Jumaat, September 23, 2011

Iskandar Wafri

DOA & HARAPAN-14 September 2011 lalu genaplah usia Iskandar Wafri 10 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt mudah bagi dirinya untuk menjalani kehidupan duniawi yang penuh dengan cabaran. Bersama didoa'kan kemudahan & kerahmatan ini terus bersamanya hinggalah ke akhir hayat, ameen!
KESIHATAN-Wafri dalam hujung minggu lepas dan minggu ini kurang baik kesihatannya. Demam, panas badan, sakit tekak dan pasif lemah pergerakannya. Suara yang riuh, agak sunyi. Aktifnya aktiviti, agak pasif dan terbatas. Awal pagi isnin lalu jam 430am dibawa ke klinik natijah panasnya badan yang agak tinggi. Tidurnya hanya berdukung peluk. Bahu papa, bahu mami tempat empuknya untuk lena beradu. Tidur malamnya terganggu. Bertahan untuk sejam dua, terjaga merengek meragam kembali. Mudah-mudahan ada hikmah yang terbaik daripada Allah swt buat kita sekeluarga.
BERANSUR PULIH-Alhamdulillah, setelah berperang hampir seminggu dengan ketidakselesaan diri, hari ini Wafri beransur pulih. Sudah boleh untuk senyum kembali. Bermain aktif sekadar yang ada. Berbicara bahasanya sekadar yang boleh. Insya-Allah didoa'kan sehari dua lagi dengan izin yang Maha Esa, moga-moga Wafri akan pulih sepenuhnya...ameen ya Rabb!!!
Papa dan Mami akan sentiasa di sisi, mendoa'kan dan menjaga amanah-Nya ini dengan sebaik mungkin insya -Allah, ameen!!!
zahiri shams associates

Khamis, September 22, 2011

I'dulfitri 2011. Indahnya bersama keluarga

PUJI-PUJIAN-Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!...Alhamdulillah masih kita diberi kesempatan, ruang & peluang untuk bersama menikmati nikmat Ramadhan & Syawal pada tahun ini. Maha Suci Allah & Segala Puji bagi Allah swt yang mengurniakan kita izin-Nya untuk membolehkan kita bersama lagi dalam tahun ini. Tahun hadapan belum tentu, belum tahu. Hanya Dialah yang mengetahui. Bersama kita doa'kan semoga masih lagi dikurniakan keizinan-Nya untuk bertemu lagi pada tahun hadapan...ameen!
PAPA & MAMI-Sambutan I'dulfitri tahun ini cukup bermakna. Inilah tahun pertama diri ini & isteri bergelar Ayah & Ibu. Dengan lahirnya Muhammad Iskandar Wafri, bulan November lalu. Gelaran baru ini sungguh mencabar. IQ & EQ perlu lebih mantap. Agar dapat menjadi qudwah asas buat anak yang dikasihi.
AKRAB-Ukhuwah & silaturrahim terus subur & segar-bugar. Ramadhan mendidik nafsu & jiwa kita. Syawal menilai ketaqwaan & keberkatan diri. Nafsu terdidik, ketaqwaan dipetik. Justeru keakraban antara keluarga & teman-teman yang terus terjalin serta diperkukuhkan dalam bulan Syawal ini suatu yang tinggi nilainya tidak terkira. Maaf dipohon, Kemaafan diberi. Indahnya peraturan Allah swt tibanya Syawal setelah Ramdhan berlalu semacam Rahmat & Nikmat yang tidak dapat digambarkan & diluahkan dengan kata-kata. Jika hati ada terguris & pernah mengguriskan sesiapa sahaja sebelum ini. Hati mudah untuk memaafkan & memberi maaf. Inilah the Power of Rahmat Allah.
ZIARAH RAYA-Sehari sebelum satu Syawal bermalam dirumah keluarga di Felda Sg.Tengi. Terasa sunyi asbab ayahanda mertua sudah tidak lagi bersama tahun ini. Mudah-mudahan Arwah terus diRahmati di 'sana'. Bermaafan bersama ibunda tercinta keluarga tersayang. 'Baraan' adalah aktiviti wajib selepas bersembahyang raya. 'Baraan' ialah aktiviti kunjung-mengunjung jiran tetangga. Ia amat baik. Ukhuwah antara keluarga, anak menantu jiran tetangga terjalin begitu erat.
Bergerak ke Ipoh. Singgah di Tapah pada sebelah petang satu Syawal. Beraya di rumah Tuan Fitri & Puan Amalina. Bermalam tiga hari di teratak ayahanda di Ipoh. Dua Syawal ziarah raya terus ke Taiping. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan. Alhamdulillah kunjungan mahabbah ke rumah-rumah bapa ibu saudara yang ada memperkukuh lagi semangat kekeluargaan yang sememangnya kuat di hati.
Selesai beraya di kampung,kembali ke Damansara dan menggalas amanah dengan semangat baru dalam bulan Syawal. Jemputan daripada teman-teman untuk open house terlalu banyak. Alhamdulillah dengan izin & dapatlah memenuhi jemputan yang dekat-dekat dan boleh untuk mudah berkunjung. Syukran teman-teman. Mudah-mudahan apa yang kita nikmati pada hari ini dan tahun ini dapat kita bersama lagi pada thun-tahun yang mendatang. Insya-Allah.
zahiri shams associates

