Sabtu, April 24, 2010

HMK Insani: TERIMA KASIH!!!

Dalam satu ungkapan kata si bijak pandai "be positive and focus on what you want in life; sooner or later you will successfully achieving your goals" . Berbekalkan tips ini tiada alasan bagi mana-mana individu untuk melayari bahtera impiannya menjadi realiti. Berfikiran positif dan fokus atas apa yang sedang kita usahakan adalah lebih mudah daripada berfikiran negatif dan tidak fokus dalam setiap lapangan usaha yang dilakukan.
Untuk berjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal. Ini akan tercapai jika individu itu berpegang pada formula kira-kira 0'M' x 'M'0(kosong Malas darab Malas kosong). Cuba anda calculate sifar darab sifar? jawapannya mesti sifar betul? Begitulah kiasan & gandingan angka tersebut dengan tabiat (habits) malas. Jika dapat kita zero defect sindrom malas dalam diri secara total (sama ada malas itu sudah menjadi tabiat atau baru ingin berputik sebagai sikap) maka, tiada mustahil untuk kecapi nikmat kejayaan.
Menurut kajian tidak formal (tetapi komprehensif laporannya) ramai orang berjaya tidak lokek dua perkara dalam peribadi mereka; pertama 'ucap terima kasih' pada individu-individu yang menjadi tulang belakang dan pemangkin kejayaan mereka, dan kedua 'mohon maaf dan sedia memaafkan' dengan guru-guru, ibu bapa, rakan taulan dan orang sekeliling mereka.
Natijah berterima kasih ilmu yang diperolehi tambah nilai,tambah berkat; memohon maaf dan memaafkan hati makin bersih, kasih sayang sesama insan terpupuk murni suci. Dengan ini rahmat kejayaan mudah dan senang untuk dicapai dan tercapai. Namun kekadang, pada sesetengah individu perkataan dengan singkatan 'TQ dan SORRY' itu terlalu berat untuk diucapkan oleh bibir, mahupun tulisan; sms,email atau surat. Why? Ia berbalik kepada sikap dan tabiat. Justeru, ayuh berubah 'HIJRAH INSANI' agar kita lebih optimis,lebih realis dan lebih sukses dalam hidup dengan berbekalkan ILMU dan ISTIQAMAH.
Tahniah buat para pelajar tahun akhir Department of Business, Hospitality & Tourism Management. All of you are the BEST!!!
zahiri shams associates

Ahad, April 18, 2010

HMK Insani: X-FACTOR Seseorang Insan

Berbicara tentang prinsip 'natural of law', sesuatu yang kita berikan itulah juga yang kita akan terima kembali sebagai imbal balik. Jika baik+positif yang kita galakkan maka, baik juga positiflah impaknya. Namun,adalah sebaliknya jika buruk+negatif seruan kita maka, buruk juga negatiflah natijahnya.
Hidup ini umpama menanam benih-benih dan baka-baka yang baik untuk tuaian di hari muka. Tidak pernah mati dengan kejian, tidak pula hanyut dengan pujian. Sumbangan yang diberikan tidak pula sesekali mengharapkan rekognisi dan penghargaan yang melampau. Buat, bikin dan hanya drive over ke arah apa yang kita impikan, insya-Allah segala penghargaan dan pencapaian sewajarnya akan kita perolehi tanpa perlu dipinta.
Justeru, adalah penting bagi kita untuk menemukan X-FACTOR (faktor penguat diri~potensi) dalam diri agar, usaha tidak putus asa, gagal tidak merobek jiwa dan berjaya tidak mendabik dada. Percayalah pada kuasa hijrah insani; berubah tanpa batasan dan dengan beralasan yang rasional. Najah itu pasti milik kita. Tahniah buat semua pelajar Personality Sciences hasil sentuhanku. Moga-moga anda semua lebih berjaya dan berintegriti in future. All the BEST!!!.

zahiri shams associates

Jumaat, Mac 26, 2010

Dinda Bongsuku Kini Bergelar Suami

Tanggal 18 Mac 2010 yang lalu merupakan satu tarikh yang cukup penting bagi seorang insan bernama Mozahirzad bin Hj Shamsudin apabila selamat menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati. Tahniah diucapkan dan didoakan moga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat.
Majlis kenduri berlangsung di pihak perempuan pada hari Sabtu 20 Mac 2010. Cukup meriah dan penuh beradat. Terpancar nur keikhlasan di pihak keluarga dan sanak saudara pengantin perempuan dalam menyambut rombongan 'Hang Jebat Malaya'.

Selang sehari, iaitu pada hari Ahad 21 Mac 2010 Majlis Resepsi berlangsung pula di kediaman pengantin lelaki di Ipoh. Rombongan sehati sejiwa ini dikonvoi dengan Satria Club dari Taiping ke Ipoh. Alhamdulillah sambutan tidak kurang hebat mesranya sebagaimana di Taiping sebelum ini.

Syukur kepada Allah swt segala berjalan dengan baik dan dalam Rahmat-Nya selalu. Insan yang paling gembira sudah pasti ayahanda tercinta Tn Hj Shamsudin. Kini kelima-lima anaknya; Puan Monaliza Hj Shamsudin, Encik Mozahidi Hj Shamsudin, Puan Hajah Mozatulsyima Hj Shamsudin, Encik Mozahiri Hj Shamsudin dan Encik Mozahirzad Hj Shamsudin, semuanya sudah selamat melayari kehidupan rumahtangga masing-masing. Terima kasih adalah satu ucapan yang tidak mampu membalas segala jasa, budi dan pengorbanan abah dan arwah bonda. Namun itulah satu ungkapan yang cukup tinggi maksudnya.

Akhirnya, bersamalah didoakan dindaku ini dan isterinya sentiasa diRahmati, diMurahkan rezeki, diKurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta sentisa dalam keberkatan dan keredhan Allah swt. Tahniah sekali lagi buat Jad dan Yati. Moga berbahagia ke akhir hayat. AMEEN!


zahiri shams associates

Selasa, Mac 16, 2010

HMK Insani: Tuan Haji Jamil Yang Kukenali;Kini Hanya Kenangan.

Perkenalan dengan Tuan Haji Jamil pada tahun 2006 memberikan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai dalam hidup ini. Orangnya sederhana tegas, ramah mesra, pengasih penyayang dan baik hati.
Peribadi tersebut membuatkan diri ini sentiasa menghormati beliau. Banyak nasihat secara langsung dan tidak langsung disampaikan beliau bilamana kami bertemu. Peribadi seorang ayah berjaya yang ditonjolkan mampu menjadi inspirasi hidup.
Namun,masa berlalu begitu pantas hampir 3 tahun lebih menjadi anak menantunya, kini segala gelak ketawa, suka duka, pelawa makan minum, hanya tinggal kenangan semata-mata. Tuan Haji Jamil bin Istad, ayahanda mertuaku telah kembali ke Rahmahtullah pada 7hb Mac 2010 yang lalu.
Segala pesanan masa hidupnya masih terngiang-ngiang di telinga ini. Insya-Allah selagi nyawa di kandung badan segala apa yang ditinggal pesannya akan cuba kutunaikan. Bersamalah didoakan mudah-mudahan rohnya sentiasa dicucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama insan-insan yang beramal soleh.
Ameen Ya Rabbi!
Al-Fatihah,,,
zahiri shams associates