- Sememangnya sebulan dua sekali saya akan berziarah jumpa dengan ustaz,sama ada sarapan bersama, lunch ataupun makan malam. Ikut kepada kelapangan ustaz dan saya. Ustaz Din seorang yang simple,mudah didekati,ramah dan yang paling penting beliau berilmu. Isteri kesayangan dan anak-anaknya kini menetap sementara di United Kingdom atas sebab sambung pengajian. Ustaz pula di Malaysia, besar cabarannya berjauhan dengan keluarga. Namun sebagai seorang pendakwah dan usahawan yang berjaya sudah pasti waktunya sentiasa penuh dengan aktiviti yang berkualiti.
Sebagaimana biasa pertemuan dengan ustaz Din tidak pernah menghampakan. Ada sahaja perkara dan ilmu baru untuk dikongsi bersama. Selesai sarapan dan berbual panjang,kami berdua ke Pasar Keramat berjumpa dengan seorang peniaga hebat ustaz Josh (berkopiah putih di atas). Anak kelahiran Perak ini cukup merendah diri orangnya dan mudah mesra dengan semua. Tidak hairanlah jualan barang-barang basahnya begitu laris sekali. Kami bertiga mengambil peluang kerana jarang berjumpa untuk 'pekena' kopi Radix di gerai minuman yang berhampiran. Pelbagai perkara dikongsi bersama walaupun sesingkat cuma.
Namun apa yang dapat saya rumuskan sebagai muhasabah diri dan nasihat insani daripada pertemuan dengan dua orang sahabat ini ialah:
- Untuk dihormati kita perlu terdahulu menghormati orang lain tanpa meminta kita untuk dihormati orang lain.
- Dalam apa jua keadaan usahlah sesekali berbangga diri atau egois; sebaliknya banyaklah merendah diri dan bertawaduk kerana itulah selayaknya buat kita sebagai hamba-Nya
- Belajarlah dari kesilapan orang lain agar kita tidak mengulangi kesalahan tersebut;nah dengan itu kita ternyata insan bijaksana.
- Namun janganlah belajar untuk buat silap,salah dan dosa kerana itu merupakan selemah-lemahnya manusia dan sebodoh-bodohnya insan.
Setelah selesai, Ust Josh pun mengangkat kaki untuk sambung berniaga, manakala saya dan ustaz Din pula bergerak ke Masjid Al-Akram, Kg. Dato'Keramat. Pagi ini ust Din bermotosikal. Saya pemboncengnya. Mengapa? Jalan di Pasar Keramat memang jem habis. Parking kereta pun tiada. Jadi kereta saya di 'parking' di kawasan masjid tersebut, ustazlah yang menjemput dan menghantar saya. Hmm...Tak dapatlah naik BMW 5 series ust Din pagi ni=). Namun itu bukan isunya, moralnya ilmu yang dikongsi bersama oleh Ust Din dan Ust Josh pagi ini, benar-benar membuktikan kuasa sakti Formula Hijrah Insani : Kuasa 165 yang dibawa oleh Rasulullah saw dulu.
Salam najah buat Ust Din dan Ust Josh, moga terus sukses selalu.
zahiri shams associates