Jumaat, Januari 21, 2011

HMK Insani: STAR tradisi KECEMERLANGAN!

Alhamdulillah pagi ini selesai memenuhi jemputan di Klang. Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) menjadi medan untuk berkongsi ilmu dan menyuntik semangat 'perjuangan' agar sukses dengan cemerlang dalam akademik dan hidup dunia akhirat.

Audien di STAR terdiri daripada para pelajar 'pra universiti' peringkat sekolah iaitu para pelajar Tingkatan Enam Atas (upper six). Tatkala berceramah kepada adik-adik saya yang hebat ini,ia mengingatkan saya kenangan terindah, dua bulan belajar di Tingkatan Enam (lower six) Sekolah Anderson Ipoh sebelum mendapat tawaran menyambung pengajian di Pusat Matrikulasi UIAM (sekarang Pusat Asasi UIAM).

Agenda utama pada hari ini di STAR adalah untuk memotivasikan pelajar-pelajar 'form six' ini supaya mereka lebih bersemangat, berdaya saing, hebat dan berjaya. Sesi berHIJRAH INSANI dengan para pelajar ini cukup 'interesting'. Mereka adalah 'active listener' and 'active audience'. Ini bermaksud situasi ''2W (ways) communications' dapat dijalankan tanpa sebarang halangan. Proses 'give & take' juga sangat berkesan. Ini memudahkan saya untuk praktiskan 'collective & mass coaching' menerusi formula HMK Insani (hijrah, magnet & karisma manusia).

Masa lebih kurang sejam setengah yang diamanahkan kepada saya, alhamdulillah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk sedaya mungkin me'nyah'kan vitamin M dalam diri setiap para pelajar ini. Vitamin M ini sangat kuat di peringkat usia remaja. Namun, tidak dapat dinafikan ada juga masih 'terjangkit & berjangkit' di kalangan orang dewasa. Banyak impak negatif jika vitamin M ini tidak disingkirkan; ia kemudian akan menyebabkan pula sindrom MES (malu, ego dan sombong). Vitamin M tersebut ialah MALAS. Jangan dibuat main-main dengan vitamin ini! kadang-kadang makin dielak untuk 'diambil' tetapi, akhirnya terambil juga.
Syukur padaNYA, Allah swt beri kekuatan semangat HIJRAH INSANI dapat disuntik dengan jayanya pada hari ini. Terima kasih buat Puan Sari Yanti dan Puan Zubaidah selaku kaunselor sekolah yang begitu optimistik, positif dan berdedikasi untuk melihat anak-anak didik mereka berjaya. Saya doa' kan yang terbaik buat semua warga STAR. Sama ada kita Cina, Melayu atau India, kita satu keluarga besar (Hua Ren, Malai Ren, Into Ren, Wo Men Xe Ee Jia Ren). Ayuh sama-sama berganding bahu untuk yang terbaik buat semua. STAR tradisi KECEMERLANGAN!
Salam Optimis, Salam Hijrah Insani!!!
zahiri shams associates

Ahad, Januari 16, 2011

HMK Insani: Elak Graduan Berhutang?

