Selasa, Mei 26, 2009

MATI ITU PASTI, HARINYA TERNANTI-NANTI, BAGAIKAN SATU MISTERI

Pernah Diterbitkankan di UmmahOnline.Com
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian. Walau betapa hebatnya seseorang itu di dunia yang fana ini, kesudahannya liang lahad yang gelap dan sempit jua sebagai tempat tinggalnya. Kain serbaputih sebagai pakaian. Menjadi mamahan semut dan ulat. Keseorangan dilubang kubur tanpa berteman, berakan-taulan dan saudara. Jika kebaikan dankecintaan Allah SWT yang dibawanya sebagai bekalan, berbahagialah dia diAlam Barzakh itu. Namun sebaliknya, jika keburukan dan kemurkaan Allah SWTdikendongnya sebagai pimpinan semasa di dunia dan seterusnya ke kubur,amat malanglah dia di Alam Kubur.

Manusia yang lahir (Muslim) ke dunia daripada perut ibu yang amatmenyanyanginya, akan disambut dengan laungan azan oleh si bapa yang amatmengasihinya. Setiap manusia yang kembali kepada Penciptanya yakni AllahSWT, akan didahului dengan solat (solat jenazah) baginya. Wahaisahabat-sahabat, antara azan dan solat amatlah singkat kehidupan di duniaimaginasi ini. Tarikh, Tahun, Hari dan Masa kita di lahirkan sudah kitaketahui. Walaubagaimanapun, saat untuk menamatkan tempoh ujian Allah SWTdi Alam Dunia-Nya pada manusia, tidak pula diketahui. Itu semua RahsiaIllahi. Adalah tidak layak bagi kita untuk mengetahui rahsia-Nya Yang MahaMulia. Semua manusia sudah ditetapkan saat kembalinya kepada Allah SWT.Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud “Tidaklah diri seseorang itu akan mati, melainkan dengan seizin Tuhan. Suratan yang dijanjikan” (AliImran:145).

Walaupun manusia itu sedar bahawa, dia akan kembali menemui Tuhannya padasatu tarikh yang tidak diketahui dan tidak pasti namun, amat sedikitlahdaripada kita yang mengingatinya. Apatahlagi, untuk beramal bagi bersediadiri sebelum Izrail datang mewakili Allah SWT menjemput Ruh kita ke AlamRealiti (Alam Barzakh-Alam Akhirat) bagi mempertanggungjawab segalaperilaku di dunia. Sesungguhnya, mengingati mati itu adalah lebih afdhaldaripada menghitung dan mengira kenikmatan dunia. Telah berkata Atho’Al-Khurasani RA, Rasulullah SAW lalu dalam suatu majlis yang penuh dengangelak ketawa. Maka baginda bersabda: “Campurilah majlismu denganmengingati sesuatu yang mengeruhkan kelazatan “. Mereka bertanya, “Apakahpengeruh kelazatan itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Pengeruh kelazatan ituialah Maut” (Imam Al-Ghazali, Ramuan Ubat. terjemahan Kitab MukasyafahAl-Qulub. penterjemah, M.Qodirun Nur).

Justeru bagi memastikan diri kita mudah menghadapi Sakaratul Maut, makaamat penting bagi kita untuk mentazkirah dan memuhasabah diri, agar tidakbisa terpedaya dengan perangkap dan tipu daya Syaitan yang dilaknati. Inijelas diingatkan oleh Allah SWT supaya kita berteguh hati memusuhi Syaitandalam firman-Nya yang bermaksud “Sesungguhnya Syaitan itu bagi kamu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh” (Surah Al-Fathir: 6).Tambahan daripada itu, selalulah mengingati Allah yang satu dalam apa juakeadaan dalam usaha menghindarkan diri daripadanya(Syaitan). Ini keranatanpa hubungan yang rapat dengan Allah SWT, amat mudahlah dia menguasaikita, terutamanya ketika saat kita hendak kembali ke Rahmahtullah. Syeikh Abdullah Al-Fatani mengatakan menerusi tinta penanya dengan menjelaskan:

“Ketika itu datang syaitan merupakan ibunya yang telah meninggal duduk disebelah kirinya, berkata sambil menangis, katanya Hai, anakku. Aku adalahibumu, yang mengandungmu dengan susah payah,dan telah memeliharamusemenjak kecil. Bukan main kasih sayangku kepadamu, Nak! Sekarang kau akanmeninggal, maka ikutilah olehmu agama Yahudi, kerana itulah sebaik-baikagama. Dan yang seorang lagi merupakan seorang bapa yang telah meninggal,duduk disebelah kanannya seraya berkata : Hai anakku! Sayang Bapakepadamu, tidak kalah dari sayang ibumu. Tidak kenal siang, malam akumencarikan nafkah untukmu. Nak! Sekarang engkau akan meninggal, makaikutilah agama Nasrani , kerana itu adalah sebaik-baik agama” ( Kitab Kasyaful Gummah, hal. 17).

Semoga kita dihindarkan dan dijauhkan daripada godaan sakaratul mautsebegitu rupa. Nau’zubillah.

