Khamis, April 29, 2010

HMK Insani: Hiasan Peribadi

"Sepotong roti kering dengan hati damai lebih nikmat daripada sebaldi madu dengan hati penuh ketakutan. Sebuah beca namun tertutup dari aib lebih baik daripada istana yang penuh dengan fitnah". Cukup bermakna benar dan menyentuh jiwa bagi hati insan-insan yang memahami apa yang telah diungkapkan oleh sarjana Islam Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni ini.

Dalam hidup ini di dunia ini kalau harta, takhta dan wanita (bagi lelaki;lelaki bagi wanita) yang amat didambakan melampaui izin dan batasan-Nya maka, rugilah insan itu. Sebaliknya, jika ketiga-tiga tersebut diburu dengan penuh jujur,amanah dan ikhlas semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah swt.maka, beruntunglah seseorang itu.


Tuntutan material dan wang ringgit mutakhir ini, menjadi sesuatu yang amat penting dalam mengharungi bahtera kehidupan duniawi. Bagi insan-insan yang memilih untuk hidup di kota berbanding desa, wang mendahului segala-galanya. Bak kata quotasi yang cukup popular abad ini "Wang tidak boleh membeli segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan Wang".
Justeru, tidak hairanlah ada di kalangan umat Muhammad saw akhir zaman ini bersikap fanatik memburu wang; celik mata wang, tutup mata sementara pun wang. Persetankan mekanisme mendapatkannya,halal atau haram yang penting dapat wang, kaya-raya dan mudah senang serta 'bahagia'. Rugilah mereka yang sebegini. Pelaburan dunia dibaja & disemai, pelaburan akhirat diracun & dibunuh.


Namun demikian, bagi insan yang memahami tujuan asal; untuk apa hidup? hidup untuk apa? berlandaskan rujukan terulung umat Islam; Al-Quran dan Al-Hadith, mereka tidak akan gopoh dan gelabah dalam memburu material duniawi. Pada mereka kayaku, miskinku, sukaku, dukaku, bahagiaku tidak ada lain hanyalah dengan izin-Nya dan mendamba Rahmat, Rahman & Rahim-Nya. Jika kaya berbakti, jika miskin berusaha, jika suka bersyukur, jika duka tidak mengeluh dan jika bahagia hanya ada satu iaitu kebahagiaan hakiki bilamana dapat bertemu-Nya di sana nanti.
Inilah, keperibadian dambaan setiap insan. Hanya mampu diperoleh dengan hati yang bersih menerusi penyucian jiwa (bertaubat) pada-Nya seikhlas mampu. Baharulah, keberkatan yang dicari dalam hidup direnyai-renyaikan malah, dilebat-lebatkan oleh Allah swt. Carilah redha-Nya, bantulah agama-Nya, sudah pasti DIA tidak akan lupa pada hamba-hamba yang sentiasa berusaha mendekati-Nya secara berterusan tanpa jemu.

Walauapapun, asasnya insan itu wajar 'memperbaharui' islam, iman dan iltizam demi mencapai keredhaan Allah yang diinginkan. Semua akan berlangsung dengan ILMU & ISTIQAMAH. Ini kerana "Kegembiraan dengan ilmu akan berlangsung lama, kejayaannya akan kekal dan akan selalu dikenang. Kegembiraan dengan harta tidak lama, kejayaannya akan lenyap dan kenangannya akan segera lenyap" (566 Kata-kata Hikmah: Jadilah Orang Yang Paling Bahagia). Bersamalah kita manfaatkan.
zahiri shams associates.

Selasa, April 27, 2010

HMK Insani: OPTIMIS ke Puncak Jaya!!!

"Tiada ruang dan tiada peluang keemasan dalam hidup ini bagi manusia yang pesimis dan lemah semangat". Kata-kata cerdik pandai ini amat dalam maksudnya dan amat tinggi nilainya bagi insan-insan yang ingin mencipta kecemerlangan dalam hidup.
Sedar atau tidak 99% manusia yang mencipta nama (kejayaan) dalam bidang masing-masing adalah daripada mereka yang sentiasa optimis dan positif. Mereka tidak mudah melatah dan patah semangat. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Mereka nampak 'projection' kejayaan mereka dengan begitu jelas sekali. Hanya faktor masa akan menentukan dan merealisasikan segala impian dan cita.

Sikap pesimis seseorang itu amat berkait rapat dengan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini mahupun sememangnya seseorang itu belum benar-benar fokus dan mengenali siapa dirinya yang sebenar. Adalah satu kerugian yang besar bagi seseorang itu jika masih 'di atas pagar' dan tidak tahu ke mana arahnya. Tidak memanfaatkan peluang yang ada di depan mata, sebaliknya menantikan rezeki bergolek di depan mata untuk dikutip. Mengharapkan 'durian runtuh' tanpa setitik peluh.
Bahaya! jika pesimis berlanjutan. Kejayaan itu harus diusahakan, diikhtiarkan, diuji, dicuba, digasak berkali-kali barulah hasilnya kelak kekal dan berkat. Untuk tujuan di atas, sikap pesimis diri wajib disingkirkan; digantikan dengan optimis diri. Optimis bermaksud sentiasa bersangka baik, positif dan berwawasan. Walaupun, mengetahui jalan-jalan di hadapan penuh liku, tetapi dengan ILMU dan ISTIQAMAH serta mentor-mentor sukses maka, perjuangan mencapai kegemilangan diteruskan tanpa takut, lemah dan hampa.

