan sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan. Ini kerana mereka bersahabat bukan untuk diungkit-ungkit, mereka bersahabat bukan untuk mencari glamor dan perhatian, tetapi lebih daripada itu mereka bersahabat sedari awal untuk membentuk ukhuwwah fillah dan mahabbah fillah sesama sahabat.
  • Lantaran dengan itu, perkenalan yang terbentuk pada pertama kali akan terus terjalin sebagai keluarga dan adik-beradik. Dalam pada itu, perkenalan yang suci akhirnya akan berakhir dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Perkenalan yang terbina akhirnya akan berkekalan hingga ke akhir hayat sebagai sahabat dunia akhirat; kekasih awal dan akhir. Ini adalah hasil daripada keikhlasan dan kemurnian jiwa sahabat-sahabat yang bersahabat;yang sama-sama ingin mencapai cinta luar biasa iaitu bukan cinta biasa.

Sahabat saya Johan (bersebelahan dengan saya; yang diapit erat oleh isterinya yang tercinta Ina) adalah merupakan contoh insan telah melalui proses formula HMK Insani dengan jayanya. Insan dari Jerman ini (kini sudah menetap di Malaysia lebih 17 tahun) punyai segunung pengalaman yang amat baik dan beneficial untuk kita kongsi bersama. Bersamanya kita akan banyak berfikir dan bercermin diri akan kelemahan dan kelebihan diri kurniaan ILLAHi. Bekas jurutera professional ini memilih Islam sebagai way of life untuk melalui hidupnya sekeluarga.Islam padanya punyai CINTA yang suci dan murni. Islam padanya membentuk peribadi yang tawadhuk dan tidak materialistik. Islam padanya bisa mengubah Cinta dunia kepada Cinta akhirat secara seiring. Dan dengan Islam seseorang insan itu akan mengecapi Cinta SEJATI.

  • Justeru, cinta dan persahabatan wajar seiring dan sejalan dalam principle untuk membina dan membentuk jatidiri dan nilai insani yang sebenar. Sudah pasti dalam menerokai nilai percintaan dan persahabatan sebenar dalam hidup; cinta dan sayang manusia wajib berlandaskan kepada cinta sang pencipta. Perbezaan sering kali menjadi pemisah kepada rasa cinta dan sayang dalam hidup. Namun, tidak salah untuk mencari bibit persamaan di sebalik perbezaan itu,agar cinta mampu ditanam, sayang mampu disemai, kasih mampu dituai dan akhirnya persahabatan yang tulus suci upaya kita sama-sama nikmati.

    zahiri shams associates

Khamis, November 19, 2009

HMK Insani: Kuasa 2565

Tokoh sasterawan terulung negara Dato' A.Samad Said pernah bermadah dalam satu puisinya dengan berkata:

"Jauh kita berjalan,
Mendukung semua kepercayaan,
Pertama dan terakhir.
Sekarang kita sampai,
Ke puncak tiada tercapai,
Keazaman pantang cair."
"Kita bersua hati,
Mengisi setiap janji,
Pertama dan terakhir.
Tiada hari kiranya,
Hingga bernanah dada,
Sumpah tiada mungkir."
"
Gemuruh kita bersorak,
Bumi dan langit retak,
Pertama dan terakhir.
Berani kita bergerak,
Darah dan daging serentak,
Hingga ke saat akhir."
(Mastika, April 1957)
Apabila memperhalusi bait-bait kata dalam puisi di atas, dapat kita menyingkap kembali kisah cinta suci Romeo dan Juliet, kisah cinta sejati Korea menerusi drama Winter Sonata, kisah cinta agung Muhammad (saw) bersama Khadijah dan mungkin juga kisah cinta kita sendiri. Betapa agungnya cinta mereka pada pasaangan masing-masing. Di mana hanya 'mati' sebagai pemisah jasad dalam cinta mereka. Tetapi, cinta tetap kekal abadi. Perkenalan pandang pertama dan episod-episod cinta seseorang itu (dalam proses mengenal hati budi pasangan) disulami dan dihiasi dengan adab yang begitu murni. Perilaku dijaga, janji ditabur dan tidakkan mustahil untuk dipenuhi.
  • Namun bagi sesetengah pasangan (bukan semua) setelah termeterainya ikatan yang sah sebagai suami isteri. Segala macam janji dan komitmen dalam siri-siri perkenalan sebelum ini hanyalah mimpi semata-mata dan seolah-olah sukar untuk dikotakan. Mengapa? Inilah natijahnya jika cinta yang disemai,kasih sayang yang dituai itu hanyalah pura-pura belaka.

