Isnin, Ogos 24, 2009

Ada Apa Pada S & T!

S & T ataupun senyum dan tawa adalah isyarat mudah bagi seseorang menggambarkan rasa hati dan keadaannya bilamana bertemu. Senyum dan tawa yang tidak berlebihan juga dianggap sebagai sedekah jika dapat dipraktikkan. Ini adalah kerana dengan senyuman ia memberikan dua pihak keceriaan dan kebahagiaan; insan yang tersenyum dan insan yang menerima senyuman.

Namun, mutakhir ini makin ramai umat Islam khususnya dan penganut keimanan agama selain Islam amnya, nampaknya seakan-akan semakin lokek dengan senyuman. Prinsip murah senyuman pada sesetengah daripada mereka adalah hanya boleh dijual dan dibeli kepada rakan-rakan yang dikenali sahaja. Bagi yang bukan kenalan dan rakan jangan katakan dari jauh, malah sudah berlanggar bahupun masih kedekut melemparkan senyum tanda maaf.


Ini adalah penyakit dalam masyarakat yang perlu diubati segera, jika tidak ia akan menjadi barah yang sukar diubati. Senyuman yang kita ingin praktikkan di sini ialah senyuman yang lahir daripada kemurnian hati dan kesucian jiwa seseorang manusia. Senyuman yang bilamana terpandang oleh mata menarik nurani untuk membina ukhuwwah dan mahabbah kerana Allah swt. Senyuman yang terpancar kemudiannya mampu untuk berjuang ke jalan-Nya
  • Walaubagaimanapun, antara impak yang baik menerusi senyuman ini hanya mampu tercapai apabila hati dan niat kita ikhlas. Jika tidak senyuman yang terukir di bibir akan ditafsir sebagai sinis, mengajuk, menyindir, miang-miang keladi dan pelbagai tanggapan negatif hanya akibat senyum.



Justeru, senyumlah seadanya buat semua manusia agar kita tidak dilabel sebagai insan yang sombong lagi menyombong. Tidak akan kerugian berjuta ringgit hanya dengan satu senyuman yang ikhlas memperkukuh silaturrahim sesama muslims dan manusia lain;tetapi kita bisa muflis persaudaraan bilamana rakan jauh dan dekat dan manusia di luar lingkaran persahabatan kita terus-menerus menjauhi kita lantaran sifarnya senyuman dan egonya perlakuan kita.
  • Ayuh jadilah insan istiqamah dalam berperibadi ceria dan tersenyum dengan hati yang ikhlas;iaitu kena pada tempatnya. Usahlah kita jadi manusia 'moody'; semalam peramah hari ini pemarah dan sebaliknya. Bersamalah membina kasih sayang manusia selari dengan kasih sayang Allah swt. Insya-Allah selamat hidup kita dunia akhirat.

zahiri shams associates

Jumaat, Ogos 21, 2009

Ramadhan Kunjung Lagi

Kurang beberapa jam lagi insya-Allah, umat Islam di Malaysia dan sewaktu dengannya akan mula menjalani ibadah puasa sebagaimana yang dituntut dalam agama dan diperintahkan Allah. Setelah setahun menyepi kini ia kunjung kembali. Pelbagai respon dan reaksi umat dalam menerima kehadirannya. Ada yang terharu, gembira, suka dan tak kurang juga yang merasakan ia sebagai beban.

Namun sebagai Muslim sejati dan Mukmin hakiki kita sewajibnya bersyukur pada-Nya kerana masih lagi memberikan kita kurniaan usia, nikmat kesihata, iman dan islam untuk terus ampuh berjumpa dengan ramadhan pada kali ini. Ayuh bersamalah kita memanjatkan doa' agar kita bisa menamatkan perjuangan di bulan yang mulia ini hingga ke akhir.

Ramadhan adalah satu bulan yang acap kali disebut oleh para pendakwah sebagai madrasah untuk melakukan pengislahan diri dan lebih dalam tajdid insani. Di mana dalam bulan inilah bagi manusia yang dipilih oleh Allah berpeluang dan sedar diri untuk menginsafi diri, melakukan pembaharuan dalam diri, penyucian jiwa, berubah dan berubah ke arah yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, bersama sekali lagi kita panjat munajat pada-Nya agar sistem pendidikan tahunan yang sudah banyak kali hadiri ini akan memberikan kita impak maksima dalam proses peribadatan dan akhlaq kita sebagai true believer of Islam and true follower of Muhammad saw. Ini adalah amat penting agar sooner or later kita tidak akan malu kepada Allah swt akan apa yang akan dan telah kita lakukan sebagai true SERVANT of Allah the Almighty.
  • Dalam pada itu janganlah kita lupakan teman-teman seagama kita yang dalam negara atau luar negara yang tidak bernasib baik seperti kita; maka hulurlah bantuan sekadar termampu oleh kita agar sama-sama dapat melayari ramadhan al-karim ini dengan secemerlangnya.
Selamat berpuasa buat insan-insan yang mengenali dan sentiasa memberikan sokongan kepada al-faqir ilallah Zahiri Hj Shams.
Salam Ramadhan, Salam Perjuangan Buat Semua Umat Islam Sedunia!!!
zahiri shams associates

Hijrah Insani di Bandaraya Bersejarah


Seawal 7.30 pagi hari sabtu sebelum ini, saya dengan jemputan teman-teman berkesempatan ke Melaka untuk memberikan perkongsian memperkasa 'team-building' di salah sebuah sekolah di sini.

