Kurang beberapa jam lagi insya-Allah, umat Islam di Malaysia dan sewaktu dengannya akan mula menjalani ibadah puasa sebagaimana yang dituntut dalam agama dan diperintahkan Allah. Setelah setahun menyepi kini ia kunjung kembali. Pelbagai respon dan reaksi umat dalam menerima kehadirannya. Ada yang terharu, gembira, suka dan tak kurang juga yang merasakan ia sebagai beban.
Namun sebagai Muslim sejati dan Mukmin hakiki kita sewajibnya bersyukur pada-Nya kerana masih lagi memberikan kita kurniaan usia, nikmat kesihata, iman dan islam untuk terus ampuh berjumpa dengan ramadhan pada kali ini. Ayuh bersamalah kita memanjatkan doa' agar kita bisa menamatkan perjuangan di bulan yang mulia ini hingga ke akhir.
Ramadhan adalah satu bulan yang acap kali disebut oleh para pendakwah sebagai madrasah untuk melakukan pengislahan diri dan lebih dalam tajdid insani. Di mana dalam bulan inilah bagi manusia yang dipilih oleh Allah berpeluang dan sedar diri untuk menginsafi diri, melakukan pembaharuan dalam diri, penyucian jiwa, berubah dan berubah ke arah yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, bersama sekali lagi kita panjat munajat pada-Nya agar sistem pendidikan tahunan yang sudah banyak kali hadiri ini akan memberikan kita impak maksima dalam proses peribadatan dan akhlaq kita sebagai true believer of Islam and true follower of Muhammad saw. Ini adalah amat penting agar sooner or later kita tidak akan malu kepada Allah swt akan apa yang akan dan telah kita lakukan sebagai true SERVANT of Allah the Almighty.
- Dalam pada itu janganlah kita lupakan teman-teman seagama kita yang dalam negara atau luar negara yang tidak bernasib baik seperti kita; maka hulurlah bantuan sekadar termampu oleh kita agar sama-sama dapat melayari ramadhan al-karim ini dengan secemerlangnya.
Selamat berpuasa buat insan-insan yang mengenali dan sentiasa memberikan sokongan kepada al-faqir ilallah Zahiri Hj Shams.
Salam Ramadhan, Salam Perjuangan Buat Semua Umat Islam Sedunia!!!
zahiri shams associates