Oleh yang demikian, dalam meniti jalanan duniawi yang beronak-duri dankesudahan yang pasti iaitu ‘mati’; maka beringat-ingatlah akan bekalanyang bakal dibawa ke sana nanti. Sifatul Mazmumah dan semua sifat yang dicela Allah SWT hendaklah dikorbankan. Gantilah dengan Sifatul Mahmudahdan semua sifat yang dipuji Allah SWT. Mudah-mudahan kita dilindungi dandikasihi-Nya.

Sesungguhnya, tiadalah sakit yang amat pedih melainkan maut. Semua manusiapasti merasakannya, seorang sekali. Ingatlah wahai sahabat, setiapkeburukan yang kita gugurkan dan kebaikan sebagai penggantinya dapatlahsedikit sebanyak menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan memudahkan Ruhkeluar daripada jasad kerana pada waktu itulah, kepedihan yang amat peritbagi seseorang Insan. Ini dimaklumkan oleh Rasulullah SAW daripada Hasan,baginda bersabda “Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya. Maut itu samadengan tiga ratus pukulan pedang. Maut yang teringan bagaikan kawat jerujimenjerat kambing. Bila kambing lepas pasti ada bulu yang menyangkutpadanya.”(Al-Ghazali, Mukasyafah al-Qulub).

"Ya Allah! Betapa pedih danperitnya saat kembali kepada-Mu, semoga permudahkanlah kami kembalipada-Mu” AMIN.

Sebelum mata pena ini diangkat, ingin diingatkan sekali lagi sesungguhnya,kematian itu adalah benar. Hidup di dunia ini hanya akan menjadimimpi-mimpi ngeri bagi sesiapa yang mengambil syaitan dan iblis sebagaipimpinan serta menghabiskan tempoh had umur yang diberikan Allah SWTdengan kerja-kerja yang sia-sia. Walaubagaimanapun, ia akan menjadimimpi-mimpi yang sangat indah bagi mereka yang mengambil Allah SWT sebagaipimpinan yang satu dengan tiada menyekutui-Nya dengan sesuatu yang lain.

Mati hanyalah berpindah tempat, dari terkurung di dalam sangkar sempituntuk terbang ke alam luas. Terbang dengan bebas dari pohon ke pohonmenghisap dan menyeri bunga dalam taman indah. Taman yang indah denganbunganya yang berwarna-warni dan menghamburkan bau yang wangi, harumsemerbak. Bagi orang yang beriman, mati itu bukan bermakna lenyap tetapiberpindah ke alam lain, alam yang penuh kesenangan dan bahagia. Merekaakan berenang-renang di dalam Telaga Al-Kausar sebagaimanaterapung-apungnya bunga seroja. Bersabda Rasulullah SAW (riwayat Muslim),daripada Said Al-Khudri RA:

“Para arwah itu mereka makan-makan dan bersenang-senang sesudah itu merekabernaung pada kendil-kendil yang tergantung di Araysh. Maka Tuhan berkatakepada mereka itu,adakah kamu tahu apakah kemuliaan yang kamu yang kamukecap sekarang ini? Jawab mereka itu, Tidak yang lain, hanya kami inginsekali ke dalam tubuh kami supaya berperang sekali lagi. Berperang sambilmempertahankan agama Engkau”
(Muhammad Zuhair, Menyingkap Alam SesudahMati, 1995).

Sebagai penutup bicara, walaupun mati itu misteri tapi ia bererti. Iapasti. Kita sebagai manusia ternanti-nanti pada suatu hari yang tidakpasti. Justeru, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Illahi, jadilah kitaorang-orang yang beruntung dengan tidak mensia-siakan umur pinjaman AllahSWT kepada kita. Betul kita tidak dapat memastikan tempat kita di Syurgadengan amalan-amalan kebajikan kita di dunia, tetapi setidak-tidaknyajanganlah kita leka membiarkan umur dan masa yang berlalu tanpa pengisianyang bermanfaat. Sesungguhnya kita akan berkesal hati dan berkeluh kesahdi sana nanti. Beramallah bukan kerana syurga atau takut akan neraka,tetapi ikhlas beribadat kepada Allah SWT dan takut hanyalah pada-Nya.Ingatlah orang paling cerdik bukanlah yang mampu menghafal sejuta ilmu tetapi ialah yang paling banyak mengingati Mati, kerana dengan mengingatimati dia akan selalu meningkatkan amalannya. Rasulullah SAW bersabda:“Secerdik-cerdik manusia itu ialah mereka yang paling banyak mengingati mati.”

Semoga tulisan ini dapat memberi suntikan keinsafan dan kesedaran buatdiri ini dan lebih-lebih lagi buat semua pembaca. Semoga diampunkan segala dosa dan kesalahan hamba Allah SWT yang kerdil ini, dan mudah-mudahan kitadisediakan tempat yang mulia di sisi-Nya di Alam Akhirat kelak.Sama-samalah kita berdo’a semoga diperkenankan-Nya. Insya-Allah.

Mati Itu Pasti, Harinya Ternanti-nanti Bagaikan Satu Misteri.

Wallahu’alam. Wassalam.
-zahiri shams associates-