- Sesiapa yang menghargai cinta,kasih dan sayang, maka dia akan dicinta,dikasih dan disayang. Sebaliknya,sesiapa yang mengkhianati cinta, kasih dan sayang selayaknyalah dia untuk tidak dicintai,dikasihi dan disayangi (Ibnu Salam). Tahniah buat wanita-wanita hebat dalam hidup Zahiri Hj Shams. Puan Monaliza Hj Shamsudin dan Puan Mozatulsyima Hj Shamsudin. Walaupun kini kita sudah berbeza bumbung,lantaran masing-masing sudah berkeluarga namun tetap satu hati satu rasa. Nilai cinta,kasih dan disayang yang dipupuk ayahanda Tn Hj Shamsudin Abd Jalil bersama Allahyarhamah bonda Che Atun Salleh tetap utuh, kukuh, serasi dan sejati dalam diri kita. Itulah bukti ikhlasnya mereka membajai benih cinta pada kita lima beradik.
- Natijahnya, inilah yang dapat kita lihat dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga seseorang insan. Pasangan dan keluarga yang bahagia bukan bererti tiada 'bertikam lidah'antara satu sama lain. Tetapi pendefinisian keluarga bahagia itu lebih daripada itu;iaitu mereka yang komited dengan deeds yang disarankan diatas. Bertepatan dengan itu CINKASA akan mencapai impak maksima dalam diri dan insan sekeliling seseorang itu. Hasil daripada itu, campaklah ke mana pun insan-insan ber'ruh' CINKASA yang murni ini mereka tetap gah memperkasa CINKASA tanpa sempadan. Bersama atau terpisah, sama-sama dapat merasa. Hatta ke peringkat walaupun hidup berbeza bumbung tetapi tetap satu hati, apatah lagi kalau hidup di bawah satu bumbung sudah pasti sehati sejiwa.
CINKASA: "Kasihmu Tulus Suci, Sayangmu Telus Abadi,, Jasamu Ikhlas Murni, Dirimu Asas Peribadi, Menjadi Penghias Istana Hati, Kanku Praktis Pesanmu Nanti, Selagi Hayat Diizinkan Illahi" (dedikasi ikhlas buat insan-insan yang menghargai CINTA,KASIH dan SAYANG)
zahiri shams associates