Biasiswa terhad. Tajaan syarikat-syarikat korporat juga punyai persaingan. Alternatif pembiayaan pengajian ialah pinjaman. Tempoh pengajian 4 hingga 6 tahun di peringkat universiti memungkinkan dan memerlukan kos RM20,000 ke RM30,000 (bagi jurusan-jurusan sastera iktisas & sains sosial; jurusan sains mungkin lebih). Kos ini mungkin bagi graduan-graduan dan siswa siswi era 1990'an dan 2000 hingga kini. Sudah pasti pada masa depan kos ini irrelevant lagi. Apatah lagi, dengan peningkatan inflasi 3%-6% setahun.
Justeru, apa pilihan yang kita ada? For young parents kini, yang merupakan graduan universiti tetapi masih berhutang dengan institusi pembiayaan pengajian; come on ubah stigma pemikiran dan perancangan anda, supaya permata hati kita kelak tidak terbeban dan berhutang sebagaimana kita. Baru mula kerjaya, gaji belum selaras, jasa keluarga tak terbalas,hutang sudah ada. No more for our beloved son & daughter.
The question of how? Mudah! simpanan adalah tindakan bijak. Jika hari ini pendapatan bersih anda RM2000 sebulan; buatlah peruntukan sebaik-baiknya 10% (RM200) atau paling rendah yang penting ada untuk si comel anda RM50-RM100 sebulan. Hanya 5% (RM100) atau 2.5% (RM50) takkan tak mampu adakan? Simpan & don't touch untuk tempoh 1o tahun ke atas; 18 tahun mungkin? Anda tentukan. Simpanlah, laburlah di Amanah Saham, Simpanan bank, Tabung Haji, Takaful/insuran (investment-linked) atau di bawah bantal. Apa yang penting anda simpan!
Andaikan, kini umur anak anda sebulan. Anda mula menyimpan secara istiqamah RM50 untuk sebulan. Dalam setahun simpanan berjumlah RM600. Untuk 10 tahun RM6000. Bagi 20 tahun RM12,000. Ini hanya simpanan biasa. Mungkin tidak mencukupi, tetapi adalah lebih baik ada daripada tiada. Bilamana, diketahui jumlah sebenar mungkin RM50,000, untuk anak-anak kita nanti, maka, jumlah simpanan perlulah ditingkatkan. Kaedah simpanan juga wajarlah yang lebih menguntungkan.
Untuk membolehkan kita menyimpan lebih, pendapatan wajib ditingkatkan. 90% daripada kita kini rebut 1/10 sumber pandapatan, iaitu makan gaji. Jangan dilupa, rebutlah juga 9/10 itu (berniaga sebagai sumber pendapatan kita). Berniagalah perniagaan yang kita minat mengusahakannya, agar hasilnya maksima. Baharulah lengkap 10/10 pandapatan kita. Once pendapatan lebih, simpanan juga lebih, in future jika si manja kita tidak berpeluang mendapat biasiswa atau tajaan; simpanan kita mampu untuk menyekolahnya sampai ke menara gading tanpa, memerlukan si manja menandatangani kontrak pinjaman (hutang) untuk belajar.
salam Hijrah Insani!
(Hijrah Insani Financial Advisory-HiFA)
zahiri shams associates

Khamis, Januari 13, 2011

HMK Insani: Membudayakan REFORMASI Diri!