'Pengembaraan' ke Melaka adalah julung-julung kalinya buat saya. Walaupun hanya satu jam lebih sahaja dari Kuala Lumpur tetapi rasanya sudah lama saya tidak ke Melaka. Seingat saya terakhir kali saya menziarahi Melaka adalah pada tahun 1996 bersama ayahanda dan arwah bonda berserta adinda tersayang. Selepas itu tidak lagi saya berkesempatan ke sana. Mungkin, pertamanya tidak ada keluarga atau teman akrab di sana yang menyebabkan jarang-jarang saya berkunjung.



Namun, selepas berpeluang berkenalan dengan guru-guru di Melaka dalam kursus yang dianjurkan di Melaka, rasanya sudah hampir tiga kali pada tahun ini saya ke Melaka. Alhamdulillah itulah perancangan DIA.

Walaupun jumlah pendidik dalam kursus pada kali ini tidak seramai sebagaimana dalam kursus-kursus dan seminar sebelum ini, namun, bak kata pepatah quantity not much important but the quality is utmost important. Program kali ini dijalankan dalam suasana yang begitu moderat dan sederhana tetapi really happening.


Terima kasih pihak tuan rumah yang bersusah payah memberikan layanan dan persediaan kelas pertama seadanya kepada saya dan teman-teman. Ruang dan peluang mengenali kalian semua adalah golden opportunity pada kami.

All the best to all of you teachers!

zahiri shams associates

Khamis, Ogos 20, 2009

Keceriaan Pendidik Mengubat Hatiku


Baru-baru sekali lagi saya berpeluang untuk berkongsi ilmu membina Jambatan Emosi dan Keserasian Roh di kalangan para pendidik hebat. Sebagaimana biasa 'talk' kendalian saya dan teman-teman tidak akan sunyi daripada tawa ceria para pendidik yang memberikan 'signal' positif bahawa mereka selesa dan percaya pada kredibiliti kami yang diamanahkan menunaikan kewajipan sebagaimana yang dikehendaki pengurusan sekolah.

Walaupun, jadual saya agak 'penuh' di luar di samping melangsaikan amanah sebagai pensyarah beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun, itulah yang dikatakan Izin dan Rahmat ILLAHi, bilamana berhadapan dengan guru-guru yang penuh dedikasi di hadapan saya, automatik letih itu hilang, malah bertukar menjadi semangat yang berkobar-kobar dalam menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada audien.


Dalam short-course kali ini, saya mengadakan sedikit pembaharuan dalam teknik penyampaian juga pengisian kursus. Ini adalah dalam usaha untuk memantapkan input yang diberi dan supaya output di hari muka oleh para guru juga lebih efektif. Pengalaman di Brunei Darussalam sebelum ini saya utilize sebaik mungkin dalam mencapai matlamat kursus.


Terima kasih para guru, diharapkan pada masa-masa akan datang kita bisa berpeluang untuk berjumpa lagi dan terus merapatkan ukhuwwah tanpa mengira bangsa, agama dan idealisme. Sememangnya saya kagum dengan anda semua. Salam optimis buat anda semua!

zahiri shams associates

Jumaat, Ogos 07, 2009

Muda Cemerlang; Tua Gemilang!


"Sebenarnya saya bukan tua , hanya saya dilahirkan lebih awal daripada orang lain"-Allahyarham Tun Ghaffar Baba.
  • Usahlah bimbang atau gentar untuk menghadapi waktu senja (tua). Tetapi takutlah jika kamu tiada sahabat dan bersahabat. Ini kerana tidak ada insan yang mempunyai sahabat gagal dalam hidup.
Ramai orang yang terlalu mengenangkan masa mudanya sehingga mereka menghabiskan masa dengan masa dengan menghidupkan kembali kenangan lalu, mengenangkan masa muda yang mereka lalui dan melupakan tentang kehidupan masa ini.
  • Mereka hidup dengan anggapan bahawa hari ini tidak lagi bermakna seperti semalam dan esok akan datang keadaan yang lebih teruk. Tetapi ingatlah, sama ada anda mempunyai sejarah kejayaan atau kegagalan, satu-satunya realiti kehidupan yang kita lalui adalah masa kini.
Sama ada kita tua atau muda. Selagi seseorang itu masih bernafas, kita masih mempunyai kehidupan ini untuk diteruskan. Marilah kita menjalani kehidupan ini sepenuhnya.


bersamalah kita renung-renungkan...
catatan petang jumaat


zahiri shams associates

Jadilah Manusia-Manusia Paling Bahagia

Hiduplah bersama Al-Quran, baik dengan menghafalnya, membacanya, mendengarkannya atau merenungkan kandungan ayat-ayatnya; kerana Al-Quran adalah merupakan penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan.

Berimanlah kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Dzat Yang Maha Esa mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

Jangan sesekali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.


Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya, dan jangan terlalucemas dengan hari esok. Kerana jika anda melakukan terbaik pada hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.
  • Perkongsian Nurani Dr. 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni
  • (terjemahan Muhammad Huzaifah)
zahiri shams associates

Selasa, Ogos 04, 2009

Buat Para Suami TERCINTA!

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " nak duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran.

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam.

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 tak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain.Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????


-Perkongsian Pintar Ukhti Haslinda-
zahiri shams associates