Selasa, Mac 16, 2010

HMK Insani: Tuan Haji Jamil Yang Kukenali;Kini Hanya Kenangan.

Perkenalan dengan Tuan Haji Jamil pada tahun 2006 memberikan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak ternilai dalam hidup ini. Orangnya sederhana tegas, ramah mesra, pengasih penyayang dan baik hati.
Peribadi tersebut membuatkan diri ini sentiasa menghormati beliau. Banyak nasihat secara langsung dan tidak langsung disampaikan beliau bilamana kami bertemu. Peribadi seorang ayah berjaya yang ditonjolkan mampu menjadi inspirasi hidup.
Namun,masa berlalu begitu pantas hampir 3 tahun lebih menjadi anak menantunya, kini segala gelak ketawa, suka duka, pelawa makan minum, hanya tinggal kenangan semata-mata. Tuan Haji Jamil bin Istad, ayahanda mertuaku telah kembali ke Rahmahtullah pada 7hb Mac 2010 yang lalu.
Segala pesanan masa hidupnya masih terngiang-ngiang di telinga ini. Insya-Allah selagi nyawa di kandung badan segala apa yang ditinggal pesannya akan cuba kutunaikan. Bersamalah didoakan mudah-mudahan rohnya sentiasa dicucuri Rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama insan-insan yang beramal soleh.
Ameen Ya Rabbi!
Al-Fatihah,,,
zahiri shams associates

Jumaat, Februari 26, 2010

HMK Insani: the BEST itu ANDA!

Salam penghargaan buat pihak Sekolah St.Mary, Kuala Lumpur khasnya kounselor-kounselor sekolah kerana dengan izin-Nya dapat saya bersama para pelajar sekolah ini untuk kali kedua dalam bulan ini. Awal bulan lalu saya bersama para pelajar tingkatan 5, dan yang terbaru bersama para pelajar tingkatan 3.
Sebagaimana yang sudah saya jangka, semangat anak-anak muda di sekolah ini ternyata berbeza. Mereka begitu aktif dan bertenaga mendengar perkongsian yang diberikan. Sesi 'Who You Are?' ternyata mampu menjadi penawar kepasifan diri. Terbukti the BEST itu ANDA semua!
Senyuman yang terpancar memberi isyarat positif kepada diri mereka sendiri, bahawasanya formula yang terbukti mujarab untuk mencapai kecemerlangan adalah dengan Mengenali Potensi Diri, Mengasah Kekuatan Diri dan Merawat Kelemahan Diri. Dengan membudayakan prinsip MPD + 2x MKD(MKD); dengan izin-Nya tidak mustahil untuk seseorang itu berjaya.

Justeru, dengan niat untuk berjaya setiap hari, sikap memaafkan dan memberi kemaafan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah untuk berubah serta tidak suka menyalahkan orang lain atas kegagalan kita; jika upaya kita praktikkan sudah pasti mustahil kita menemui titik-titik kegagalan. Ini kerana insan-insan cemerlang ialah mereka yang senantiasa membuat koreksi diri.

Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada anda semua adik-adikku. Didoakan anda semua akan terus sukses dalam hidup dan yang terhampir PMR 2010 yang bakal menjelang tiba. Ingat pesanan bersama ini kita tidak perlu punyai alasan untuk berjaya kerana ianya mutlak; tetapi jika gagal jangan pula turut resmi Bangau oh Bangau! Anda faham maksud saya bukan? Once again my dear sisters the BEST itu ANDA!!!

zahiri shams associates

Khamis, Februari 18, 2010

HMK Insani: Bersama Yang Tersayang

Di kesempatan cuti Tahun Baru Cina yang lalu saya berpeluang untuk berada di kampung halaman agak lama sedikit. Peluang yang ada digunakan untuk menggembirakan insan-insan tersayang sekadar termampu.

Berkelah bersama anak-anak buah adalah agenda wajib cuti kali ini. Apabila terpandang wajah-wajah keriangan anak-anakku ini, luput segala apa jua perkara yang mengusutkan minda dan fikiran.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan gembira. Terima kasih buat isteriku yang sentiasa menemaniku. Walaupun, mual-mual tekaknya, letih-letih badannya, tetapi sentiasa murah dengan senyuman. Senyuman itulah penguat jiwa dan semangat hingga ke hari ini.

Buat anak-anakku, moga anda semua bahagia dengan sedikit sahaja perkongsian kebahagiaan daripada pak cik dan mak cik. Didoa'kan anda semua terus sukses selalu. Jadikan cabaran dalam hidup sebagai pemacu kejayaan bukannya alasan untuk kecundang.

Salam sayang, Salam kasih & Salam rindu selamanya.

zahiri shams associates

Jumaat, Februari 12, 2010

HMK Insani: Gong Xi Fa Cai!

Satu Malaysia, Satu Negara-Bangsa, Solidariti Rakyat Malaysia. Bangsa, sistem kepercayaan, latar belakang boleh berbeda,tetapi semangat kebersamaan untuk cinta kepada tanahair wajar dikoordinasikan secara kolektif dan bersama.
Dengan ini,barulah perpaduan mutlak dapat kita angkat secara harmoni di negara yang sudah menjangkau usia hampir 53 tahun ini. Mudah-mudahan segala usaha yang murni pimpinan pemerintahan negara akan sentiasa dipermudahkan-Nya dan mencapai kejayaan.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina; Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,khususnya buat guru-guru saya, sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar,dulu dan kini. Moga-moga tahun baru kali ini memberikan lebih prosperity buat anda semua.
Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fa Cai 2010!!!
zahiri shams associates