Alhamdulillah dalam kesibukan jadual harian sebagai pensyarah dan mengemaskinikan urusan hal ehwal establisment dua syarikat saya; firma konsultan latihan & pembangunan insan (Zahiri Shams Coaching Advisory-SHAMS) dan firma konsultan pelaburan & kewangan (Hijrah Insani Financial Advisory-HiFA), pagi tadi berkesempatan juga memenuhi jemputan untuk berHIJRAH INSANI di SMK Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala lumpur.

Lebih daripada 15o pelajar tingkatan lima (aliran pure science,sub-science & art) terlibat dalam talk kali ini yang dirancang lebih awal pihak sekolah. Hari ini saya konsisten membicarakan soal Kenali Diri & Berubah! Ini kerana tanpa kenal diri sendiri datangkanlah super trainer dari kayangan sekali pun tidak akan mampu mengubah seseorang itu daripada baik kepada lebih baik lagi.
Dengan mengenali diri seseorang itu akan lebih fokus. Mana mungkin berjayanya seseorang itu selagimana masih ada dilema dan kata dua dalam membuat keputusan. Prinsip dan matlamat perlu jelas. "No man is able to progress when he is wavering between opposite things", kata Epictetus.
Jadilah sebagaimana Rizwan Khan (lakonan Shah Rukh Khan) dalam filem MNIK~My Name Is Khan tahun lepas.Filem pecah panggung yang mendapat kutipan tertinggi dengan USD 39.66 juta dan mempunyai mesej yang amat murni. Walaupun, banyak kekurangan dan kelemahan tetapi, komitmen dan kesungguhan beliau amat dikagumi. Matlamat Rizwan jelas. Rizwan sentiasa berubah dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih hebat...hebat...dan hebat!!! Sememangnya Rizwan hebat dalam MNIK.~dapatkan DVDnya sekarang~

Justeru, optimislah dalam membudayakan reformasi diri. Setiap daripada kita banyak kelemahan yang kita akui ataupun kita selindungi. Dengan adanya habit untuk sentiasa memperbaharui mutu dan kualiti diri dengan belajar,belajar dan terus belajar insya-Allah kejayaan, kekakayaan dan kebahahagiaan itu pasti dalam genggaman kita. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberi untuk saya berkongsi yang terbaik buat para pelajar SMKTBM. Berjumpa lagi di lain masa,insya-Allah.
"Change is good. You go first!!!" (Dilbert).
zahiri shams associates

Khamis, Disember 23, 2010

HMK Insani: Sharing or Teaching, yang Terbaik?

Berkata Henry Ford, "coming together is a beginning, keeping together is progress; working together success". Selasa lalu sebaik sahaja menamatkan lecture terakhir bagi para pelajar Sarjana Muda saya untuk subjek Bahasa Kebangsaan Lanjutan (A); sempat beramah mesra dengan mereka semua (sesetengahnya sudah beredar selepas sedikit jamuan ringan; yang di atas masih ingin mendapatkan sesuatu).
Isu yang dibincangkan ialah aspek pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (pp&p). Salah seorang bertanya kepada saya:
"...Mr.Z, why once we were in your lecture...we don't feel boring? and all the points that you teach us, easy to understand, even though by principle it's difficult?"
Respon saya mudah sahaja:
"...because in my lecture i'm not teaching, but i'm sharing what do i have with all of you as my brothers & sisters..."
Inilah yang pernah dikongsikan oleh sebahagian besar guru-guru saya dahulu iaitu:
"...dalam mendidik kita sebenarnya tidak mengajar,tetapi berkongsi apa yang kita ada. Apabila kita 'mengajar' ini bermaksud kita lebih pandai, pelajar masih hingusan untuk diajar sesuatu (di sini sudah ada tembok pemisah). Pengajar tak boleh silap. Pelajar harus salah silap. Sekali pengajar tersilap maka rosaklah reputasinya. Sebaliknya jika kita berkongsi, ini bermaksud kita memberitahu ilmu yang kita ada untuk sama-sama diamati dan dipraktis bersama-sama. Ruang berbincang,berdebat dan meluah pendapat itu ada. Dengan ini tembok pemisah tiada. Pelajar masih malah lebih menghormati dan sayang pada guru. Ini kerana asasnya SHARING is CARING..."
Justeru, berkongsilah. Dalam perkongsian murni itu ada pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian akan menyebabkan penglibatan pihak penyampai dan yang mendengar. Apabila yang menyampai memahami dengan lebih isi perkongsiannya,maka yang mendengar akan lebih faham dan menghayati apa sebenarnya cream of the cake daripada perkongsian tersebut.
"tell me, I'll forget. Show me, I may remember. But involve me and I'll understand" (Chinese Proverb).
zahiri shams associates

