Jumaat, Mac 26, 2010

Dinda Bongsuku Kini Bergelar Suami

Tanggal 18 Mac 2010 yang lalu merupakan satu tarikh yang cukup penting bagi seorang insan bernama Mozahirzad bin Hj Shamsudin apabila selamat menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati. Tahniah diucapkan dan didoakan moga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat.
Majlis kenduri berlangsung di pihak perempuan pada hari Sabtu 20 Mac 2010. Cukup meriah dan penuh beradat. Terpancar nur keikhlasan di pihak keluarga dan sanak saudara pengantin perempuan dalam menyambut rombongan 'Hang Jebat Malaya'.

Selang sehari, iaitu pada hari Ahad 21 Mac 2010 Majlis Resepsi berlangsung pula di kediaman pengantin lelaki di Ipoh. Rombongan sehati sejiwa ini dikonvoi dengan Satria Club dari Taiping ke Ipoh. Alhamdulillah sambutan tidak kurang hebat mesranya sebagaimana di Taiping sebelum ini.

Syukur kepada Allah swt segala berjalan dengan baik dan dalam Rahmat-Nya selalu. Insan yang paling gembira sudah pasti ayahanda tercinta Tn Hj Shamsudin. Kini kelima-lima anaknya; Puan Monaliza Hj Shamsudin, Encik Mozahidi Hj Shamsudin, Puan Hajah Mozatulsyima Hj Shamsudin, Encik Mozahiri Hj Shamsudin dan Encik Mozahirzad Hj Shamsudin, semuanya sudah selamat melayari kehidupan rumahtangga masing-masing. Terima kasih adalah satu ucapan yang tidak mampu membalas segala jasa, budi dan pengorbanan abah dan arwah bonda. Namun itulah satu ungkapan yang cukup tinggi maksudnya.

Akhirnya, bersamalah didoakan dindaku ini dan isterinya sentiasa diRahmati, diMurahkan rezeki, diKurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta sentisa dalam keberkatan dan keredhan Allah swt. Tahniah sekali lagi buat Jad dan Yati. Moga berbahagia ke akhir hayat. AMEEN!


zahiri shams associates