Khamis, Ogos 20, 2009

Keceriaan Pendidik Mengubat Hatiku


Baru-baru sekali lagi saya berpeluang untuk berkongsi ilmu membina Jambatan Emosi dan Keserasian Roh di kalangan para pendidik hebat. Sebagaimana biasa 'talk' kendalian saya dan teman-teman tidak akan sunyi daripada tawa ceria para pendidik yang memberikan 'signal' positif bahawa mereka selesa dan percaya pada kredibiliti kami yang diamanahkan menunaikan kewajipan sebagaimana yang dikehendaki pengurusan sekolah.

Walaupun, jadual saya agak 'penuh' di luar di samping melangsaikan amanah sebagai pensyarah beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun, itulah yang dikatakan Izin dan Rahmat ILLAHi, bilamana berhadapan dengan guru-guru yang penuh dedikasi di hadapan saya, automatik letih itu hilang, malah bertukar menjadi semangat yang berkobar-kobar dalam menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada audien.


Dalam short-course kali ini, saya mengadakan sedikit pembaharuan dalam teknik penyampaian juga pengisian kursus. Ini adalah dalam usaha untuk memantapkan input yang diberi dan supaya output di hari muka oleh para guru juga lebih efektif. Pengalaman di Brunei Darussalam sebelum ini saya utilize sebaik mungkin dalam mencapai matlamat kursus.


Terima kasih para guru, diharapkan pada masa-masa akan datang kita bisa berpeluang untuk berjumpa lagi dan terus merapatkan ukhuwwah tanpa mengira bangsa, agama dan idealisme. Sememangnya saya kagum dengan anda semua. Salam optimis buat anda semua!

zahiri shams associates