Saya terpanggil untuk membicarakan soal cinta, kasih dan sayang sesama manusia ini (khasnya suami isteri) berikutan terlalu banyak kes-kes penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat kita mutakhir ini. Pelbagai faktor yang diketengahkan sebagai penyandar alasan demi penceraian. Namun, persoalan yang timbul apakah matlamat asal sebelum seseorang itu mendirikan rumah tangga? Siapakah pasangan yang hendak kita nikahi dahulunya?Sudahkah kita bermuhasabah diri dan bertanyakan pandangan semua pihak tanpa melupakan petunjuk ILLAHi? Apakah maksud cinta sebenar pada kita?

  • Inilah natijahnya bilamana cinta yang dipupuk bukan atas dasar cinta-Nya yang sebenar. Saya mungkin benar dan mungkin juga salah dalam menafsirkan hal ini kerana cinta itu subjektif, dan hanya mereka yang terlibat dengan penceraian itulah yang lebih arif dan memakluminya. Walaubagaimanapun,sebagai insan, kita telah dikurniakan satu anugerah yang begitu agung daripada Allah swt iaitu a'qal, bagi membolehkan berfikir secara rasional dan waras serta menerjah kebarangkalian berdasarkan daripada kes-kes penceraian yang bukan satu dua malah puluhan dan ratusan. Merujuk daripada kes-kes tersebut pemerhati analitikal boleh membuat kesimpulan walaupun outside the box.
Sesekali cuba kita fikir bersama, mengapa agaknya sesetengah pasangan itu boleh bahagia hingga ke akhir hayat? Bertikam lidah sesama dan kadang-kadang tidak sependapat itu lumrah dan normal bagi suami isteri.Ini kerana dua insan daripada latar belakang keluarga dan dibesarkan oleh ibu ayah yang berbeza tiba-tiba hendak tinggal sebumbung. Semestinya konflik itu wujud. Tetapi mengapa ada yang berjaya mengahrunginya, dan ada pula berakhir dengan penceraian? Sudah pasti ada panduannya,ada formulanya dalam mendepani kesemua ketidaksefahaman yang lahir.
  • Rasa tawadhuk dan rendah diri untuk belajar tentang ilmu kehidupan rumah tangga dan hal-hal yang berkaitan adalah langkah bijak dan amat bernas. Walauapapun,agama yang kita anuti, merentasi segenap benua, tiada satu agama pun mengajar dan menghalakan penganutnya kepada kebinasaan dan kehancuran, melainkan insan itu sendiri yang leka dan alpa. Dalam Islam formulanya cukup jelas dalam mendepani kecemerlangan dalam hidup.

Dalam Islam, Formula Kuasa 2565 sewajarnya dipraktikkan secara menyeluruh. Secara ringkasnya saya huraikan di sini; 2 bermaksud dua perkara yang ditinggalkan Rasulullah (saw) di mana jika kita berpegang padanya maka, tidakkan sesatlah kita buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah (Al-Hadith); 5 merujuk kepada Arkanul Islam yang 5 itu (Mengucap dua kalimah syahadah, Mendirikan solat lima waktu, Berpuasa dibulan Ramadhan, Mengeluarkan zakat & Menunaikan fardhu haji); 6 merujuk kepada Rukun Iman yang 6 itu (Beriman kepada Allah, Beriman kepada para Malaikat, Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah, Beriman kepada para Rasul, Beriman kepada Hari Kiamat-Akhirat & Beriman kepada Qada'& Qadar); dan bilamana sudah lengkap IMAN dan ISLAM seseorang barulah akan terbentuknya peribadi mulia dan kita dengan izin Allah akan sedaya mampu boleh mencontohi 5 para Nabi dan Rasul Ulul Azmi yang agung itu (Nabi Muhammad saw, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as, dan Nabi Noh alaihissalam)

Dengan menjadikan agama sebagai tapak asas bagi segala urusan, dengan izin-Nya ikatan tulus suci yang dibina itu akan berkekalan ke akhirnya bagaikan air sungai jernih yang mengalir. Terus-menerus subur dilimpahi rahmat ILLAHi dan dibantu Oleh-Nya. Bertepatan dengan firman-Nya yang bermaksud "Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah ,nescaya Dia akan memberikan hidayah pada hatinya (insan)." -At-Taghabun : 11

Salam Mahabbah Fillah!!!

zahiri shams associates