Begitulah antara bingkisan ilmiah yang berpeluang saya kongsikan dengan para pelajar tingkatan lima SMK St.David, Melaka baru-baru ini. Ternyata para pelajar 'the best in St.David' ini positif, terbuka dan optimis untuk mencipta kecemerlangan. Ketekunan dan kesungguhan mereka amat saya kagumi. Ucapan terima kasih tidak lekang dibibir. Inilah ciri-ciri 'top achiever' yang sebenar.Cemerlang akademik, Gemilang sahsiah.
Terima kasih tidak terhingga juga buat Cikgu Tan (kounselor sekolah) atas kepercayaan buat kali kedua, untuk saya menggilap potensi para pelajar di sekolah ini. Doa' dan harapan mudah-mudahan segala apa yang kita usahakan bersama dalam membina keyakinan diri dan sahsiah insani untuk mereka akan membuahkan hasil yang terbaik di masa muka. Tahniah juga buat cikgu dan warga sekolah yang cemerlang. Salam OPTIMIS!
zahiri shams associates

Sabtu, April 24, 2010

HMK Insani: TERIMA KASIH!!!

Dalam satu ungkapan kata si bijak pandai "be positive and focus on what you want in life; sooner or later you will successfully achieving your goals" . Berbekalkan tips ini tiada alasan bagi mana-mana individu untuk melayari bahtera impiannya menjadi realiti. Berfikiran positif dan fokus atas apa yang sedang kita usahakan adalah lebih mudah daripada berfikiran negatif dan tidak fokus dalam setiap lapangan usaha yang dilakukan.
Untuk berjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal. Ini akan tercapai jika individu itu berpegang pada formula kira-kira 0'M' x 'M'0(kosong Malas darab Malas kosong). Cuba anda calculate sifar darab sifar? jawapannya mesti sifar betul? Begitulah kiasan & gandingan angka tersebut dengan tabiat (habits) malas. Jika dapat kita zero defect sindrom malas dalam diri secara total (sama ada malas itu sudah menjadi tabiat atau baru ingin berputik sebagai sikap) maka, tiada mustahil untuk kecapi nikmat kejayaan.
Menurut kajian tidak formal (tetapi komprehensif laporannya) ramai orang berjaya tidak lokek dua perkara dalam peribadi mereka; pertama 'ucap terima kasih' pada individu-individu yang menjadi tulang belakang dan pemangkin kejayaan mereka, dan kedua 'mohon maaf dan sedia memaafkan' dengan guru-guru, ibu bapa, rakan taulan dan orang sekeliling mereka.
Natijah berterima kasih ilmu yang diperolehi tambah nilai,tambah berkat; memohon maaf dan memaafkan hati makin bersih, kasih sayang sesama insan terpupuk murni suci. Dengan ini rahmat kejayaan mudah dan senang untuk dicapai dan tercapai. Namun kekadang, pada sesetengah individu perkataan dengan singkatan 'TQ dan SORRY' itu terlalu berat untuk diucapkan oleh bibir, mahupun tulisan; sms,email atau surat. Why? Ia berbalik kepada sikap dan tabiat. Justeru, ayuh berubah 'HIJRAH INSANI' agar kita lebih optimis,lebih realis dan lebih sukses dalam hidup dengan berbekalkan ILMU dan ISTIQAMAH.
Tahniah buat para pelajar tahun akhir Department of Business, Hospitality & Tourism Management. All of you are the BEST!!!
zahiri shams associates

Ahad, April 18, 2010

HMK Insani: X-FACTOR Seseorang Insan

Berbicara tentang prinsip 'natural of law', sesuatu yang kita berikan itulah juga yang kita akan terima kembali sebagai imbal balik. Jika baik+positif yang kita galakkan maka, baik juga positiflah impaknya. Namun,adalah sebaliknya jika buruk+negatif seruan kita maka, buruk juga negatiflah natijahnya.
Hidup ini umpama menanam benih-benih dan baka-baka yang baik untuk tuaian di hari muka. Tidak pernah mati dengan kejian, tidak pula hanyut dengan pujian. Sumbangan yang diberikan tidak pula sesekali mengharapkan rekognisi dan penghargaan yang melampau. Buat, bikin dan hanya drive over ke arah apa yang kita impikan, insya-Allah segala penghargaan dan pencapaian sewajarnya akan kita perolehi tanpa perlu dipinta.
Justeru, adalah penting bagi kita untuk menemukan X-FACTOR (faktor penguat diri~potensi) dalam diri agar, usaha tidak putus asa, gagal tidak merobek jiwa dan berjaya tidak mendabik dada. Percayalah pada kuasa hijrah insani; berubah tanpa batasan dan dengan beralasan yang rasional. Najah itu pasti milik kita. Tahniah buat semua pelajar Personality Sciences hasil sentuhanku. Moga-moga anda semua lebih berjaya dan berintegriti in future. All the BEST!!!.

zahiri shams associates