Isnin, Jun 14, 2010

HMK Insani: Jambatan Emosi Yang Positif

Menurut seorang sarjana "kekuatan dibina dengan nadi kelemahan". Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang kurang bersetuju dengan ungkapan ini. Menjadi adil pada semua ada benarnya di sebalik ungkapan tersebut. Ini kerana ia berdasarkan type individu. Sesetengah individu itu mengambil kesempatan daripada kelemahan diri untuk berjaya. Dengan mengetahui kekurangan diri, seseorang itu bangkit untuk cemerlang. Lemah dijadikan motivasi. Namun, ada juga yang sentiasa mengekalkan momentum motivasi mereka dengan sentiasa bersama kumpulan insan yang positif.

Prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam membentuk kejayaan peribadi dan kumpulan ialah dengan membentuk jambatan emosi yang postif antara kita dengan PENCIPTA dan teman-teman sepasukan. Tanpa ada keserasian ruh (rohani) yang begitu akrab antara dua perhubungan insani yang di atas, maka adalah amat dan agak sulit untuk kita menggapai kecemerlangan dalam hidup sebagaimana yang didamba.


Justeru, permuafakatan dan kesepakatan adalah tunggak dan asas segalanya. Tidak wajar lahir individu yang selfish yang sifatnya individualistik dalam menuju kegemilangan. Jika wujud manusia seumpama ini natijahnya,tempanglah malah lumpuhlah seluruh agenda untuk memartabatkan kekuatan ummah di peringkat yang lebih tinggi. Seisi dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan dan kejayaan setiap insan,tetapi ia amat sedikit dan tidak pernah cukup untuk memenuhi ketamakan dan kerakusan individu~"the world is enough for everyones need,but is not enough for everyones greed" (Mahathma Gandhi).

Baru-baru ini, berkesempatan saya mengadakan program team-building bersama dengan hampir 110 guru dan kakitangan salah sebuah di Kuala Lumpur. Perkara yang tegaskan berulang kali kepada para peserta, kejayaan berbentuk kolektif lebih terkesan dan berkesan berbanding dengan kejayaan yang sifatnya individu sahaja. Nyahkan konsep dan doktrin 'OMS'~one man show dalam diri ke arah pencapaian kualiti yang first class pada mata umum dan diri sendiri. Tahniah buat semua peserta dan fasilitator yang telah bersama menjayakan program kita bersama ini. ANDA semua HEBAT!!!
zahiri shams associates