Selasa, Disember 14, 2010

HMK Insani:Sebulan Sudah Wafri Papa,Wafri Mami.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang lagi Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Hari ini 8 Muharam 1432H bersamaan 14 Disember 2010, cukuplah sebulan usia Muhammad Iskandar Wafri. Syukur dan terima kasih dirafa'kan kepada Allah SWT, Wafri sihat, baik, ceria dan mudah-mudahan terus diRahmati oleh-Nya selalu.
Insya-Allah setelah hampir sebulan Wafri dan Mami hanya berjumpa papa dua kali seminggu sahaja, hujung minggu ini 19 Disember 2010 kita akan balik ke rumah di Damansara. Mami ada sebulan lagi untuk bercuti dan bersama Wafri di rumah kita sebelum kembali bertugas 14 Januari 2011.
18 Disember 2010 ini, disamping kenduri paman Ahan sebelah tengaharinya, Papa dan Mami dengan saranan nenek Miyah kita akan ada Majlis Marhaban dan cukur jambul Wafri bersama-sama dengan Nur Qaseh Qalesha pada sebelah pagi.

Dengan izin Allah SWT, awal tahun hadapan Papa dan Mami akan adakan Majlis Kenduri Aqiqah Wafri di rumah Tok Wan pula. Papa dan Mami berdoa' agar Wafri sentiasa sihat, ceria dan menjadi anak soleh yang sentiasa diRahmati Allah SWT sampai bila-bila. Salam sayang selama-lamanya daripada Papa dan Mami buat Iskandar Wafri.
zahiri shams associates

Isnin, Disember 13, 2010

HMK Insani: Perkahwinan; Mahabbah wa Rahmah!

"Wahai anak muda berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara dan mejaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)"(Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari)

Alhamdulillah, hari Sabtu (11 Disember 2010) baru-baru ini, berkesempatan berkonvoi bersama menghantar abang ipar ke rumah isterinya bagi Majlis Resepsi sebelah perempuan di Sungai Besar, Selangor. Syukur adik-beradik,ipar-duai semuanya dapat hadir. Majlis begitu meriah dengan suasana kampung yang menghijau,menyejuk mata.


Majlis dipihak lelaki akan diadakan Sabtu ini 18 Disember 2010 di Desa Maju Sg.Tengi. Turut bersama diadakan pada sebelah paginya, majlis marhaban dan cukur jambul Muhammad Iskandar Wafri b. Mozahiri dan Nur Qaseh Qalesya bt. Mohd.Saiful (adik ipar, kiri sekali mendukung Nur Qaseh dalam gambar di atas).
Sekali lagi TAHNIAH buat Azhar dan Farhan. Doa dan harapan perkahwinan yang yang dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang-Nya akan sentiasa diRahmati. Moga kekal bahagia ke akhir hayat...ameen ya RABB!!!
zahiri shams associates

Jumaat, November 26, 2010

HMK Insani: Power of Trust!

"Integrity is keeping the small promises we make to ourselves" (Richard Leider).

Compromising our integrity will undermine the confidence and sense of self-worth that come from being true to our core beliefs.

If we do have self-respect, it will be evident to everyone around us and earn our trust that words and deeds alone can't. If we don't, it won't. (week 6, Friday)

Thank you to all of my associates, seniors and juniors; directly or indirectly installed the confidence and trust in me.

