Memetik mutiara kata
Luqman Al-Hakim "...berjuanglah di siang hari dengan bersungguh-sungguh, mengadulah pada Allah swt di malam hari...". Cukup dalam dan bermakna ungkapan kata ini bagi tiap-tiap manusia yang beriman pada Allah swt. Kesungguhan, komitmen dan dedikasi kita sebagai Muslim perlu sentiasa seiringan antara
facet duniawi dan ukhrawi.
Dalam memenuhi tuntutan tanggugjawab dan amanah yang pelbagai dalam hidup ini,kekadang ada di antara kita yang tersasar daripada mencapai matlamat bagi kedua-dua;dunia dan akhirat. Tanpa wang dan pengiktirafan maka tiada sumbangan tiada bantuan. Bak kata orang barat 'No Money, No Deal'. Hidup lebih pada material dan harta benda. Hidup sendiri-sendiri tanpa memikirkan hak dan kepentingan insan lain.
Jika ini terus menerus berlaku maka, kualiti insani makin lama akan semakin merosot dan bisa punah seluruhnya. Hanya satu sahaja solusi untuk memastikan
effort dan
contribution yang kita berikan itu tiada sesalan, tiada ungkitan, tiada sungutan dan tiada keluhan; iaitu belajarlah untuk mendidik hati kita supaya ikhlas dengan sebenar-benar ikhlas.
Values of sincerity adalah penawar paling mujarab untuk memastikan bagi kita ini yang sentiasa ada perasaan tidak puas hati, kecewa, terkilan dan hanya berkiblatkan imbuhan material serta rekognisi dalam setiap apa yang kita disumbangkan. Asbab ikhlas ini, ia mendidik hati dan jiwa kita untuk lebih menginsafi diri. Lebih merendah diri. Ilmu yang ada hanyalah pinjaman daripada DIA buat sementara untuk kita supaya boleh dimanfaatkan dan bermanfaat kepada semua. Jika ini dapat ditanam dalam-dalam pada diri seseorang insan maka, dengan izin Allah swt tiada mustahil mutu dan kualiti insani ini akan terus gemilang akhirnya.
Ikhlas juga membuka lebih ruang dan peluang untuk bersilaturahim dengan semua (establish good realtionship) baik sesama muslim mahupun dengan penganut agama lain. Dengan ikhlas, ia akan menjadikan hasil kerja kita bertambah mantap dan hebat. Lebih daripada itu, ikhlas juga akan menjamin kecemerlangan bagi mereka yang mempraktikkannya. Walaupun, seseorang itu bukan muslim jika ikhlaslah asasnya dalam menakhodai hidup ini, maka percayalah kejayaan tetap milik mereka juga. Ini kerana ikhlas itu satu senjata umum yang dianugerahkan DIA bagi setiap manusia. Sesiapa yang memanfaatkannya (bermula di hati) maka, akan memperoleh hasil yang baik. Namun, jika sebaliknya maka, tiadalah perolehan dan hasil yang baik tetapi hanyalah dalam kerugian yang nyata (I.Siddiqi).
Inilah antara intipati perkongsian ceramah saya pagi tadi di salah sebuah sekolah bertaraf Kluster Kecemerlangan di Damansara Utama, Petaling Jaya. Hampir dua ratus lebih pelajar daripada sekolah terbaik ini berpeluang bersama saya. Syabas, Tahniah dan Terima Kasih kepada pihak pentadbiran sekolah atas jemputan, kepercayaan dan penghargaan yang diberikan. Moga apa yang dikongsi memberikan manfaat 150% kepada para pelajar dan pada saya secara peribadi.
Salam Optimis,
Salam Hijrah Insani!!!