Ahad, Mei 31, 2009

Lisannya MANIS, Tetapi HATInya Seperti Serigala


"Akan keluar di akhir zaman lelaki yang suka berbuat tipu daya dengan memakai nama agama di dunia ini. Mereka menganjurkan manusia agar berpakaian yang baik (terbuat ) dari bulu yang halus. Lidah mereka lebih manis daripada gula sedang haati mereka bagaikan serigala" (H.R. Thirmizi)

Dalam hadis tersebut Rasulullah saw memberikan isyarat bahawa kelak akan muncul orang-orang yang mempunyai sifat 'munafik'. Apa yang dikatakan tidak sesuai dengan hati, apa yang dianjurkan sebenarnya hatinya membenci. Fatwanya hanya untuk tipu muslihat sahaja. Diantara sifat kemunafikan itu, m,enganjurkan orang lain berbuat baik sesuai dengan agama Islam, semua yang disampaikan dengan agama yang tujuannya tidak lain hanya untuk memperdayakan orang-orang Islam sendiri.

Agar orang tahu iaitu yang dia itu seorang ahli fatwa dan agama. Manis sekali bicaranya hinggakan ramai orang yang terperangkap dengan menyanjung-nyanjung kepadanya. Tetapi hatinya setelah diketahui ternyata bagaikan hati seekor serigala. Yang sewaktu-waktu siap menangkap dan menelannya.

Sifat munafik semacam ini biasanya dimiliki oleh mereka yang ingin diberikan kedudukan, pangkat, penghormatan dan segala pujian dari atasnya, hingga berani mengorbankan agamanya, mengaburi sesamanya,yang penting adalah kesenangan dan menadapat apa yang diinginkan. Cita-cita untuk mendapat sesuatu kedudukan dan sebagainya akan mendorong seseorang untuk berusaha dengan cara apa jua; sama ada wang atau dengan janji yang muluk-muluk demi mempengaruhi orang lain yang menjadi pendukungnya hinggakan jika perlu dengan menghalalkan segala cara untuk mencapai segala tujuannya.

Hadis riwayat Bukhori dan Nasa'i dari Abu Hurairah,Nabi bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya di antara kamu ada yang berimpian untuk menjadi penguasa dan sesungguhnya demikian itu akan menjadi penyesalan di hari kiamat. Sebaik-baik seorang ibu yang mahu menyusui dan sejahat-jahat ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui"

Maksudnya pemimpin yang baik adaalah pemimpin yang bertanggungjawab pada rakyat dan sejahat-jahat pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Orang munafik, manis,tulu dan mulus dalam kata-katanya. Cukup pandai membawakan diri, seakan-akan dia menaruh perhatian dan memikirkan kepentingan orang lain. Kalau perlu nama Allah disebut-sebut dalam setiap pembicaraannya agar orang lain percaya kepadanya.


Tambah banyak bicaranya banyak lagilah nama Allah ia sebut, padahal dalam hatinya ia menyimpan rasa dendam dan permusuhan. Sebab yang dijadikan pedoman bukanlah kebenaran dan bukan nama Allah,kerana ia hanya bermain di mulut sahaja. Dia menyimpan segala rencana yang berbeza daripada kemahuan Allah,tetapi untuk menyembunyikan maksudnya maka dengan itu ia bermulut manusia.

Itulah sebabnya Allah mengabadikan sifat orang-orang munafik dalam Al-Quran, di antaranya dalam surah Al-Baqarah: 204 maksudnya:

"Dan sebahagian manusia ada yang menarik hati pada engkau perkataanya dalam hidup didunia, dan ia menjadikan Allah sebagai saksi di hatinya,padahal dia itu sangat memusuhi"

Pada ayat selanjutnya Allah berfirman:


"Dan apabila telah berpisah, ia berjalan di bumi hendak merosak dan membinasakan tanaman dan keturunan. Padahal Allah itu tidak senang pada kerosakan" (Al-Baqarah: 205)

Orang munafik, bilaman berbicara amat menarik hati, lebih-lebih lagi kalau menerangkan keIslaman, menyentuh masalah agar sesuai dengan zamannya. Namun sebenarnya dia itu hanyalah pandai memutar belit lidahnya. Adalah dimaklumi memang lidah itu bertulang, seribu bahasa boleh diputar di dalamnya. Dan itulah orang munafik yang paling di takutkaan oleh Rasulullah saw.

Renungkanlah sabda baginda ini, yang maksudnya:

"Sesungguhnya yang paling aku takuti atas umatku adalah orang munafik yang pintar memutar belitkan lidahnya"



perkongsian pintar daripada Ali Hamdi Muda'im
zahiri shams associates