Khamis, Disember 17, 2009

HMK INSANI: Beza Bumbung Satu Hati, Satu Bumbung Serasi Jiwa

Pepatah Melayu ada berkata"Air dicincang tidakkan putus", "Bagai isi dengan kuku" dan pelbagai lagi pepatah (peribahasa) untuk menggambarkan keakraban dan kekuatan kasih sayang sesama ahli keluarga mahupun sahabat handai,teman sejati. Love is Cinta. Rasa kasih, sayang dan cinta tidak ada tolok bandingnya dengan apa-apa sekalipun. Tidakkan bisa dijual dan dibeli dengan wang ringgit. Tidak pula boleh dipura-pura dan disenda-gurau. Ia adalah anugerah Allah swt buat hamba-Nya.
  • Sesiapa yang menghargai cinta,kasih dan sayang, maka dia akan dicinta,dikasih dan disayang. Sebaliknya,sesiapa yang mengkhianati cinta, kasih dan sayang selayaknyalah dia untuk tidak dicintai,dikasihi dan disayangi (Ibnu Salam). Tahniah buat wanita-wanita hebat dalam hidup Zahiri Hj Shams. Puan Monaliza Hj Shamsudin dan Puan Mozatulsyima Hj Shamsudin. Walaupun kini kita sudah berbeza bumbung,lantaran masing-masing sudah berkeluarga namun tetap satu hati satu rasa. Nilai cinta,kasih dan disayang yang dipupuk ayahanda Tn Hj Shamsudin Abd Jalil bersama Allahyarhamah bonda Che Atun Salleh tetap utuh, kukuh, serasi dan sejati dalam diri kita. Itulah bukti ikhlasnya mereka membajai benih cinta pada kita lima beradik.
Kesinambungan daripada itu, CINKASA (cinta,kasih dan sayang) akan bisa membentuk keperibadian mulia dalam diri seseorang secara eksklusifnya. Euphoria insani bagi menterjemahkan kemuliaan tersebut dapat dilihat secara menebal apabila tiga perkara secara konsisten dapat dipraktiskan dengan penuh hemah; iaitu (i) Memaafkan kesalahan insan lain dan menghapuskan bekas-bekasnya, (ii) Memberi sesuatu kepada seseorang yang tidak pernah memberinya sesuatu dan (iii) Menyambungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim dengan dirinya. Lantaran dengan ini, seseorang itu tanpa perlu mengemis cinta,kasih dan sayang orang lain untuk peroleh CINKASA, sebaliknya CINKASA akan hadir dalam hidupnya; sebagai anugerah dan hadiah. Fikirkan bersama.

Justeru, by principle jika CINKASA sudah kita kuasai secara personal, adalah tidak mustahil untuk terus-menerus menyebatikannya dalam episod-episod kehidupan yang kita lalui. Tidaklah kira, sama ada kita hidup dibawah bumbung yang berbeza atau bumbung yang sama, aura positif CINKASA upaya kita serap luaskannya secara keseluruhan. Inilah rahmat, inilah nikmat yang boleh dikecapi bagi para pencinta CINKASA.
  • Natijahnya, inilah yang dapat kita lihat dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga seseorang insan. Pasangan dan keluarga yang bahagia bukan bererti tiada 'bertikam lidah'antara satu sama lain. Tetapi pendefinisian keluarga bahagia itu lebih daripada itu;iaitu mereka yang komited dengan deeds yang disarankan diatas. Bertepatan dengan itu CINKASA akan mencapai impak maksima dalam diri dan insan sekeliling seseorang itu. Hasil daripada itu, campaklah ke mana pun insan-insan ber'ruh' CINKASA yang murni ini mereka tetap gah memperkasa CINKASA tanpa sempadan. Bersama atau terpisah, sama-sama dapat merasa. Hatta ke peringkat walaupun hidup berbeza bumbung tetapi tetap satu hati, apatah lagi kalau hidup di bawah satu bumbung sudah pasti sehati sejiwa.

CINKASA: "Kasihmu Tulus Suci, Sayangmu Telus Abadi,, Jasamu Ikhlas Murni, Dirimu Asas Peribadi, Menjadi Penghias Istana Hati, Kanku Praktis Pesanmu Nanti, Selagi Hayat Diizinkan Illahi" (dedikasi ikhlas buat insan-insan yang menghargai CINTA,KASIH dan SAYANG)

zahiri shams associates

Selasa, Disember 01, 2009

HMK INSANI: Sepetang di N9

Terkenang-kenang kata Sayidina Ali Karamallahu Wajhah "Cukuplah aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku, dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku sebagaimana yang Engkau cintai". Dalam maksud kata-kata Khalifah Islam ini dalam menggambarkan Kemuliaan dan Keagungan Allah swt,dalam masa sama mensyukuri nikmat dan rahmat Kurniaan-Nya buat kita sebagai hamba. Nikmat rezeki;baik dari segi kerjaya, perniagaan, keluarga dan sahabat handai yang mendapat rahmat daripada-Nya akan sentiasa diberkati dan berkekalan.

Di kesempatan yang ada saya bersama isteri dan sahabat akrab (Muhazim) yang juga sudah saya anggap macam adik sendiri telah ke Senawang, Negeri Sembilan untuk ke kebun yang diusahakan.Tanah yang agak luas membolehkan pelbagai perancangan pembangunan direncanakan untuk manfaat masyarakat, pelancong dan sumbernya. Selain daripada ternakan ikan dan beberapan jenis buah-buahan termasuk limau kasturi yang sudah di'juice'kan untuk pasaran, yang terdekat Muhazim bercadang untuk melebarkannya lagi untuk adakan Farmstay di sini. Prospect cadangannya itu cukup luas jika berjaya direalisasikan.

Saya sentiasa memberikan dokongan dan sokongan penuh atas cadangan yang disuarakan Muhazim. Ini kerana saya amat yakin akan potensi perancangannya itu. Ditambah pula dengan dia sendiri sebagai pengurus kepada projek ini. Muhazim seorang yang optimis dan realis. Ternyata apa yang pernah saya pesankan padanya beberapa tahun lalu masih segar diingatan dan dipraktikkan sebaik mungkin. 'Muhazim you're really result oriented and result proven'. Prinsip Optimistik sentiasa di hati anda. Gud to go dear brother.

Sempat pula ber'posing' ye. Isteri dan Muhazim dengan salah satu produk daripada tanah subur ini. Saya doakan kejayaan yang terbaik buat Muhazim. Tiada ego dan prasangka. Sifar dengki dan irihati. Ketahui penuh kekuatan daan kelemahan diri. Sentiasa Optimis dan Realis akan apa yang ada digenggaman. Tidak mudah mengalah, tidak pessimis. Maka nantikanlah, kuasa HMK Insani berserta kejayaan yang dirahmati PASti anda temui dan capai.
  • Semoga apa yang diungkapkan oleh Horace Greeley "The darkest hour of a man's life is when he sits down to plan how to get money without earning it", tidak menjadi diri kita dan tersemadi dalam diri kita.
Salam OPTIMIS!!!
zahiri shams associates.