To Ms Irene (Principal Trainer,ATCEN Learning Centre), thank you very much for your compliment, appreciation and recognition. Wishing you always the best. Be optmist,be realist and sure success.
"...Allah Maha Besar, He loves you because you are indeed a very good man!!! You are one of those rare educators that I have encountered..." (Ms Irene Wong)
Thank You Allah...please make me strong, optimist and realist in all of my efforts for the betterment of everyone and anyone.

zahiri shams associates

Selasa, November 23, 2010

HMK Insani:Muhammad Iskandar Wafri, Anugerah ALLAH Paling Mahal Buat Mami & Papa

"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah imam bagi orang-orang yang bertaqwa",(Al-Furqan: 74).
Alhamdulillah segala puji hanyalah selayaknya bagi Allah swt. sahaja, yang memiliki kekuasaan dan keupayaan yang Maha Hebat atas tiap-tiap sesuatu ciptaan-Nya. Terima kasih ya Allah, dengan izin-Mu membenarkan diriku juga isteri kesayanganku bergelar ayah dan ibu. Doa' dan Penantian kami selama ini telah Engkau kabulkan. Tiada ragu dan was-was sedikitpun di hati ini atas segala ujian, bantuan, pertolongan, kemudahan, rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan buat kami. Sesungguhnya dan sememangnyalah ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmah tiap-tiap sesuatu itu.

Pada tanggal 7 Zulhijjah 1431H bersamaan 14 November 2010 jam 9.25pm, isteriku telah selamat melahirkan putera sulong kami dengan berat 3.63 kg yang kami namakan Muhammad Iskandar Wafri Bin Mozahiri.Hari ini genaplah usianya 10 hari di alam dunia di bumi Allah swt.



Papa dan Mami serta seluruh kaum keluarga akan terus menerus berdoa dengan penuh harapan kepada Allah swt. berserta ikhtiar sedaya mampu untuk memberikan pendidikan yang terbaik buatmu; baik ilmu dunia dan ilmu akhirat. Moga hajat dan harapan papa mami melihat Iskandar Wafri berjaya sebagai profesional Muslim yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran dibimbing oleh keizinan, taufik dan hidayah Allah swt. akan menjadi kenyataan. Ameen Ya RABB! Ameen Ya ALLAH!

Salam Kasih, Salam Sayang daripada Papa dan Mami buatmu Muhammad Iskandar Wafri.
MOZAHIRI HJ SHAMSUDIN & MURNI HJ JAMIL
zahiri shams associates

HMK Insani: Lecturer, Students, We are Brothers!

"...You can make more friends in two months by becoming more interested in other people than you can in two years by trying to get people interested in you..." (Dale Carnegie).
Friendship is one of the sweetest joys of life. We can have all the material success in the world,yet without friends, life will be dull and unfullfilling. Caring and mutual desire for the success and happiness of the other person defines true friendship. This level of closeness is hard to achieve,but it is possible.
It begins by making the celebration of mutual success the core of our relationships, and by developing an interest in others that is so strong that we want them to win-and they want us to win also. (Time Out for Leaders, 2006)
Special thanks to all my dear students sponsored by JPA/YTM and A-Levels (some of them are not in the pictures above) for being my good buddies, students and brothers-sisters. It's my great pleasure to know and to share some of my knowledges with all of you. My wish and doa' success will always be by your side with the blessing of Allah swt.
Go German,Go Australia...di mana jua anda semua bakal jejaki nanti dalam niat dan usaha untuk menambah ilmu diri buat kebaikan semua rakyat negara-bangsa Malaysia, tetapkan di hati niat suci murni, ikhlas jujur, dan rendah diri yang cemerlang. Biar kita hebat di mata Tuhan juga di mata Manusia; Tidak hanya hebat di mata Manusia tetapi miskin, mundur dan gagal di mata Tuhan.
My dear brothers and sisters, "Pessimism lead to weakness, Optimism to power" (William James), so salam optimis, salam realis, salam sukses personally from me. All the BEST to all of you!!!
zahiri shams associates