Jumaat, September 11, 2009

INSAN BIASA: Aku Tidak Memilih

Kejayaan atau kegagalan. Seseorang itu tidak memilih untuk menjadi insan biasa. Ia adalah hak milik setiap insan untuk menjadi luar biasa dan berbeza. Manusia itu perlu dan wajar mencari (memanfaatkan) kesempatan dan peluang namun,bukannya keterjaminan. Dalam masa sama perlulah tidak menjadi warga peliharaan yang terpenjara yang lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara.

Insan itu perlu berani menghadapi risiko; mengambil risiko terhitung demi mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya. Terus ampuh; galakkan tidakkan bisa mudah ditukarkan dengan elaun pengangguran. Adalah sebaiknya cabaran hidup lebih disukai daripada elaun pengangguran, kewujudan lesu yang terjamin dan keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar. Ayuh! insan takkan perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan dan tidak juga maruah dengan sedekah.

Insan berbeza, tidak akan ketakutan di hadapan sebarang tuan, juga jauh sekali tunduk kepada sebarang ugutan. Ini adalah lantaran, sudah lumrah menjadi warisan insan berbeza untuk sentiasa berdiri teguh, bangga dan tidak gentar berfikir dan bertindak untuk diri sendiri; menikmati hasil mahsul usaha sendiri juga mengahadapi dunia dengan penuh berani. Dengan penuh yakin dan dedikasi skrip ini wajar dikatakan "Oo..inilah yang telah kulakukan", inilah erti sebenarnya menjadi seorang INSAN.


Jikalau anda telah mencuba dan menemui kegagalan; jikalau anda telah merancang dan menyaksikan rancangan anda hancur di depan mata; ingatlah saja bahawa tokoh-tokoh agung dalam sejarah semuanya menjadi agung kerana keberanian dan keberanian itu tahukah anda, lahir dalam buaian kesusahan.

zahiri shams associates.



Rabu, September 09, 2009

Ramadhan Bakal Berlalu; Syawal Bakal Menjelma

Segala puji hanya pada Tuan yang Empunya dunia, Allah swt. kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk terus ampuh menjalani i'badah di bulan Ramadhan dengan penuh keamanan dan keharmonian.

Dalam kurang lebih sepuluh hari lagi, akan berakhirlah Ramadhan al-kareem dan menjelma pula Syawal yang barakah. Walaubagaimanapun, dalam hari-hari yang berbaki ini janganlah hendaknya kita leka dan alpa, lantaran ghairah menanti Syawal dengan mengurangkan dan mengambil mudah Ramadhan di depan mata.
  • Rujuklah para ustaz, a'lim ulama' dan orang-orang berilmu supaya Ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan Syawal yang bakal kita temui dapat dilayari dengan penuh rasa kehambaan dan kecintaan pada Nya. Biarlah apa yang kita lalui sekarang ini adalah yang terbaik dalam sepanjang kita berkelana dan bermusafir di dunia fana ini, mudah-mudahan kesal tak timbul, gelisah tak jengah tetapi kepuasan cinta yang didamba (daripada Allah swt) terus-menerus tak sirna.

Intai-intailah antara nampak ruang peluang cinta Illahi yang ditawar habis pada Ramadhan ini agar esok jangan rindu-rinduan keampunan Nya bilamana Syawal menjengah merai'kan hamba-hamba DIA yang khusyu' mencari haruman kasturi bauan syurga demi redha Pencipta Agung.

  • Terlebih awal ingin saya ingin ucapkan Salam I'dulfitri buat semua kenalan, sahabat handai jauh dekat, keluarga, para pelajar saya yang dikasihi, para mua'lim; guru-guru saya dari dulu hingga sekarang dan tidak dilupa para pelanggan HIC 369:Hijrah Insani Consultancy 369 (M), maaf zahir batin, jika ada keterlanjuran kata dan laku sepanjang kita mengenali antara satu sama lain. Didoakan moga-moga ukhuwwah dan mahabbah fillah yang terbina sekian lama ini akan terus subur dinaungi Rahmat Illahi.

Sesungguhnya saya hanyalah benih biasa, anda semualah yang menyuburkannya menjadi pepohon rendang tempat berlindung para insani.

Salam Hijrah, Salam Optimis, Salam 369.

MOZAHIRI HJ SHAMSUDIN

zahiri shams associates

Selasa, September 01, 2009

Syurga Cinta

Bagi setiap insan yang berhubungan (lelaki dan perempuan), perkahwinan dan jodoh mereka itu ada tiga : i) Jodoh daripada syaitan, ii) Jodoh daripada jin dan iii) Jodoh daripada Allah.

i) Jodoh daripada syaitan: Lelaki dan perempuan yang berhubungan (couples) dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan ibu bapa dan akhirnya terlanjur (perempuannya mengandung), maka dengan itu mereka berkahwin dan diijab kabulkan; jodoh seumpana inilah yang digelar jodoh daripada syaitan. Ini kerana perhubungan bukan muhrim antara keduanya tidak dibatasi oleh syariah. Natijahnya yang ketiga antara dua laki-laki dan perempuan adalah syaitan yang sesat dan sentiasa menyesatkan umat Muhammad saw yang lalai.


ii) Jodoh daripada jin: Seorang lelaki yang mendambakan kasih dan cinta seorang wanita yang tidak menerima pelawaan cintanya; lantaran dengan itu sang lelaki menggunakan sihir (bantuan makhluk halus) untuk membeli juga cinta yang ditolak,lalu dengan izin Allah swt maka, jadi; wanita dan lelaki ini berkahwin. Jodoh seumpama ini dilabel sebagai jodoh daripada jin. Wanita menerima sang lelaki bukan kerana ikhlas dan redha menyintai tetapi, tidak rela dan dipaksa menyintai akibat sihir dan guna-guna.


iii) Jodoh daripada ALLAH: Seorang lelaki dan perempuan saling berpandangan antara satu sama lain daripada jauh. Pandangan itu lalu jatuh ke hati dengan izin Allah. Tanpa mendepani batasan dan syariat, lelaki mulia ini pergi berjumpa keluarga perempuan bersama keluarganya; dirisiknya, dipinangnya dan akhir dinikahinya perempuan tersebut secara beradad, beradat dan bersyariat. Mereka berdua akan dirahmati Allah dan para Malaikat serta sentiasa dilindungi-Nya. Pertemuan dan pernikahan seumpama inilah yang disebut sebagai syurga cinta.

Demikianlah mesej dakwah yang telah disampaikan oleh Pengarah filem muda tersohor negara saudara Ahmad Idham dalam filem box office nya pada tahun ini iaitu Syurga Cinta. Tatkala, terdengar skrip ini dilontarkan atuk Shuhada lakonan Hisham Ahmad Tajuddin, gugurlah segala ego, runtuhlah segala angkuh, leburlah segala nafsu amarrah dan sekali terdetik di hati adakah jodohku sebelum ini dikategori ketiga atau sebaliknya.

Alhamdulillah setelah bermuhasabah diri dan didampingi isteri tercinta ku amat yakin jodohku bersama isteri adalah yang ditentukan Nya,dirancang Nya dan ditetap oleh Nya.

Teman-teman yang dikasihi, sama ada anda sudah atau belum berumah tangga, cermin-cerminlah diri kita, berdoalah selalu,moga-moga jodoh yang kita temui bersama suami dan isteri kita adalah yang terbaik daripada Allah swt, demi menyambung zuriat dan keturunan Nabi Muhammad saw. Semoga kita bersama peroleh SYURGA CINTA.


Salam Syurga Cinta!


zahiri shams associates